
Bisikan hati hitam dari asutan iblis
setitik warna boleh mengelapkan jiwa
bergelapan sepanjang hari sepanjang waktu
tiada dendangan rasa kasih dan rindu
Bisikan hati hitam tidak bermelodikan lagu
tiada iman abadi sahdu
lebih duniawi dari sudut kalbu
tiada mengalun dari sebuah lagu
Bisikan hati hitam tidak diiringi malikat
hanya bisikkan dari syaitan
seumpama seekor kambing hitam
yang telah terikat
pada penglihatan dan penghayatan
tiada pedoman
tiada harapan
hidup diikat tangan dibelakang
Mari kita putihkan hati hitam
kembali kita kepada Ilahi.
berkumandangkan syurgawi dari dunia hadapan
agar kita dapat kemanisan Rahmat Tuhan.
Mohamed Tahir bin Shahdan
Oktober, 2009
2 komentar:
Salam Tuan Citra Delima,
Sajak yang penuh hikmah dan dilingkari peringatan. Namun, di luar sana, terlalu amat banyak remaja yang kurang hemah dan santun bertingkah. Teruskan berkarya kerana karya tuan menjadi sedekah kepada horizon kemanusiaan.
Sdr Azahar,
Salam dan terima kasih, semua ini adalah tugas kita bagi orang-orang lama. Sekurang-kurangnya dapat mengingatkan diri dan anak cucu kita.
Posting Komentar