Pages

Selasa, 21 Juni 2011

Wajah Terbaru Selepas Dapat Turunkan Berat Badan Hampir 10 Kilo

Gambar ini diambil pada 21 Jun 2011 jam 11.00 pagi. Bermakna genap satu bulan badan ini sakit demam, gistrik yang dihidapi. Selama satu bulan makan berpantang, makam nestum, susu dan madu bagi mengelakkan gistrik.

Boleh dikatakan setiap malam demam menyerang, sejuk-sejuk badan, apa yang boleh kami buat hanya makan panadol saja , lepas kebah, kami boleh bekerja. Nak cuba hidup tanpa pil yang mengandungi bahan kimia, yang menjadi kesan sampingan pada badan kami. Kami hanya makan Lacto-5 sabagai mencegah gastrik, dan berbakam mengikut sunnah Nabi sekiranya sakit kepala.

Alhamdulillah, sekarang berat badan berkurangan, hanya letih-letih sahaja. Amin

Anak-Anak Yang Mengelarkan Kita Sebagai Ayah

Tuan Azhar bin Wagi, merupakan salah seorang anak yang memanggil diri ini sebagai ayah. Tekunnya, pada setiap pagi jumaat dia akan menghantar mesej melalui telefon bimbit mendoakan kesejahteraan kami berdua.


Orang yang pelembut, bertugas sebagai mutawil disebuah syarikat mengerja umrah dan lawatan.


Semuga beliau akan kekal dengan ikhlas menyampaikan doa untuk kami berdua..amin

Persandingan Anak Yang Terakhir Buatku

Ini adalah anakku lelaki yang terakhir mendirikan rumah tangganya. Tiada lagi anak yang belum berkahwin. Kalau ikut seronoknya, menyesal juga ada anak sedikit, tetapi Alhamdulillah, sedikit pun tidak menyusahkan diri ini.


Lama juga dia membujang, jangka umur 27 tahun baru diijabkabul sebagai seorang suami. Tetapi sebelum berkahwin, sempat juga dia membawa ayah dan emaknya menunaikan umrah pada Tahun 2010.


Kami ucapakan terima kasih, jadikan tanah suci yang dikunjungi itu sebagai bekalan untuk membimbing keluarga kearah yang lebih baik. Amin..amin

Dapatkan Harapan Ku Untuk Mengerjakan Umrah 2011?

Tahun 1999, kami berdua menunaikan Haji, dan pada tahun 2009, kami berdua menunaika umrah dalam bulan Mei. Tahun 2010, kami bertiga beranak menunaikan umrah dalam bulan Julai.

Tahun 2011, adakah cita-cita tercapai untuk menunaikan umrah sekali lagi? Inilah persoalan dalam benak ku. Setiap waktu selepas solat aku baca 10 kali selawat haji, katanya untuk memudahkan kita ke sana. Cadangan hendak ke sana untuk menyambut 1 minggu berpuasa di sana, tetapi akhir-akhir ini, diriku ini terasa kurang sihat. Terlalu kerap sakit-sakit seperti demam, gistrik dan lain.

Satu masa, diri kami terasa kebas separuh badan. Alhamdullilah, selepas diurut kami sihat kembali. Rasa-nya terlalu banyak masalah hendak kesana. Tanya ustaz dalam hal ini, katanya lebih baik jaga kesihatan dulu, bila dah baik nanti, terus buat haji ke dua. Amin...Amin ..Amin

Mengenang Kesah Yang Lalu

Kalau anda berada didaratan, anda hanya dapat bayangkan satu-satu dengan kadar terhad saja. Tetapi kalau anda berada nun jauh di sebuah pulau, dilautan Cina, barulah anda boleh memikirkan satu-satu kenangan yang lebih jauh. Mungkin boleh membawa khayalan kita masa muda-muda dulu, atau selepas berkahwin.


Mengenang kesah yang lalu patut di lakukan oleh sesorang yang bergelar muslim. Dengan mengenang masa lalu, kita dapat memperbaiki tingkah laku kita apabila dewasa kelak. Kalau kita banyak dosa, itulah masanya kita mula bertaubat kepada Allah SWT.


Kini saya berada di Pulau Sibu, Mersing. Yang saya kenangkan dalam kesah ini adalah menghadapi hari tua yang mendatang. Tentang sakit pening, tentang hidup dan mati.

Malah yang lebih penting apakah persiapan kita sebelum mati. Cukupkan amalan yang telah di lakukan? Cukupkah sedekah dan amal jariah telah kita berikan?, sudahkan kita membaca Al-Quran dan mengikut segala ajarannya? . Berapa banyak selawat atas Nabi Muhammad SAW telah kita sebutkan di bibir kita?


Pada anak-anak, isteri dan cucu, ambilah iktibar dari cerita ringkas ini untuk sama-sama kita hayati. amin...

Tingkah Laku Cucu-Cucu



Kalau dulu, anak-anak adalah tempat kita leka melayaninya. Bila sudah tua, cucu pula menganti tempat anak-anak. Sayang anak dan sayang cucu adalah satu perbezaan yang jauh. Sayang anak, selalu di marahi kerana kedegilannya. Terutama anak-anak sedang belajar. Sayang cucu lain sangat, payah hendak digambarkan dalam tulisan. Bukan ini dua saja cucu-cucu ku, malah sudah sembilan orang. Masing-masing dengan kerenah nya.


Senang cerita, jadi atuk ini memang sukar hendak memarahi cucu-cucunya walau apa yang di buatnya.. Harap satu hari nanti, cucu-cuculah yang akan menjaga atuknya yang makin lama makin tua usianya..amin.

MARAH TETAPI SAYANG....

Marah-marah tetapi sayang, sangat sukar diertikan maknanya. Biasanya kalau dah marah, tetap marah mana boleh senyum atau sayang, kalau sayang takkan nak marah. Gambar di atas sahaja yang boleh memberi makna 'marah tetapi sayang'


ANDA SOMBONG DAN PEMARAH




Jika anda seorang yang bersikap sombong dan pemarah, anda akan di ketepikan oleh sahabat-sahabat anda. Orang yang bersikap marah adalah orang yang tak ingatkan Allah. Bila anda marah, syaitan akan masuk dalam diri anda dan menguasai sikap anda.




Marah lah bertempat, agar wajah kita akan kelihatan tenang saja..