Pages

Rabu, 30 Desember 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010


Selamat Menyambut Tahun Baru 2010
Assalam mualaikum...
Kepada semua sahabat dan kenalan, saya ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2010. Semuga anda semua berada dalam lindungan Allah SWT, sentiasa sihat dan ceria selalu hendaknya.
Selamat Tinggal Tahun 2009..

Minggu, 27 Desember 2009

Ingatan Bagi Pelupa


Bangga, Sombong Ciri Rakus Tercela
( Petikan dari BH )

Abul-Laits berkata:”Rakus itu ada dua macam, rakus yang tercela dan tidak tercela tetapi lebih baik ditinggalkan”.

Rakus tercela ialah yang sampai melupakan kewajipan terhadap Allah atau mengumpulkan kekayaan untuk berbangga dan kesombongan. Adapun yang tidak tercela iaitu tidak sampai meninggalkan kewajipan dan tidak bermaksud untuk kesombongan. Sebab antara sahabat juga ada yang kaya raya dan tidak tercela atau dilarang oleh Rasulullah SAW.

Cerita selanjutnya, seorang rakan bertanya, “ mengapa ada yang memilih ciri diatas bersamamu? Cirinya ini jelas dipandang apabila aku mengenalinya secara dekat” jelasnya.

Lantas dia menjawab.” Kami pilih mereka masa itu adalah atas kebolehannya, diharap sifat yang tercela itu dapat dibaikki dengan mutiara doanya dan doa kami semua hendaknya” Manusia boleh berubah tingkal laku dengan kesedaran dari dalam dirinya sendiri atau doa dari rakan dan taulannya. Harap-harap sifat bangga, sombong dan rakus dapat diubah dalam dirinya”.

Tidak menjadi kesalahan mencari kekayaan didunia ini asalkan mengamalkan sifat-sifat terpuji dengan Allah yang menjadikan kita dan dengan manusia yang berada dikeliling kita.

Petikan Al-Quran Surah Al-Sajadah ayat 15 “Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merendahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur”

Selasa, 22 Desember 2009

Perkhabaran Tentang Kematian

Perkhabaran Tentang Kematian

Ada orang yang menganggap kematian itu suatu perkhabaran yang buruk, dan ada juga menganggap bukan yang buruk. Orang yang menganggapan suatu perkhabaran buruk ini ialah orang yang menganggap dirinya tiada harapan lagi, segala yang diusaha, tidak ada lagi jalan harapan, kubur dianggapnya satu jurang kegelapan.

Orang-orang soleh dan beriman pula menganggap kematian suatu negeri yang indah yang dipenuhi taman-taman. Di taman inilah mereka mendendangkan lagu-lagu pujian yang disukai oleh Allah.

Kematian lahir bersamamu, dan akan menemu ajalnya pada suatu waktu yang ditentukan oleh Allah. Dia akan memisahkan rohanimu dari jasmanimu, tetapi ingat tidak membebaskan dosa pahalamu dari dirimu.

Dalam bulan ini saja, tiga sahabat kami telah kembali dijemput oleh Allah. Mereka adalah En. Gu Khalid, sahabat sebelah ipar meninggal di Mekah seminggu sebelum tarikh Ukub. Memang besar ganjarannya meninggal di sana. Disolatkan pada waktu subuh di Masjidil Haram yang dimuatkan hampir 1.2juta bersolat pada masa itu. Seorang lagi rakan dan sahabat juga Tuan Syed Mahadar, meninggal pada hari sabtu 12 Disember, 2009 yang berumur lebih kurang 65 tahun dan akhir semalam 22 Disember, 2009 seorang qariah di Masjid Wadi Hassan, YM Tuan Syed Hussein kembali ke Ramatullah pada jam 1.45 tengahari. Kesemua ini adalah rakan dan kenalan rapat saya. Semuga Allah mencucuri ke atas rohnya dan dihimpunkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatiha.


Sebenarnya dalam kematian kau alami hidup jua
engkau kembara ke dalam suatu kota dan negara
kau melihat pelbagai kekayaan dan harta

Kematian adalah cermin setia
yang membalik perbuatan kita

Hidup dan mati adalah ujian
mengingati mati adalah satu kewajipan
agar kita mengenali diri kita
yang Tuhan pinjamkan
kemudian dikembalikan kepada Nya jua
amin

Minggu, 20 Desember 2009

SOLAT

Solat Dan Kelebihan
(renungan buat diri sendiri)

Sebenarnya, solat adalah bertujuan untuk membersihkan, menguatkan, melapang, menyegarkan, dan memberi ketenangan kepada hati. Pada waktu solat, terdapat hubungan langsung antara hati dan roh, di satu pihak, dan Allah di pihak yang lain, kedekatan langsung kepada Nya, nikmat dalam berzikir kepada-Nya, rasa bangga untuk memunajat-kepada-Nya, memaksimalkan penggunaan anggota badan, kekuatan dan sebagainya untuk beribadat kepada-Nya.

Solat menjadikan ubat yang paling berkesan dan makanan yang hanya boleh dimakan oleh hati yang suci sahaja. Sebaliknya, hati yang sakit, tidak ubah seperti badan, hanya boleh menerima hal-hal kebendaan yang boleh disantap sahaja.

Solat adalah jalan terbesar untuk memperolehi kemaslahatan dunia dan akhirat, mencegah dari perbuatan dosa, menghalang tumbuhnya penyakit hati, menghalau penyakit dan sekaligus mencegah kerosakan dunia dan akhirat.

Solat banyak mendatangkan rezki, mencegah kezaliman, menolong orang-orang yang dizalimi, mengawal dorongan syahwat, mampu menjaga nikmat, menghalau bencana, dan mendapat rezki. Solat mendatangkan rahmat dan mengalihkan mendung kesusahan.

Selasa, 15 Desember 2009

Kaitan Makan Dan Perut

Kaitan Makan Dan Perut
( Sekadar untuk ingatkan diri sendiri)

Perut merupakan wadah ( tempat pengisian) bagi makanan. Makanan boleh mendatangkan pelbagai penyakit atau menjadi ubat kepada badan. Oleh itu, manusia dinasihatkan supaya makan makanan yang seimbang dan makan tidak perlu kenyang (banyak).
Lukman al-Hakim menasihati anaknya:”Apabila perutmu penuh, maka tidurlah fikiranmu, maka lemah longlailah anggotamu, sehingga bungkamlah kebijaksanaanmu dan malaslah engkau membuat ibadat.”
Dari Al-Quran, surah al-A’raaf: 31 firman Allah yang bermaksud:”Makan dan minumlah kamu, (tetapi) janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukaai orang yang suka berlebih-lebihan.”
Surah Muhammad:12,firman Allah yang bermaksud.”Dan mereka makan seperti haiwan makan. Dan api nerakalah tempat mereka.”
Rujuk hadis Nabi , sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: (a)”Kita (kaum Muslimin) adalah satu kaum yang apabila merasa lapar barulah makan, dan apabila makan tidak hingga kenyang”
(b) “Perut itu adalah sumber penyakit, dan berpantang itu adalah sumber ubat”

Senin, 14 Desember 2009

Ma'al Hijrah 1431

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431
Kepada
Semua Pengunjung blog, sahabat dan kenalan semuanya, semuga
ceria dan bahagia selalu hendaknya.

Minggu, 13 Desember 2009

Keterangan Ayat-Ayat Allah

Surah Al-Humazah
( Petikan dari Tafsir Pimpinan AR.Rahman)

Kandungannya: Memberi penjelasan tentang keburukan orang-orang yang mencemuh dan memandang rendah kepada orang lain, kerana ia senang lenang dan kaya raya, padahal kesenangan dan kekayaannya tidak dapat memberikan sebarang faedah kepadanya pada hari akhirat disebabkan ia bakhil kedekut dan tidak mengguankannya pada jalan kebajikan.

Sebagai seorang yang telah dilapangkan hidupnya sepatutnya ia bersyukur kepada Allah Ta’ala, dan menghormati serta berhubung mesra sesame manusia.

Orang yang sombong dan bermegah-megah dengan kesenangan dan kemewahannya, yang mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain, yang tidak mempunyai perasaan rahim untuk menolong orang-orang yang memerlukan bantuan, tidak akan dikenal atau disebut dengan sebutan yang baik di dunia apa lagi untuk menyelamatkan dirinya di akhirat.

“Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak!”

Kerana yang mengekalkandan mengharumkan nama seseorang di dunia dan di akhirat ialah ilmu yang berguna dan amal kebajikan.

Selasa, 08 Desember 2009

Aku Ziarah Lagi...

Aku Ziarah Lagi…

i.
Aku ziarah lagi ya, Allah!
sedang azan membaris kejayaan
kian mersik dibawa fajar
akan menghitung bintang-bintang Madinah
cahaya membilang zikir
akan kusujud di Raudhah
berbisik pada sejadah
bersama sab para nabi

aku ziarah lagi..
melepas rindu purnama Nabawi
kan kuucap salam pada nabi
membisik sapa
pada makam dan sedu-sedu ini
mencari ruang kesyukuran Ilahi

ii.
Aku ziarah lagi
bertalbiyah keliling kiswah
tujuh kali memgukuh taat
mengharap kucup batu hitam
menjinak di hujung safa dan marwah
kan kutahlul tanda kesempurnaan.

Aku ziarah lagi
tempat-tempat sejarah perjuangan nabi
batu Uhud mendedah janji
pada tanah haram ini
berdebu cuci Arafah dan Mina
mengangkat empat takbir
agar kuulang-ulang lagi
menziarah sebelum aku dijemput nanti.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Rabu, 02 Desember 2009

Apabila Binatang Menjadi Hakim




Apabila Binatang Menjadi Hakim
( Petikan dari An-Nur)

Seekor singa dan seekor naga berjumpa, mereka membincangkan bagaimana hendak mengamankan hutan untuk Keadilan, supaya penduduknya tidak dalam ketakutan.

Singa mengusulkan dan dipersetujui oleh naga agar setiap binatang diberikan permit perjalanan, sesiapa tiada permit perjalanan akan ditangkap dan diserahkan ke Pengadilan Raya.

Yang memegang Pengadilan Raya ialah Sang Singa dan Sang Naga, keduanya bertindak bagi pihak Penghukum Pengadilan. Ini yang mereka kata dan isytiharkan.

Satu hari seekor binatang tiada permit perjalanan, Pengadilan Raya memutuskan agar dia dipenjara dan tidak di beri makan. Dan hilanglah binatang berkenaan sampai bila-bila, tidak diketahui oleh sesiapa nasibnya. Entah dimakan oleh Sang Naga, entah dimakan oleh Sang Singa sampai bila-bila. Begitulah ceritanya.

Cerita Kiasan Orang Munafik

Cerita Kiasan Orang Munafik
( Petikan dari An-Nur)

Seorang ayah kepada anak-anaknya mengingatkan,”barangsiapa antara kamu membuat kesalahan akan kuhukum dengan setimpal hukuman, aku tidak pilih kasih demi keadilan”
Suatu ketika seorang anaknya telah mencuri wang ibunya, dan dia telah ditangkap oleh anak yang lain pula, lalu dibawa ke hadapan ayahnya.
“Dia bukan mencuri,” kata ayahnya. “Itu ialah wang yang dijanjikan oleh ibunya. Dia anak yang baik – selalu menolong kerjaku di ladang, bukan seperti kamu!”
Suatu ketika, anak yang lain mengambil wang ibunya. Dia telah ditangkap oleh seorang lagi anaknya. Kata ayahnya pula: “ Kamu mesti dihukum kerana mencuri, kamu jahat! Anak tak berguna!”
Anak yang tertangkap tak puas hati, lalu berkata: “ Ayah tak adil!. Mengapa dihukum saya? Ibu berjanji memberi wang itu kepada saya!” ayah cepat-cepat membentak: “ Diam! Kamu dusta!”

Rujuk al-Quran, surah Al-Taubah:68, firman Allah yang bermaksud: “Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya.”

Selasa, 01 Desember 2009

Badut Yang Kukenali

Badut Yang Kukenali

Badut yang kukenali
yang mencari resepi keajiban
memperagakan busana
ketandusan bakat
kadang-kadang tergelincir
daripada landasan kebenaran
memerahkan perilakumu
tidak menggunakan
sepenuhnya kotak otaknya
mencetus polemic kelucuan

Badut yang kukenali
wajah dilakar-lakarkan
jiwamu sedih kalau digambarkan
murung dari cermin kemuliaan
yang di adun dengan kesah-kesah kelucuan
yang melunturkan citra diri kehambaan
yang natijahnya memusnahkan peradaban

Badut-badut sekelian
bangsamu bukan kamu jadikan
mari tukar pakaian
yang mulia dipandang orang
jangan menjadi badut ikutan
yang tersentuh hatiku menatap
apabila dituntun ramai orang

2 Disember, 2009

Minggu, 29 November 2009

Menggugah Ghairah Kehidupan

Kita harus terus mendayung
sampan kehidupan
pada sungai yang merahsiakan kenangan
pada muara yang membilang hari perjuangan
pada hulu yang membangkit kemenangan
batu-batu menuras kocak kederasan

Suara riak arus dialiran
menggugah ghairah kehidupan
cuba mengusir kesedihan
disimpan menyela kedukaan

Bisikan lirik lagu berirama
dilimparkan setinggi harapan
yang palsu dan murni kesempurnaan
untuk mengharumi laut kerisauan.

Detik ini menguatkan impian
menggugah ghairah kehidupan
esok akan dibilangkan kehadiran
yang selalu mengumpat ketetapan.

10 Zulhijjan 1430H

Ibadah Qurban




Syukur keHadrat Allah SWT, pihak pengurusan Surau Ittihad Mariam, Johor Bahru telah selamat menunaikan Ibadah Qurban yang diamanahkan. Sebanyak tiga ekor lembu telah selamat disembelihkan pada petang hari Raya Aidil Adha. Daging-daging qurban selamat di agihkan kepada fakir miskin yang disekitar surau termasuk di kawasan setinggan yang dilanda kebakaran seminggu sebelum hari raya.

Kami, ahli jawatankuasa surau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari itu yang sama-sama membantu menjalankan kerja-kerja melapah, membungkus dan mengagehkan daging qurban. Gambar di atas adalah sebahagian dari kerja-kerja melapah dijalankan secara gotong royong. Semuga Allah juga yang membalasnya.

Rabu, 25 November 2009


Salam Adil Adha

Selamat Menyambut Adil Adha dan selamat menyempurnakan Ibadah Qurban khasnya kepada anak-anak Azleena/ A.Nozi serta cucu-cucu yang berada di Kluang, Johor ,Shahrezan/ Lina serta cucu-cucu yang berada di Seremban, Ili Fadilah/ Faizal serta cucu di Johor Bahru. Juga Shahrul Azwan/ Aisah yang berada di Kuala Lumpur, semuga sentiasa menunaikan perintah Allah dan jauhilah kemungkaran. Kepada semua kekanda dan adinda yang berada di Muar, Serdang, Kluang, Mersing, Johor Bahru dan Bangi, bapa mertua dan ibu muda yang berada di Batu Pahat dengan ucapan Salam Aidil Adha.

Kepada semua rakan dan taulan Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin. Junpa lagi sekiranya di panjangkan umur.

Kamis, 19 November 2009

Wajah Di Sebalik Sutera

Lihatlah wajah itu
yang samar-samar di sebalik sutera
yang sedang mencari perhitungan
antara palsu dan murni kesempurnaan

Lihat wajah itu
yang digalas dengan angan-angan
merajahkan satu pengharapan
menyidai pada pengertian

lihat wajah itu
yang menjulang kebodohan
di menara persimpangan
sesak perwasitan
antara khilaf dan jariah

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru
Tulislah Sejarah Hidup Anda Sendiri
( Petikan dari Buku La Tahzan)

Ceritanya begini. Saya beritikaf di Masjidil Haram ketika cuaca sangat panas, sejam menjelang sembayang Zuhur, tiba-tiba seorang lelaki yang sudah sangat tua berdiri dan memberi air zam zam sejuk kepada orang-orang yang ada di situ. Tangan kanannya memegang satu gelas, dan tangan kirinya memegang yang satu lagi. Dia memberi minum jemaah dengan air zam zam. Selepas seseorang selesai minum maka dia kembali mengambil air dan kembali memberi minuman kepada yang lain. Sudah sekian lama ramai orang yang dia beri minum. Saya lihat keringatnya mengalir deras sedangkan orang ramai hanya duduk menunggu giliran mendapatkan air minuman dari orang tua itu tadi.

Saya kagum kepada semangat, kesabaran dan kecintaannya kepada kebaikan, serta wajahnya yang selalu menebar senyum ketika memberi minuman. Akhirnya, saya tahu bahawa kebaikan itu sangat mudah dilakukan oleh siapa sahaja yang Allah mudahkan untuk melakukannya. Allah mempunyai simpanan kebaikan yang banyak sekali, yang akan menganugerahkan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Allah juga mengalirkan keutamaan, sekalipun sedikit, kepada orang-orang yang baik yang senang berbuat baik kepada sesama manusia dan tidak senang melihat keburukan menimpa sesama manusia.

“ Contoh di atas itu bak bintang-bintang bahkan lebih tinggi, bagi fajar ketika hendak menyinsing”

Carilah kebaikan dengan cara mudah untuk kebaikan sesama manusia.

Rabu, 18 November 2009

Mari Kita Ke Pantai Harapan

Percakapan pagi ini
bukan bermimpi lagi
mereka yang bersenang
di taman kemewahan
berjalan sombong
dibentangan kain sutera
pada amanah
yang tidak pernah ditunaikan

Mereka terdiam
dalam selimut ketenangan
yang mencium
pada wangi-wangi kedamaian
berlari lari bermain hujan dan salji
dalam genggaman
kenikmatan dunia ini

jangan lupa
pagi gembira , petangnya ke kuburan
mencari cari tangis keduniaan
yang sudah kenyang kenikmatnya

hujan menangis dan kilat mengeluh keresahan
membanjiri alam
menyapu bersih pada kekotoran
pasir-pasir hitam dan batu batu pejal
tsunami mengulung kegilaan
pada pantai harapan.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.
Kelebihan Suka Membaca
( Petikan dari Buku La Tahzan)
Tahukah anda, membaca buku membuka pintu fikiran dan memandunya ke arah kepandaian dan kebijaksanaan. Dengan membaca akan memberi bekalan hikmah, membuat lisan tidak kelu, meningkatkan kemampuan berfikir, menghantar hakikat dan menghilangkan yang syubahat. Membaca adalah hiburan bagi yang menyendiri, munajat bagi jiwa, dailog bagi orang yang senang bersembang, nikmat bagi orang yang suka merenung, pelita bagi orang yang berjalan ditengah malam yang gelap. Jika ilmu yang dibaca, diamalkan dan diulang, juga dikuasai maka semakin ilmu itu akan berbuah, ranum, dan tiba masanya boleh dipetik. Bagaimanapun ilmu itu tetap pada dahannya dan akan memberi buahnya tiap-tiap waktu dengan izin Tuhan. Sekalipun para penulis ilmu sudah tiada namun percakapan tentang mereka tetap mendapat kedudukan.

Sebaliknya keenggaan untuk membaca dan menuntut ilmu adalah penjara bagi lisan, kongkong terhadap nilai peribadi, kebekuan untuk hati, kerosakan bagi otak, kematian bagi syakhsiah, kelesuan di tengah perjalanan mencapai ilmu dan kekeringan bagi fikiran. Kenapa?. Kerana buku selalu mengandungi faedah, perbandingan, kebijakanaan, cerita dan hikayat yang sangat baik.

Faedah membaca sangat banyak dan tidak mungkin dikira jumlahnya. Sebab itu, kita berlindung kepada Allah supaya keinginan di dalam hati ini tidak mati, azam di dalam jiwa ini tidak lemah, dan semangat yang ada di dalam dada tidak redup selama lamanya.

Selasa, 17 November 2009



Wasiat Untuk Duriat
( renungan untuk anak-anak)

Wasiat untuk duriat
pengakhiran di hujung kata
mengulum kekukuhan nikmat itu
pengingat di pepenjuru kalbu

wasiat untuk duriat
perencanaan hidup kita
rangkai darah daging
penjamin pada ikatan setia

wasiat menggurai penghayatan hidup
bersimbolis dengan pengharapan
beristighfar kepada kemaafan
kesejajaran pada penghidupan

pabila kernyut muka dilukis saja
kerangka jasad dilukis juga
melajukan nadi memisahkan nyawa
wasiat digenggam untuk dilaksana.

duriat penyempurna penyulur hayat
mengheningkan suasana pada pengukukuhan
olahan wasiat ini dibacakan
pada kompas yang betul haluan
tenteram yang dikembalikan.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Delima, Kluang
November 2009
Ladang-Ladang Perasaan

Ladang-ladang perasaan
dengan pohon keresahan
di permatang keluhan
kehidupan dan kesejahteraan

Ladang-ladang perasaan
daun ranting dilonggokan
dibaja dengan kesamaran
tumbuh liar kepura-puraan

Ladang-ladang perasaan
rumpai dan lalang tumbuh keliaran
dihuni serangga kebuasan
memamah mangsa kehinaan

ladang-ladang perasaan
menghurai rajah-rajah perpisahan
pada batu penghidupan
matang dalam kesengsaraan

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru
November, 2009

Senin, 16 November 2009

Membentang Sejadah Hijrah Di Keresahan Masihi

i.
Membentang sejadah hijrah rapsodi iman
sepasang kekasih serasi bermadu pada nur kehidupan

merawat waktu berputar
matahari hijrah meluntarkan cahaya
pada kebekuan dinding usia.

kulemparkan fitrah hati ini pada kesucian abadi
hijrah insan sejati memahat murni
menghulur pengorbanan hati
mencari hikmah bersulam makrifat

ii.
Membentang sejadah hijrah di keresahan masihi
resah bumi hangus dilangit tinggi
resah ombak laut memukul bumi
yang tinggalkan lumpur resah hati

di keresahan masihi
mencari kehidupan di-keranda terkunci
kecemukan dan kebuasan hati
yang gelojoh mengutama diri

di keresahan masihi
pasti akan jengah pada satu pagi
yang terhias dengan seribu janji
yang mengharapkan satu rapsodi
di atas sejadah hijrah ini.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Minggu, 15 November 2009

Ibadah Qurban
Ibadah qurban merupakan satu tuntutan yang perlu dilaksanakan bagi mereka yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya. Ibadah tersebut hendaklah dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan benar atas berketatapan syarak. Amalan yang lebih baik adalah amalan yang paling ikhlas dan jujur. Oleh yang demikian, apabila tibanya Aidil Adha ibadah qurban dilaksanakan, maka hendaklah sedaya upaya perlaksanaannya dilakukan sejajar dengan kehendak hukum syarak.

Binatang yang dipilih untuk ibadah qurban adalah lembu, unta, kambing atau kibas. Masa penyembelihan adalah selepas solat sunat Aidil Adha dan berlanjutan sehingga hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Gambar diatas menunjukkan sebuah ladang lembu yang kami kunjungi bagi tujuan qurban. Binatang yang dipilih adalah cukup umurnya, tidak cacat anggota badannya, sihat dan sedap mata memandangnya. Boleh dikatakan setiap tiba Aidi Adha, surau Ittihad Mariam, Johor Bahru akan mengadakan penyembelihan selepas solat sunnat Aidil Adha. Kalaulah jatuh Aidil Adha pada hari Jumaat, besar kemungkinan ibadat ini dijalankan pada waktu petangnya.

Rabu, 11 November 2009

Menjaring Kehidupan

Naiklah ke bukit itu, jika engkau berjiwa tinggi
mari ke danau
jika engkau sudi menjamu kekotoran

Mengalir lembut dari puisi penghidupanmu
tinta hitam menyaring kehidupan
pabila pelangi menjamah tubuhmu
tiada warna dapat dipadamkan

Lirik senyum bak sekumtum mawar
yang disarik dihujung penglihatan
pada piama batas kesejahteraan
pada pintu menaruh harapan

Hari ini langit mengundang air mata
yang disedut dari kali cita-cita
melepuh pada kulit yang setia
menahan daging dan tulang berhiba.

Tolehlah malam yang merindu siang
lumut di batu yang dahaga cintamu
mengusap-usap uban keputihan
mengira pada keluk-keluk usia
yang sentiasa menjaring kehidupan.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.
November 2009

Selasa, 10 November 2009

Suatu Kehilangan

Mencium setangkai bunga : ingin wanginya
hidu pada kehidupan dan harapan
memeluk dahannya berduri
agar kelopaknya tetap berdiri
tangan tak terluka
mencacap rambut dan pipi.

saling menatap dan mencandai
menitip ilmu dan menyusuk pengalaman
agar hati tidak sedu, tapi saling menatap

kini terlepas dari tangkai impinan
taman-taman telah terlarang
berputik kembang, tidak wangi
dahan dipagar dengan bunga diracuni
suatu kehilangan : tak dapat mencium wangi.

10 Nov.2009

Minggu, 08 November 2009


Kartika Di Sejadah Senja
( Buat kelahiran Cucu Ke tujuh )

Ada yang bertanya
seutas sayang memasuki waktu
pada kartika di sejadah senja
zikir membilang usia

Kartika di sejadah senja
keheningan bunga-bunga bitara
di batas hati sedang mengira
pada tangkai beralun mutiara kata

Kartika di sejadah senja
mengiringi purnama kasih
mengirim butir-butir gerimis itu
ketika bumi melabuh senja

Kartika di sejadah senja
hujan menjanji membasahi bumi
pada rindu merusuk sukma
putih bersih di persada kita

Kartika di sejadah senja
yang merentang serangkai kata
melabuh ke riba impian
membasah hati saat duha
menggunung zikir saat tahajud.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Senin, 02 November 2009

Gambar Urusetia Bengkel Kembara Wangsa


Gambar sebagai kenangan semasa kami menjadi urusetia Bengkel Kembara Wangsa, Pembangunan Tapak-Tapak Sejarah di Sepanjang Sungai Johor di Pulai Beach Resort, Kota Tinggi pada 10 - 12 Ogos 2009 yang di sertai sama YAB Menteri Besar Johor.
Nyala Yang Meresahkan Itu

Usahlah kauresah
seperti nyala pemberian hati di dadaku
akan nyala di kota-kota dan desa-desa
membakar setiap perasaan
membakar pada keadilan
membakar pada kesetiaan
di muka pengadilan
membakar hati mencari kebenaran

Memang tugasmu
di media, buku yang dibaca
agar terang ingatan sentiasa tanpa menggila
pada puisi dan gurindam di baca
membara pada cerita dan kata

Jangan di simpan di mata
jangan di simpan di hati
yang tidak kumiliki
api dadaku tidak pernah membakar
tapi menyala sebagai pelita

Hj. Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Delima 2, Kluang
2009

Minggu, 01 November 2009

Dewan Sastera November 2009


Terima kasih pada Sdr. Editor Dewan Sastera yang pertama kali menyiarkan sebuah sajak saya di halamannya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan rakan yang memberi dorongan kuat untuk saya terus berpuisi. Bak kata Tok Guru, ini merupakan selangkah lagi kejayaan saya ke dunia sastera. Sajaknya bertajuk " Pabila Embun Merindu". Salam Puisi dari saya.

Senin, 26 Oktober 2009

Panggilan Kaabah

Selangkah Pengabdian

Selangkah pengabdian
untuk melukis pada sahara suci ini
yang akan ku pahatkan doa
lukis anugerah dan barokah

Selangkah pengabdian
rindui janji-janji Junjungan
kutitipkan pahala mengelilingi kaabah
dalam kehidupan kiswah.

Selangkah pengabdian
menelan purnama zikir itu
terus air mata tumpah
dililitan suara bertalbiah.

Dipuncak selangkah pengabdian
warna pakaian putih dikapan
berkumpul dipadang untuk pertimbangan
bertaubat tanda penyerahan.

Selangkah pengabdian
berduyun-duyun melontar jamaerah
pohon mendapat syafa’at nabi
bersujud di hidir Ismail
zam-zam di minum
membasahi badan kedinginan.

Akan datang ke tanah suci ini
mencatit buku amalan
menjernih hati berjelaga ini
mencari selangkah lagi pengabdian.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Rama-Rama Di TamanKu

Rama-rama di tamanku
melorek warna pelangi
elok benar rupanya
terbang hinggap di bunga idaman

rama-rama di tamanku
terbang dengan kebingungan
mencari madu di debunga harapan
sungguh cantik rupawan

rama-rama di gerimis pagi
sedang bermain dengan pelangi
yang warna warni
menyanyi lagu lagu malam sunyi

rama-rama di tamanku
menari nari dengan cahaya matahari
keluar dari sarong kehidupan ibunya
di permukaan embun kesejukan
penoh kedamaian.

Mohamed Tahir Shahdan
Taman Delima 2, Kluang
Fitrah Kasih
( Buat mereka yang tersayang )

Ku lukis sebuah lukisan fitrah kasih
ketika matahari melihatku
sebutir embun melembutkan bumi
oleh angin pagi itu

Rinduku membangunkan harapan
pada fitrah kasih yang dilukis indah
dibiarkan angin meniup
berlabuh pada mimpiku
yang sentiasa mencemburu awan biru

Ku jadikan fitrah kasih sebagai sungai waktu
yang membawa arus yang merdu
bernyanyilah bersamaku
sepenoh hati mengembirakan kalbu.

Bila ku lihat langit itu
jelas lorek fitrah kasih di angkasa biru
bagi intan dan belian
yang menari- nari di celah batu
agar dipahat pada bulan yang satu.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Kamis, 22 Oktober 2009

Fitrah Kasih

Setiap tibanya tarikh 23 Oktober, saya akan terpanggil menulis dan menceritakan tentang fitrah kasih. Ertinya adalah sifat manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pada ahli keluarga sendiri. Tarikh ini merupakan tarikh kelahiran isteri kesayangan yang kini mencapaikan kematangan dalam usia hidupnya. Kalau dikira masa kami berumah tangga sudah menjangkau 35 tahun lamanya. Buat masa kini semua anak-anak telah besar dan mendirikan rumahtangga. Bilangan cucu yang ada sekarang ini berjumlah enam orang dan bakal akan menerima lagi tiga orang pada awal tahun hadapan.

Pagi-pagi subuh jumaat ini kami solat berjameah subuh dan mendoakan agar fitrah kasih sayang kami berdua berpanjangan hingga akhir hayat. Kami juga mendoakan agar di panjangkan umor, dipermudahkan rezki dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SAW di dunia dan akhirat. Fitrah kasih juga berpanjangan apabila mendapat ucapan anak dan menantu yang tinggal serumah dan masej dari anak-anak yang mengucapkan selamat hari jadi mamanya. Dari adiknya tercetus juga masej yang mendoakan agar panjang umur, kemudahan rezki dan bahagia selalu. Yang paling istimewa pada tahun ini adalah seorang anak angkat kami yang baru seolah-olah mengetahui tentang fitrah kasih menyampaikan masej berdoakan kami berdua. Terharu juga di hati kami apabila menerima masej yang boleh dikatakan setiap hari jumaat dihantar kepada kami mendoakan kesejahteraan kami berdua. Kami paparkan masej ini untuk tatapan anak-anak kami yang lain.” Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahanda , dosa kedua ibu bapannya, dosa seluruh keluarganya, berkatilah rezki yang Kau berikan kepadanya, kurnaikanlah kesihatan yang baik pada nya, lindungilah dia dari sebarang bahaya dan bahagiakanlah dia sekeluraga dunia dan akhirat. Amin, Selamat Pagi Ayahanda” . Masej ini kami baca dihadapan isteri pada jam 8.20 pagi. Selang beberapa minit, kami terima lagi masih berbunyi.” Selamat Hari Lahir Umi” .

Fitrah kasih kini menjadi pegangan hidup sekeluraga kami. Kasih dan sayang memang satu anugerah Tuhan kepada umatNya. Sama-sama kita aturkan fitrah kasih ini akan sentiasa subur di kalangan ahli keluraga. Tiba-tiba satu masej lagi diterima dikala kalam ini sedang mengukir kisah fitrah kasih. Renungkanlah maknanya, “ Ayahanda, bila anakanda kesepian, hiburlah anakanda dengan suaramu, bila anakanda sakit ubati anakanda dengan rasa kasih sayang mu. Apabila anakanda mati jangan mandikan anakanda dengan air matamu. Apabila anakanda terkubur, kuburlah anakanda dalam hati mu dan bila anakanda tersesat, selamatkanlah anakanda dengan doamu” Ertinya fitra kasih yang hayati hari terpapar dengan sendirinya. Amin, kami berdua mengucapkan terima kasih kepada semua anak-anak, menantu dan anak angkat atas fitrah kasih yang kami paparkan hari ini.

Senin, 19 Oktober 2009

Sungai Dan Tebing

Tari sungai itu
mengubati luka luka tebingnya
mencurah arus nakalnya
ke batu-batu jeram berlumut
wajahnya pahit memandang
sungai yang cemas itu.

Bertahun-tahun tebing cemburu
tari lembut dan ganasnya
pecah harapannya
memecah coraknya
membesar ke datarannya
memberi sungai tenang fikirnya.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

Minggu, 18 Oktober 2009

Ziarah Dan Marhaban Di Bulan Raya

Semalam, 29 Syawal 1430H, merupakan malam terakhir kumpulan ziarah dan marhaban di Taman Delima 2, Kluang, Johor. Diantara rumah yang ketiga terakhir adalah kunjungan di rumah saya. Alhamdulillah, ramai sungguh kehadirannya, termasuk kaum ibu dan anak-anak nya. Lebih kurang 60 orang berkunjung kerumah saya pada malam. Tujuan adalah untuk menghubungi sulaiturahim dikalangan jiran tetangga dan sahabat andai. Gambar ini dirakamkan sebagai kenangan ziarah dan marhaban bulan raya bagi tahun 1430H diruang rumah kami pada malam tersebut. Pada malam itu saja, dua belas buah dalam satu jalan. Biasanya kita telah berpakat untuk mengadakan jamuan di akhir rumah, tetapi memang menjadi adat orang kita, setiap rumah yang diziarahi tetap juga dijamu dengan makanan dan minuman. Yang paling gembira adalah kanak-kanak nampaknya. Dapat makanan, minuman dan sekali duit raya. Tetapi apabila tiba di rumah akhir, masing-masing berkata dah kenyang. Mudah-mudahan perkara seperti ini dapat terus diamalkan dari tahun ke tahun. Di harapkan pada tahun hadapan, kaum wanita pula akan juga mengadakan marhaban, tidak seperti tahun ini hanya mengikut kaum lelaki sahaja.

Jumat, 16 Oktober 2009







Kesan Menggunakan Bahan-Bahan Herba

Akhir-akhir ini banyak dalam pasaran tentang penggunaan herba yang digunakan sebagai makanan tambahan atau ubatan. Diantara pokok herba yang mendapat perhatian adalah tongkat ali yang nama scientific adalah ‘eurycoma longifolia’, Ubi Jaga ‘smilax myosotiflo’, pokok sundal malam ‘ agloenane simplex’ , pokok temulawak ‘ cucuvma xanthovrhiza’ pokok kecubong ‘ datura fastuoss’ dan banyak lagi. Kalau hendak disenaraikan kelebihan, macam-macam ada, baik untuk lelaki mahupun perempuan yang menggunanya.

Al-kasih, satu ketika saya membawa pelawat-pelawat dari Negeri Sarawak melawat ke ladang Nasuha, Pagoh, Muar dimana ladang ini banyak menanam pokok-pokok herba, dan ladang ini juga banyak menggeluarkan bahan-bahan ubatan dengan berbagai jenama. Semasa lawatan ini dibuat, rombongan Sarawak ini diketuai oleh YB. Timbalan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, iaitu YB. Datuk Hajah Rohani. Selepas melawat ke kilang herba, Dr. Nusaha, pemilik ladang ini membawa pelawat ke ladang yang berhampiran. Maklumlah, semua ingin melihat dan mengetahui bentuk pokok herba , tentang kelebihan-kelebihan terutama orang lelaki. Tidak kurang juga YB Datuk Hajah Rohani pun mengemukakan macam-macam soalan. Saya diam saja, kerana ketiadaan modal untuk bertanya. Setelah penat berjalan, mereka semua berehat di bawa pohon pokok kecubung agaknya, saya pun kurang pasti kelebihan.

Terlintas di kepala saya, banyak kaum lelaki dan perempuan bertanya tentang ‘ side effect’ (dengan izin) tentang mengambil ubatan atau makanan tambahan dari herba ini. Ada yang menyatakan kalau di amalkan akan mendapat penyakit batu karang buah pinggang, ada kata mudah diserang penyakit kensar dan bermacam-macam. Memandang YB Datuk Hajjah Rohani ini boleh berlawak orang nya, saya terus memanggil YB supaya meneka pokok tempat kita berteduh. Masing-masing menjawab dan meneka nama pokok yang saya ajukan soalan. Pendekkan cerita, saya pun menceritakan kepada YB , bahawa pokok ini sangat baik untuk ubatan dan bahan makanan tambahan. Tiada kesan sampingan atau (dengan izin) ‘ no side effect’ . YB bertanya, “ Bagaimana Haji tahu pokok ini banyak kelebihan nya?” Saya menjawab dengan muka selamba saja. “ YB tahu tak bahawa pokok ini kalau dibuat ubatan tiada ‘side effect’ (dengan izin) tetapi kesannya adalah ‘front effect’ (dengan izin). Sepi ketika atas keterangan yang saya buat, beberapa saat YB mula gelak dan menyatakan saya yang disangkakan seorang pendiam pada pandangan nya tetapi mempunyai idea dan minda pandai berjenaka pulak. He…He.. itulah cerita yang sebenarnya.

Selasa, 13 Oktober 2009

Bisikan Hati Hitam

Bisikan hati hitam dari asutan iblis
setitik warna boleh mengelapkan jiwa
bergelapan sepanjang hari sepanjang waktu
tiada dendangan rasa kasih dan rindu

Bisikan hati hitam tidak bermelodikan lagu
tiada iman abadi sahdu
lebih duniawi dari sudut kalbu
tiada mengalun dari sebuah lagu

Bisikan hati hitam tidak diiringi malikat
hanya bisikkan dari syaitan
seumpama seekor kambing hitam
yang telah terikat
pada penglihatan dan penghayatan
tiada pedoman
tiada harapan
hidup diikat tangan dibelakang

Mari kita putihkan hati hitam
kembali kita kepada Ilahi.
berkumandangkan syurgawi dari dunia hadapan
agar kita dapat kemanisan Rahmat Tuhan.


Mohamed Tahir bin Shahdan
Oktober, 2009

Idola Ku - Penulisan Puisi

Hj.Shaipi bin Mohd. Ramly,

Penulis mengenali beliau secara kebetulan bekerja dalam satu syarikat. Beliau banyak memberi galakan supaya saya mengikuti langkahnya terutama sebagai seorang penulis sajak. Namanya tidak asing lagi sebagai penulis di Johor. Hasilnya, boleh dikatakan semua sajak yang saya cipta diedit ejaan dan diberi komen yang membina. Ada sajak saya telah disiarkan dalam beberapa antologi dan media. Terima kasih atas bimbingan beliau. Petua yang diajarkan kepada saya supaya banyak membaca buku , sentiasa mencuba hingga beroleh kejayaan. Jangan berhenti menulis, kerana ia memberi auara yang baik pada minda kita. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar.

W.B. Rendra

Seorang kakitangan syarikat kami yang baru bertugas, seorang remaja yang banyak menulis sajak, cerpen dan rencana. Namanya memang tidak asing lagi sebagai penulis remaja. Kami anggap beliau sebagai anakanda. Kadang-kadang tercetus memanggil saya sebagai ayahanda. Maklumlah saya telah berumur dan mempunyai tujuh cucu. Banyak memberi bimbingan kepada saya dari segi menulis sajak. Orangnya mudah memberi senyuman sepertimana gambar disebelah, sedang makan pun sempat memberi senyuman kepada juru kemera. Kami yang asalnya bukan seorang penulis, kini dengan bimbingan kedua beliau ini yang nama saya ada di Persatuan Penulis Johor dan Rakan Dewan Bahasa & Pustaka. Terima kasih daun keladi, nanti bantu kami lagi.






Papa Rock Yang Ku Kenali

Papa Rock atau Sdr. Ramli Sarif kami kenali semasa syarikat kami mengendalikan satu persembahan teater Balada Sang Aidiputra pada tahun 2006 dan Bahtera Merdeka pada tahun 2007 dan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sempena Menyambut Hari Kebangsaan. Orang nya lemah lembut, sama ada tutur kata dan budibicara. Beliau cepat mesra dan tidak memilih kawan. Sekilas pandang, orang agak warak dan beriman.

Berbicara dengan beliau agak mudah dan teratur. Kami meminati beliau dengan lagu-lagu dalam bentuk puisi dan suaranya memang sungguh rock. Persembahan beliau memang mantap, tidak kira masa dan waktu. Gambar ini diambil sebagai kenangan semasa jamuan untuk semua pelakon, penari, kru-kru penerbitan teater yang diadakan di M'suit Hotel Johor Bahru sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan kedua-dua teater. Majlis ini dianjur bersama oleh YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Johor. Kami abadikan dalam blog sebagai satu kenangan sejarah.

Selasa, 06 Oktober 2009

Selamat Berpisah Zakiah

Rendra, Anna dan Penulis sedang menunjukkan aksinya dihadapan kemera
Zakiah ( berbaju warna merah jambu) bergambar bersama penulis, Hj.Shaipai, Rendra dan Anna

Jamuan yang diadakan sempena perpisahan Zakiah dan Hari Raya Aidil-Fitri
Tanggal 6 Oktober, 2009 satu majlis perpisahan seorang rakan sepejabat kami akan meninggalkan kami dah berhijrah ke jabatan kerajaan. Zakiah namanya, seorang pembantu tadbir di syarikat kami. Majlis di adakan secara serdahana sebagai meraikan beliau. Gambar-gambar ini adalah sebagai kenangan untuk dijadi tanda sejarah beliau bertugas di syarikat kita.






Doa Menyulam Kasih
( Sempena Hari Kelahiran Isteri Kesayangan )

Jangan lepaskan jemariku
mengatur nafas membisik hati
berlirik lirik lagu merdu
sepotong doa menyulam kasih

Bagiku, sebutir gerimis merindu di kalbu
ada kasih pada langit itu
yang kupaksa turun ke bumi ini
menjadi hamparan kehidupanku.

Takkan ada kasih yang lebih suci
yang rela kusemat pada dinding bumi
direngis dengan gerimis mawar senja
disimpan dalam puisi diriku

Aku berdoa menyulam kasih
kala memandang dan memeluk langit
hati ini akan tertanam di mentari
kasih yang indah terukir di batinku

Doa menyulam kasih
menadah ke langit subuh
pintaku, mewarnai bumi dan langit
dengan rambulan pada malam
bercahaya pada lingkaran usiaku.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Rabu, 30 September 2009

Video ini kami rakamkan selepas selesai kami melakukan tawab wida' pada hari terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air pada bulan April, 2009. Waktu nya jam 7.30 pagi waktu di Mekah. Kami paparkan adalah bertujuan untuk menarik minit pengunjung blog kami melihat secara live satu ibadat umrah iaitu tawab wida'. Semuga dengan menunton video ini akan timbul satu perasaan untuk pergi ke tanah suci bagi menjadi tetamu Allah samada musim haji atau umrah. Semuga Allah kabulkan kehendak dan hajat pengunjung-pengunjung blog kami. Amin....

Selasa, 29 September 2009

Ibu Mertua Ku Dalam Kenangan




Pada petang raya pertama, kami sekeluraga anak,menantu dan cucu-cucu menziarahi bapa mertua di Taman Broleh Batu Pahat. Umur nya adalah 83 tahun dan masih sihat lagi, tambahan pula telah bernikah tiga tahun lepas dan mendapat anak lelaki seorang. Selepas selesai bermaafan antara kami sekeluarga, terpandang saya ke satu sudut dinding rumah satu gambar bapa dan ibu mertua yang dalam lengkungan umurnya dua puluhan. Gambar hitam putih di besarkan dan dipancarkan dengan lampu berwaran biru. Pancaran warna biru itulah yang membuat kami terpanggil untuk merakamkan dalam blog kami sabagai satu peringatan peninggalan ibu mertua pada tahun 2004. Kami bersama isteri boleh dikatakan setiap awal bulan menziarahi pusaranya, termasuk pusara ayah dan bonda kami di Muar. Satu yang menjadi ingatan semasa hayatnya dalam bulan raya, saya teringat dengan ketupat bantal nya yang besar, saban tahun tetap di jamu kepada kami dengan rendang, lodeh, serunding. Makan sebiji ketupat bantal yang dibuat sudah rasa kenyangnya. Sama-sama berdoa agar rohnya dihimpunkan di kalangan orang-orang yang solihin. amin.

Gambar Kenangan Hari Raya Pertama 1430H










Gambar-gambar kenangan di Hari Raya Pertama bersama anak, menantu dan cucu-cucu yang balik ke rumah pada hari raya pertama tahun 1430H




Petua Kesihatan Bagi Menghadiri Rumah Terbuka Musim Raya

Teringat saya dalam satu wawacara di TV dengan seorang pakar kesihatan tentang petua-petua bagi menghadiri Rumah Terbuka DiMusim Raya ini. Tidak boleh dinafikan, balik saya bekerja akan dapat banyak undangan rakan-rakan dan sahabat untuk berhari raya sama ada acara rumah terbuka atau ziarah marhaban. Paling tidak hari minggu, lima hingga sepuluh buah rumah dalam satu hari.

Kalau nak ikutkan nafsu makan, tentu boleh pecah perut dibuatnya. Jadi untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita, disini ada petua-petua yang diajarkan yang membolehkan kita pergi semua majlis undangan hari raya.

1. Makan di rumah dahulu sebelum anda mulakan kerumah terbuka, dengan ini perut anda telah terisi dengan makanan.

2. Boleh rasa semua makanan yang dihidangkan, tetapi dengan kadar yang sedikit sedikit ( menjamah saja) kerana masa itu perut anda telah pun kenyang.

3. Kalau boleh, minta minuman air suam saja bagi mengalas selepas makanan.

4. Pastikan, pilih makanan yang kurang berminyak atau lemak.

5. Kalau ada buah-buahan, itulah diutamakan.

Sekiranya anda dapat mengikuti petua ini, saya pasti anda boleh berterusan menziarahi kerumah rakan-rakan anda berhari raya yang tujuan utamanya adalah perhubungan saliturahim dan bermaafan di hari yang baik ini. Kepada mereka yang menjamu, kalau boleh ikut petua ini juga. Tetapi jangan lupa mulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Maaf zahir dan batin.

Keriangan cucu menyambut Hari Lahir yang Ke2 Tahun.

Senin, 28 September 2009

Tahniah!!

Itulah keindahan pencipta bangsa
itulah migrasi Melayu namanya
darahnya memerah jua
mengalir lah ia seluruh dunia.

Setiap cahaya dihujung benua
jendela bahasa melayu celiklah mara
genggam akar tunjang sekuat kuatnya
Melayu penentu bangsanya
ucapan tahniah dipersada dunia

Citra Delima
Gerimis Di Hati Ini

Hati ini tertambat pada tiang keangkuhan
menanam kesuburan pada tanah hitam
menampil migrasi ke alam impinan
pada tandan kehijauan

Gerimis di hati ini dipameran kehibaan
yang merejah dalam keagongan alam

Gerimis di hati ini
melihat burung terbang membelah awan
memecah dengan jalur berombak
hilang cahaya menyinari ke bumi

Gerimis di hati ini
laksana kaca pecah melukai hati
titisan air mata di pipi
menuju ke daerah yang sunyi

Gerimis di hati ini
menanti teduh nya di ajung hati
terang dipancar dijendela berkunci
yang melukis warna warna suci.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Minggu, 27 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kesempatan ini, saya berserta dengan ahli keluarga saya ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya aidil fitri" kepada semua sahabat handai, jiran tetangga, kenalan jauh dan dekat dan kepada mereka yang mengenali kami dengan ucapan maaf zahir dan batin. Semuga anda semua bergembira di hari yang mulia ini.

Jumat, 18 September 2009

Berakhirnya Ramadan 1430H

Besuk merupakan hari terakhir bulan yang penuh berakah, bulan mulia di sisi Allah SWT, bulan yang mana semua umat islam menjalani ibadat puasa, sana sini semua masjid dan surau pada malamnya sujud mendirikan solat Tarawih, solat sunnat yang di tuntut melakukannya.

Kita merasa bangga, masjid dan surau terang di imerahkan oleh ahli qariah, ada yang bertadarus beramai-ramai dan diakhiri dengan majlis khatam Al-Quran pada malam malam terakhir Ramadan. Ada jamuan sedap yang diedarkan. Sambutan boleh dikatakan memuaskan,

Malam ini mungkin solat tarawih yang terakhir, kerana besuk malam mula bertakbir dan bertahmit, ada surau melakukan sehingga jam 11.00 malam. Ini adalah kerana masa untuk bertakbir di adilfitri adalah terhad sehingga pada pagi 1 shawal, lepas solat sunnat aidilfitri tidak boleh lagi bertakbir. Jadi untuk menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah SWT, malam raya yang perlu kita banyakkan takbir dan tahmit. Ada setengahnya pada malam raya lah baik untuk kita melakukan ibadat ibadat sunat, kerana malam itulah merupakan malam dimana doa kita diterima oleh Allah SWT.

Hari Ahad, merupakan hari kemenangan umat islam yang melakukan puasa bulan Ramadan, kita di sunnatkan bersolat sunnat pada paginya dengan pakaian yang baru dan wangi-wangian, yang paling seronok adalah anak-anak dan cucu-cucu. Masing-masing bergaya dengan baju baru bersamping ( kanak-kanak lelaki) , bersongkok mengikut ayah dan atuknya ke masjid dan surau. Lepas itu berkumpul dirumah ibu bapa, bermaaf maafan, dan yang kecil mula minta duit raya..

Senin, 07 September 2009

Majlis Pertunangan Anak Lelaki Terakhir


Majlis diadakan pada 16 Ogos 2009, di Kluang Johor, ini merupakan anak yang akhir yang akan berkahwin. Majlis di adakan secara serdahana yang di hadiri oleh adek beradeknya, ipar serta atuknya. Kami sendiri mengendalikan majlis pertunangan ini, sepertimana gambar ini pula isteri saya yang sedang menyarung cincin pertunangan pada bakal menantunya.

Kami sekeluraga mengucapkan terima kasih kepada pihak perempuan yang sudi menyambut kehadiran kami dengan hidangan yang sungguh enak. Kepada tetamu yang hadir, mengucapkan terima kasih atas kehadiran nya yang menyerikan majlis pertunangan ini. Selaku ayah, kami mengucapkan selamat bertunang, pandai-pandai jaga diri dan ingatlah masa pertunangan memang banyak dugaan, tempuhi dengan fikiran yang terbuka.

Gerimis Subuh

Disiarkan di Berita Harian pada Sabtu, 5 September 2009.

Rabu, 02 September 2009

Panggilan Dari Sahabat

Lebihkurang jam 2.45 petang, telefon bimbit ku mula berdering. Ku jengah dan tercatat nama Ijaz Ahmed, seorang sahabat dari Pakistan yang kami bertemu di Masjidil Haram semasa menunaikan umrah. Kami bertanya khabar dan berkirim salam antara kami dengan keluraganya dan begitulah sebaliknya buat dirinya. Apa yang penting pada catatan pada diriku adalah beliau dalam perjalanan hendak menunaikan umrah lagi dalam bulan Ramadan ini. Jadi dengan kesempatan itu, maka dapatlah kami mengirimkan salam untuk Rasulullah dan sempat juga supaya beliau mendoa kami berdua dihadapan kaabah agar dapat lagi ke sana pada tahun hadapan.

Sebuah sajak sempat ku nukilkan sebagai ingatan kembali perjumpaan kami di kota Mekah.

Sahabat
( Buat Ijaz Ahmed, Pakistan)

Alangkah indahnya bila kita bertemu dengan dada yang lapang
persilakan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
menggilapnya lantai nurani
dengan senyum seterang matahari pagi

Marilah kita mengurai jurai di tanah suci
ketika ziarah di Baituallah itu
dibariskan dalam saf-saf zikir
membuka mata hati
ketulusan yang dipancarkan
menjalin sahabat dua benua

Semua itu hanya bayangan senja kemarin
yang hilang ditelan fajar waktu
perjalanan kita yang jauh berbeza
walaupun ke satu hala
pada tapak-tapak tamadun kita sukar bertutur kata.

Pendar- pendar sahabat yang kau berikan padaku
terurai dalam keranjang kita berdua
menjala sutra yang lembut
menjaring sarang angin hati kita

Sesudah gersang kenangan, kini kembali
dibasahi gerimis suara
menyubur taman sahara.

Kemarin ketika sampai padaku berita
yang kau ke sana sewaktu ketika
menjelmakan pelita persahabat kita
pada lorang gelap yang dipancarkan cahaya.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

Senin, 31 Agustus 2009

Gerimis Subuh

Jangan lepaskan jemarimu dari merindukan takdir
usaplah rerambut usia dengan manis senyuman
kala jasad itu berada dikaki langit kesal
pada suatu subuh gerimis itu
yang menyembunyikan rahsia

Pagi itu semua nya beku
laksana air di kutup hidup
mengatur nafas dengan lidah kelu
hanya bayangan puisi Ramadan akhir untukku
dengan suara lunak merdu

Pagi itu semua kelu
akar tidak lagi merindu butiran baja biru
Zam zam di alir ke jalur mulut membisu
untuk dikejut dari lamunan itu

Bertanya lagi dengan soalan-soalan
menjawab lagi dengan jawapan jawapan
agar pagi itu tidak sejuk membeku
matahari itu tidak mahu lagi muncul disitu

Sejenak mengingat
mari melihat dengan fikiran jernih
Kuasa Mu yang boleh meruntuh gunung dan bukit
ini insan kerdil yang mudah reput
cuma menjadi gilan di dunia fana ini.

Hj. Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra Delima, Kluang

Sabtu, 22 Agustus 2009

Tetamu Ramadan

Tetamu Ramadan
untuk mu dijamu rahmat
dilingkarkan dengan Maghfirah

Tetamu Ramadan
disirami dengan air mata taubat
dendangan tadarus
dibasahi lidah dengan ayat cuci

Tetamu Ramadan
tidurmu diselimut dengan zikir
dibantalkan tahjud
digebarkan dengan selawat

Tetamu Ramadan
moga mewarisi jannah
Amin.

Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Delima, Kluang
22 Ogos,2009

Kamis, 20 Agustus 2009

MENULIS SERIBU AYAT

Sehelai kudup daun membuka luas
di kumai sebatang dahan
nampak liar mengalir sana
sesungai lendir tanpa warna

Lajunya turan lata yang mendalam
curam yang ngarai dipandang
menakis lumat selautan
pada palung yang mencurah harapan

Warna lembayuang melintas wajah
pada lakaran mata bulatan
kusam yang marak diikatan
pada sebuah lagun yang dalam.

Cebis hati cuba membuat tafsiran
agar doa dimanjurkan
melihat detikan momen mendatang
untuk dipindahkan ke lain ladang.

Mari menulis seribu ayat
pada setiap edisi sindiran
untuk disalut pada tiang kebenaran
tidak meruntuhkan cabaran
pada pohon akan ditanam di ladang.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubaraq

Dengan rasa keikhlas,
Selamat Menyambut Ramadan 1430 Hijrah
semuga sama-sama kita sentiasa mendapatkan kelebihan
Salam dan maaf dipinta
selamat menjalani ibadat puasa

Selasa, 18 Agustus 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhir
--------------------------------------
wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu
siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang....
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi....kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan.

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi...

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara muslimat...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
Selamat Menyambut Ramadhan.

Citra Delima
Kluang.

Selasa, 21 Juli 2009

Sinar Ramadhan Mulai Terasa

Semua masjid surau akhir ini telah mula menjalankan aktiviti yang membuatkan ahli qariah hadir . Di antaranya adalah majlis memperingati Isya' dan Mikraj pada malam 27 Rejab, yang mana ramai ustaz menyampaikan ceramah peristiwa Nabi Muhammad SAW dinaikkan kelangit bagi bertemu dengan Allah SWT. Intisari dari peristiwa ini jelas adalah tentang keimanan sesorang islam.

Dua perkara penting dari peristiwa Isya' dan Mikraj ialah merupakan mukziziat Nabi besar kita manakala yang keduanya adalah perintah Allah kepada manusia supaya menunaikan solat lima waktu. Kalau itu di terapkan dan diulaskan dengan jelas maka umat islam rata-rata akan mendapatkan faedah yang berterusan daripada nya.

Selepas bulan Rejab ini akan tiba pula bulan Syaaban iaitu jatuh pada Khamis 23 Julai ini. Sabda Nabi SAW, maksudnya " Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu". Di antara amalan yang disuruh adalah berpuasa pada bulan syaaban.

Bulan syaaban, keagungan malamnya dengan nisfu syabaan seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Nisfu syaaban pada tahun ini adalah bersamaan malam khamis 5 Ogos, 2009 ( 15 Syaaban 1430). Apa pentingnya Nisfu Syaaban? Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah SWT berkenan mengampunkan sisiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban. Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadat kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Diantara amalan yang di lakukan pada malam itu di masjid dan surau adalah:

1. Selepas solat maghrib, solat sunat nisfu syaaban 2 rakaat
2. Membaca Yassin tiga kali selepas nya, di antaranya dibaca doa mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah, mohon rezeki yang halal untuk digunakan ke jalan Allah dan mohon ditetapkan iman dan Islam serta mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik dan banyakkan baca Istighfar dan selawat.

Lain-lain amalan yang kerap dilakukan oleh umat islam ialah mengadakan kenduri arwah untuk ibubapa yang telah lama meninggalkan kita. Ada masjid atau surau mengadakan kenduri arwah secara berkelompok, ini juga merupakan satu amalan yang baik dan berfaedah bagi menyatukan hati qariah dipersekitaran untuk sama-sama mengemarah masjid dan surau. Teruskan mendekatkan diri kita supaya rajin ke rumah Allah dan yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan dengan iklas, istiqamah. Dengan cara ini dirasakan mudahkan bagi kita apabila tiba bulan Ramadhan, tidak rasa begitu berat menunaikan solat Tarawikh di Masjid atau di surau. Semua ini adalah untuk ingatan diri saya dan ahli keluraga saya, semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin ....Ya Rabbal Alamin.

Selasa, 23 Juni 2009










Puisi Untuk Parish

Apabila melihat kau ketawa dan gembira,
atau tangis hiba,
apabila melihat kau berjenaka atau leka bermain,
sebenarnya aku melihat diriku sendiri.

Dan dengan ini Parish,
segala tiada yang ada pada diri ku sayang,
sesungguhnya akan kami sediakan
maka, gunakan segala kebijaksanaan.

Agar kami tidak lagi merasakan,
yang kami wariskan,
demi kesempurnaan dan kebahagian,
dunia dan akhirat,
untukmu “selamat hari jadi”
kami ucapkan.

Atuk Aji Dan Atuk Jah
24 Jun 2009

Senin, 18 Mei 2009

Realiti Kehidupan

Aku akan terus berpuisi
memaparkan realiti kehidupan
tentang amalan, keikhlasan dan kesopanan
bukannya lancung, curang dan kedengkian.

Realiti kehidupan
pada hak dan kebatilan.

Pada pohon-pohon merata
buah dan bunga serta haruman
berdiri kukuk menjadi perlindungan
pada jiwa ketenangan.

Realiti kehidupan
unggas berterbangan, ikan di lautan
menjadi titik pertemuan
kebebasan terbang dan berenang.

Realiti kehidupan
akan aman dunia
masing-masing hidup sebagai amanah Tuhan.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.

Tiga Hari Di Kota Suci Madinah


Pada hari pertama di Madinah, kami penuhi dengan bersolat di masjid Nabawi, terutama solat lima waktu, disamping itu membaca al-quran, solat-solat sunnat dan segala pahala amalan dihadiahkan kedua-dua ibu bapa telah meninggalkan kami.

Pada hari ke duanya, jadual kami adalah melawat tempat-tempat bersejarah di kota Madinah, antaranya adalah Jabal Uhud, yang mana sejarahnya adalah peperangan Uhud. Nabi Muhammad SAW bersabda " Sesungguhnya Uhud adalah gunung yang sangat mencintai kita, dan kita pun mencintainya" (Shahih Muslim ). Di Bukit Uhud ini banyak sahabat nabi mati syahid, antaranya Syadina Hamzah, nabi mengelarnya sebagai syahid al-syuhada. Lain-lain tempat adalah masjid Qiblatain, yang sejarah nya adalah nabi menerima perintah dari Allah SAW supaya pindahkan kiblatnya dari Plastein ke Ka'abah Masjidi Haram di Mekah.Lain-lain tempat adalah di ladang kurma, yang mana berpeluang untuk membeli berbagai-bagai jenis kurma dan gula-gula untuk dijadikan sebagai hadiah kepada sahabat handai di tanah air nanti. Lain-lain tempat yang dilawati adalah perkuburan Baqi'. Di perkuburan ini terletaknya 10,000 sahabat nabi yang dimakamkan termasuk Saidina Othman dan isteri-isteri baginda. Lain-lain tempat yang dilawati adalah masjid tujuh, kesan peninggalan kubu-kubu peperangan dizaman nabi. Pada hari ketiganya, selepas solat subuh kami dibawa ke makam nabi bagi ziarah akhir sebelum bertolak ke Mekkah. Selesai sahaja ziarah wada' dimakam nabi, kami balik ke bilik bagi persiapan bagi memakai ihram, seperti mandi sunnat ihram, solat sunnah dan menurunkan barang-barang dari bilik ke bus yang akan membawa kami menuju ke Bir Ali bagi mikat niat umrah dan berniat umrah sebelum bertolak ke Mekkah.

Setelah siap semuanya berihram dan berkumpul menaiki bas, ustaz mula mengarahkan bas bergerak menuju ke Bir Ali. Bas bergerak meninggalkan tempat bermalamnya kami semua dan menuju jalan ke Mekah. Setibanya di perkuburan baqi', kami semua menghadiahkan al-Fatihah dan apabila sampai nampak kubah berwarna hijau, tempat makam nabi, kami semua melambai-lambaikan tangan tanda perpisahan. Kami telah pun membuat satu azam baru di makam nabi, seandaikan kami diizinkan Allah dan diberi rezki dan kesihatan, kami berdua akan kembali lagi menziarahi Madinah pada setiap tahun. Semakin jauh wajah masjid nabawi ditinggalkan, semakin sayu hati kami dan tidak disangka-sangka linangan air mata membasahi pipi disaat melambai-lambai nabawai, seolah-seolah nabi juga melambai-lambai kami semua.

Setiba di Bir Ali, kami masuk masjid dan solat tahayatul masjid,solat sunnat ihram dan terus berniat ihram, maka di kala itu, mulalah pantang larang semasa dalam ihram bermula, bertalbiah mula berkumandang dalam bas hinggalah menuju arahkan ke Kota Suci Mekah.

Aku Sujud Di Raudhah

Di taman ini aku sujud
antara makam nabi dan mimbarnya
bau-bauan harum kasturi
mengabadikan diri.

Gelisah mencampak rasa
bagai nabi bersama
mengimamkan kami sujud di sana
menggamit doa tangan terbuka.

Aku kambali lagi di taman ini
mencari kedamaian
menjadi saksi
bersama satu saf para nabi.

Di taman ini aku sujud
tempat nabi tahajjud
dahulu hanya sebatang kurma
bertongkatkan di tangannya.

Kini Raudhah seindah syurga
kami umatnya menikmati rasa
sebuah syurga gambaran dunia
antara amalan dan bakti
ketika di akhirat nanti
Amin....

Mohamed Tahir bin Shahadan
Madinah, 25 Ribulakhir 1430H

Sepuluh Tahun Terpanggil Kembali

Tanggal 20 April 2009 bersamaan 24 Rabiulakhir 1430H , kami bersama isteri telah terpanggil menjadi tetamu Allah untuk ke tanah Suci melakukan ibadat Umrah. Pada Tahun 1999 kami berdua telah selamat menunaikan fardu haji dan selepas sepuluh tahun kami terpanggil kembali menjadi Tetamu Allah.

Kami bertolak dari Lapangan Terbang Senai jam 7.30 pagi dan transit di KLIA dan jam 3.00 petang kami bertolak ke Jeddah, sampai di sana jam 7.30 malam waktu Jeddah. Kapal terbang yang kami naiki memuatkan lebeh kurang 350 orang jemaah, termasuk yang kami kenali adalah Tok Guru Nik Aziz, Syed Hamid Albar dan kumpulan Hijjas. Kumpulan kami adalah dari Tabong Haji Travel & Services Sdn Bhd.

Jam 7.30 malam waktu Jeddah, kami tiba dan seterusnya menaikki bas ke Bandar Suci Madinah, lebeh kurang jam 4.30 subuh rombongan kami sampai ke Madinah, Wahoo! Sungguh jauh berubah wajah Madinah berbanding sepuluh tahun yang lalu, terpegun juga kami melihatnya. Kami di tempatkan di Anwar Palace, hotel bertaraf lima bintang, tinggal berdua sebilik. Oh! sungguh mengkagumkan suasana nya. Selesai mengangkat barang-barang ke bilik lebih kurang jam 5.00 pagi, waktu subuh telah pun berlalu, siapkan mandi dan pakai, kami berdua terus ke masjid yang tidak jauh, turun dari hotel terus ke pintu masjid Nabawai. Memandangkan kami berdua masih lagi ingat jalan masuk ke masjid, kami terus melakukan solat subuh berjemaah bersama ahli-ahli rombongan kami. Orang lain sibuk baru pulang, dan ada yang menbuat ziarah ke Makam Rasulallah dan ke Raudhah.

Mengikut jadual, jam 8.00 pagi selepas sarapan pagi, ustaz yang memandu kami akan melakukan ziarah ke Makam Nabi dan seterusnya ke Raudhah. Oleh kerana kami yang telah pernah pergi, kami mengambil jalan singkat dan terus ke Makam Nabi Muhammad SAW lepas saja solat Subuh, Alhamdullah, dikala itu tidaklah ramai sangat orangnya, jadi mudahlah kami lama sedikit di Makam Nabi bagi menyampaikan salam dari kami, ahli keluraga kami dan salam yang dikirim oleh sahabat-sahabat kami di Malaysia. Diantara doa kami selepas ka Makam Nabi, adalah berdoa agar kami berdua dapat melakukan ibadat umrah dengan sempurna, sihat tubuh badan, beri kelapangan dan kemudahan melakukan tawaf dan saie. Selesai saja ziarah makam, kami terus ka Raudhah dan melakukan solat hajat dua rakaat dua kali, satu disudut Raudhah dan satu lagi di Mimbar Nabi. Semuanya berjalan dengan sempurna dan teratur. Puas sungguh rasa hati kami melakukan ziarah dan solat dalam kedaan aman serta khusuk kehadrat Allah SWT. Ini lah sebahagian dari hari pertama kami berada di Kota Suci Madinah.

Kamis, 19 Maret 2009

Yang Kulihat Cuma

Ku Kunyah batu-batu kesal
biar keras berjaya ku hancurkan

Setiap waktu, ombak-ombak
mengumpat-umpat pantai
pasir dan tebing yang kian menghitam

Setiap subuh, cuba ku lukis keindahan fajar
yang kian hilang sinarnya

Laut kembali memamah
dengan lidah ombak marah
subuh meragui jujur matahari
yang ku lihat cuma pagi menyendiri

Mohamed Tahir bin Shahdan
Mac, 2009

Senin, 09 Maret 2009

Guna Bahasa Ibuanda Di Sekolah Rendah

Saya tertarik dengan tajuk berita harian keluaran Isnin 9 Febuari, 2009 tentang pandangan Datuk Seri Rais Yatim. Kalaulah semua pihak boleh menerima pandangan beliau, maka sewajarnya PPSMI ini dihapus terus dari niat para pemimpin kerajaan, terutama Menteri Pelajaran Malaysia.

Di antara pandangannya, biarlah saya memberi penjelasan satu persatu mengikut pandangan saya sendiri:

1. Kerajaan perlu mencontohi sekolah aliran cina (SRJKC) yang menggunakan bahasa ibuanda dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah, sebelum bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar dua subjek itu pada peringkat menengah.

2. Pendidikan yang diterapkan di sekolah cina pada peringkat awal menyebabkan budaya dan bahasa mereka mantap.

3. Kita tidak boleh cuba-cuba satu-satu dasar tanpa mengambil pandangan dari golongan cerdekiawan Melayu dan perjuang bahasa dan kita tak boleh nafi pandangan mereka kerana ini soal budaya dan identiti bangsa, bukan mudah untuk kita mengetapikan pandangan pihak terbabit.

4. Katanya lagi, murid sekolah rendah sewajarnya mendapat didikan awal dalam bahasa Melayu, termasuk bagi subjek Sains dan Matematik bagi memupuk jati diri, identiti dan budaya Melayu sejak dari peringkat awal. Beliau yakin bahasa Melayu mesti digunakan dalam memupuk identiti dan budaya bangsa Melayu sekurang-kurang mulai Tahun satu hingga Tahun lima sepertimana sekolah cina.

5. Kepada parti pemerintah , beliau menuntut perkara ini difikirkan bersama dan perkara ini tertakluk dalam Perlembagaan iaitu perjuangan menerusi bahasa.


Banyak ulusan yang bernas yang telah diberikan dalam akhbar . Yang menjadi satu kemuskilan saya, kenapa perkara ini sukar sangat diterjemahkan. Kalau kita lihat, mengapa berlakunya tunjuk perasaan jalanan, jelas ramai yang menentangkan. Takanlah sampai nak berbunuh-bunuh, nyawa terbang baru hendak mengambil tindakan untuk menghapus.

Usah fikirkan tentang kerugian oleh pihak-pihak tertentu jika dasar ini dihapuskan, fikirkan kerugian bahasa Melayu dan anak-anak dan cucu kita yang akan datang. Jangan jadi sepertimana tahun enam pulohan dulu, kepit surat khabar berbahasa Inggeris malu mengepit akhbar bahasa Melayu. Hingga sekarang pun ada lagi pegawai tinggi dalam kerajaan masih mengagongkan bahasa Inggeris apabila ditemuduga dalam bahasa Melayu oleh wartawan yang bukan Melayu? Siapa, tak payah tuding jari siapa dia, tetapi salah kan diri sendiri yang tidak menghormati bahasa ibunda sendiri.

Kepada Menteri Pelajaran, saya menyeru sementara anda mempunyai kuasa sekarang, fikir-fikirlah semasak-masaknya perkara ini. Kalau benar berani, tentu anda satu hari nanti akan digelar sebagai Bapa Perjuangan Bahasa Melayu apabila bersara dari jadi menteri nanti. Lihatlah dan nantikan, mari teruskan perjuangan bagi menghapuskan PPSMI, jangan sekerat jalan, jangan takut atas kebenaran. Bahasa Jiwa Bangsa.

Selasa, 03 Maret 2009

Suatu Pelayaran

Berperahu dalam satu pelayaran
berdayung sampai ke pinggir langit
akan angin menyentuh badan
menyapa ke pantai-pantai

Marilah berzikir pada pantai yang lama ditinggalkan
hanya sejengkal rasanya hati di dalam
menjelang akan sampai ke arah keabadian

Dilaut inilah kita berserah
musim taufan, gelap, terang dan senyap membara
catatan sejarah lampau, perlu dilupa
pada gelanggang neracha
yang belum pernah rata
pada jari yang kita genggam
kesetiaan pada bangsa
membina suasana mememukau pantai tujuan

Persiaran Citra, Johor Bahru
Mac 2009

Selasa, 24 Februari 2009

Hadiah Yang Sungguh Berharga

Dua orang sahabatku telah kembali dari bertugas di Pekan Baru, Riau, Indonesia. Banyak cerita cerita yang indah yang ku dengari. Cerita tentang perjalanan nya menaikki bas selama empat jam, cerita pasal minum teh tarik dan makanan nya. Sebenarnya cerita-cerita itu memberi ingatan kembali buat diri saya semasa kesana pada tahun 2000 semasa bekerja sebagai Pembantu Pertanian dalam siri lawatan kempen buah-buah tempatan dan pertukaran perniagaan barang pertanian antaran Johor, Indonesia dan Riau.

Apa yang menarik perhatian, kalau dahulu sepulangnya dari bertugas dari luar, kawan-kawan biasanya memberi sumbangan seperti tempat kunci buatan setempat, makanan, dan hasil-hasil kraftangan. Tetapi berlainan sekali gayanya seorang ahli sastera, memandang saya baru saja berjinak-jinak dengan penulisan sajak dan puisi, hadiah yang di bawa adalah beberapa buku, antaranya Kembalinya Sang Nabi, Karya Hajjar Gibran, Jam-jam Geliash Kumpulan Puisi Tadung Mulya Lubis dan Potret Pembangunan Dalam Puisi, karya Rendra. Saya sungguh terharu dengan hadiah yang diajukan kepada saya dengan kata-kata semangat dicatitkan pada buku itu " Teruskan Menulis" . Allhamdullah, syukur saya ucapkan dan berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua sahabat itu. Lain-lain ada juga hadiah, coklat tempatan dan bakul telur anyaman yang comel berwarna hijau sebagai cenderahati dan ingatan. Terima kasih.

Palestin- Tangisan Terakhir

Di udara tiada sekatan
petualang mengepung
pesawat dipandu nafsu perang.

Di darat disusun kereta kebal, besi
dan pagar-pagar tinggi berduri
di laut tiada terenang
armada gagah mencabul
hak asasi

Tiada tempat bersorak lagi
gelempang tubuh-tubuh pejuang
sendat dan wangi mayat kami

Kauratah-panggang daging kami
kuhirup jus darah anak-anak dan isteri
dengan rakus kelaparan tanduk syaitan
dengan tiada kepuasan taring haiwan

Hanya doa
mengharap kudrat Ilahi
membelah bumi
mengirim laskar suci
persis zaman nabi
Laknat zionis!


Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

Berita Harian 21 Febuari 2009