Pages

Kamis, 27 November 2008

Mana Dia Pejuang Bahasa Melayu?

Al-kesah selepas sahaja keputusan UPSR di umumkan, maka banyak lah kajian telah dibuat oleh pihak tertentu tentang baiknya menggunakan bahasa inggeris daalam mata pelajaran matematik dan sains. Macam-macam fakta yang di keluarkan bahawa siapa kata orang melayu teutama anak-anak kita dari darjah 1 hingga 6 tidak pandai berbahasa inggeris. Sehubungan itu juga maka ramailah menteri-menteri yang memperkatakan bahawa langkah kerjaan ini bagus dan bijak, sehinggakan ketua pengarah pelajaran juga menyiakan baiknya.





Persoalan sekarang, apa bahasa sekalipun kalau dididik dari kecil anak-anak kita juga boleh mengikutinya. Bahasa Jepun, cina, india semuanya anak-anak kita boleh mengikutnya. Apa yang membimbangkan kita kelak, adalah penggunaan bahasa melayu pada akhir zaman ini, adakah akan terkubur begitu sahaja, tidak lagi di jadikan bahasa resmi. Selepas sepuloh tahun akan datang, maka jenarasi ini langsung tidak menggunakan bahasa ibuanda nya sendiri. Lepas sahaja mendapat kerja, asik saja menggunakan bahasa inggeris. Disuruh memberi dalam taklimat dalam bahasa melayu, mohon maaf saya tak fasih berbahasa melayu. Ini yang kami semua kuatirkan. Orang-orang cina dan india, walaupun di arah menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajarannya, tetapi masih lagi menggunakan bahasa ibunada nya dalam mata pelajaran yang wajib diajar.





Dalam tahun 1964, kerajaan mengistirkan Bahasa Melayu adalah bahasa resmi. Itu satu pengistiharan yang di agongkan, kerana negara kita adalah milik orang melayu sebagai bangsa utama dan islam agama resminya. Bila kita beredar tahun 1990, Mahadir telah mengubahkan supaya kita pentingkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, demi menjadi bangsa globa. Kedua-dua dasar ini adalah baik dan pratikal.

Rabu, 05 Maret 2008

CERITA MENGANDUNG ANAK GAJAH

Al-kisah, tersebut dalam cerita-cerita kesah orang mengandungkan anak. Banyak orang buat kajian terhadap mereke-mereka yang pernah mengandung. Ini banyak dikesahkan dari kelinik-kelinik perempuan mengandung. Ada yang berkata " aku mengandung kembar " ada kembar siam, ada kembar lima dan ada juga di sebut kembar kerbau. Ini bermanaan ada macam macam jenis kembar sewaktu mengandung.

Bercerita tentang mengandung, orang lelaki juga membuat macam-macam cerita pasal mengandung. Maksudnya mereka yang perut besar pun di katakan mengandung, tetapi mengandung najislah, mengandung lemaklah dan lain-lain nya. Satu hari seorang lelaki yang umurnya pertengahan pergi kekelinik bagi memeriksa perutnya terlalu membesar.

" Masuk ... " kata seorang pembantu kelinik tersebut. Dengan perut terbuyut-buyut,lelaki tersebut masuk menjumpai doktor. Kebetulan hari itu doktor yang bertugas seorang perempuan.

" Bang ... sakit apa ni " tegur doktor melihatkan lelaki ini termengah-mengah memengang perutnya.

" Ni...badan saya hari kurang sihat, rasa nak demam, panas badan dan perutnya bergerak-gerak" tegas nya dengan muka yang orang sakit nak bersalin.

" Mari sini dan baring , saya nak pereksa anda" kata doktor secara jujur.

Lelaki itu pun baringlah di atas katil tempat pemereksaan. Doktor perempuan ini dengan alat pengesannya cuba memereksa dadanya, tangan nya, kakinya dan akhirnya perutnya.

" Abang ni gembuk sengat, jagalah makan supaya kurangkan kegemukan" kata doktor sambil meraba-raba perut lelaki ini. " Tenguk ni perut abang, macam perut perempuan mengandung" kata doktor se olah-oleh berjenaka.

" Doktor, janganlah perli saya, saya sakit betul ni " sahut lelaki tadi dengan nada suara yang terketar-ketar.

" Ni, saya rasa awak mengandung lah" gurau doktor sambil menenangkan hati pesakitnya.

Niat doktor adalah untuk sembang-sembang dan tidak berniat untuk memperli perut lelaki , tetapi lelaki ini nampaknya macam tak boleh bergurau.

" Doktor memang saya mengandung masa kini " sahutnya dengan nada yang keras dan wajah yang garang

" Mengandung apa pula orang lelaki" tegas doktor dengan nada hairan.

" Mengandung anak gajah lah " jawab nya dengan nada menengking.

" Apa bukitnya awak mengandung anak gajah " tegas doktor .

" Doktor tak nampak kah ? tanya lelaki tersebut.

" Nampak apa? tanya doktor kepelikan

" Ni.. belalai nya dah pun keluar .. hanya tunggu badan nya sahaja" kata nya dengan muka selamba. Sambil tangan nya menarah anu nya.

" Ngh..hhhhhh. " tersentak doktor sambil senyum malu. " Menyesal aku buat jenaka nya" bisik hati doktor yang terlalu menyesal.

Lelaki itu semyum simpul, wajah nya puas dapat mengenakan perli dari doktor tadi.

Sajak Semangkuk Sup

Semangkuk Sup
__________________________
Hj. Mohamed Tahir Shahdan


Semangkuk sup
rasa sedap bila dimakan
Sup tulang, sup daging ,sup sayuran
Ada juga di panggil sup campur.

Semangkuk sup
Ada rasa pedas, ada rasa masin
Pekat dan cair

Semangkuk sup
Berpeluh sesudah menghirup
Pijar bibir-bibir kepanasan

Semangkuk sup
Jika diulang ulang berpenyakit
Jika sekali-kali berhasiat

Semangkuk sup
Ada sihat yang menyegarkan
Ada yang mati mengejut
Selepas menjamah semangkuk sup.


Tanggal 5 Mac, 2008

Sajak ini ku cipta bagi mengingatkan diri ku sendiri. Semalam aku dan isteriku makan di luar, dikala itu aku memesan semangkuk sup ekor, terbeliak mata isteriku mendengarnya.
" Tadi dengar kata buat sajak semangkuk sup, dalamnya kata memberhaya jika selalu di amalkan" kata isteriku dengan nada nesihat.
" Kan sajak itu sebagai ingatan untuk diri kita dan lain orang yang minat makan sup" kataku seolah-olah mensifatkan sajak ku itu berunsur ingatan.

Berbalik tentang semangkuk sup, banyak dengar cerita tentang selepas makan sup di warong jalan masuk Parit Botak, Batu Pahat yang dikatakan kow sangat, ada yang balik kena strok, ada juga yang meninggal dunia secara mengejut. Sebenar nya cerita itu kebetulan saja. Sebenarnya diri sendiri yang dah tahu ada penyakit darah tinggi, tak jaga makan, pantang jumpa bukan bukan pantang makan. Jadi kebetulan nya ajal nya tersurat dikala itu, maka jadi lah cerita dan gelaran " warong maut". Susah lah orang warung cari makan. Orang lain yang ramai-ramai makan diwarung itu tak semua mati atau sakit.

Oleh yang demikian, saya mengingat diri saya serta sabahat handai yang mengenali saya agar berjaga-jaga tentang makan terutama di saat umur yang dah meningkat tua. Kerana makan merupa punca nya penyakit pada badan kita. Amalkan makan sekiranya lapar, dan berhenti makan sebelum rasa kenyang. Makan makanan yang berikhisat saja. Jangan makan makanan dalam tin, makanan segera dan jauhi dari makanan yang mengandungi racun. Tetapi judoh, maut adalah di tangan Allah, kita hanya merancang sahaja. Bak kata orang " dulu buah kelapa tua sahaja yang gugur ke bumi, sekarang buah kelapa muda juga lebih banyak turun kebumi untuk jadi hidangan mereka yang suka minum air kelapa muda" Lain perkataan, yang muda pun ada banyak yang mati, terutama di jalan raya,makakala yang tua mati kerana sakit tua.

Kamis, 28 Februari 2008

MAJLIS SAMBUT HARIJADI KU

Tanggal 29 Febauri, 2008, hari Jumaat, aku menerima jemputan dari Yayasan Warisan Johor bagi majlis membudayakan Al-Quran sepertimana tiap-tiap hari jumaat. Kebetulan hari itu juga ada majlis menyambut Hari Jadi pada mereka-mereka yang lahir bulan Januari dan Febuari .


Pagi-pagi lagi aku telah bersiap dengan pakaian melayu Johor berwarna biru muda bersamping songket berwarna merah dan biru. Sungkuk berkedudukan mereng sedikit. Kalau sepintas lalu orang lihat macam YB, maksudku Yang bersara, bukan Yang berhormat.


Setiba saja di rumah limas YWJ, ramai telah duduk dalam majlis, doa di baca oleh Ust. Abu Bakar Selamat, majlis membudayakan Al-Quran di mulakan dan seterusnya bacan berzanji, marhaban dan doa selamat. Satu demi satu nama-nama yang meraikan hari jadi di sebut oleh Cikgu Ahmad Ruslan bagi menerima kad Ucapan Hari Jadi.

Rabu, 27 Februari 2008

UCAPAN BERPENGARUH

Semua orang tahu bahawa Presiden Sukarno Indonesia merupakan seorang presiden yang bijak berucap. Ada juga orang berkata , bahawa ilmunya kuat ada pada songkok yang di pakai setiap hari. Ucapan nya sungguh berpengaruh, kalau dia mengajak para pendengar untuk ketawa, semua rakyat yang mendengar ucapan nya ketawa, kalau dia berucap dengan kata-kata mempengaruh, semuanya tercopong mulut orang yang mendengarnya, kalau ucapan nya sedih semua pendengarnya menangis sampai mengalirkan air mata.

Al- kesah, Pak Presiden ini turun datang berkempen pemilihan presiden. Satu desa yang jauh perdalaman Pak Presiden ini turun untuk berucap di kalayak ramai. Berduyun-duyun rakyat kepadang untuk mendengar Pak Presiden, ada yang membawa tikar untuk duduk, ada yang bawa kerusi kayu, ada yang bawa kerusi buluh dan lain-lain asalkan selesa untuk mendengar nya.

Bermulalah Pak Presiden Karno ini ucapan mengenai kemajuan negara yang di perintahnya, tercopong semua rakyat mendengarnya, kadang-kadang diselitkan dengan ucapan menghibur, ketawa semua rakyat mendengarnya. Hampir tiga jam Pak Presiden berucap tidak seorang pun berganjak dari tempat duduk nya.

Biasa nya di akhir ucpan,Pak Presiden akan bercerita sedih, tentang kehilangan pejuang-pejuang kemerdakaan, masing-masing rakyat menangis kesedihan mendengarnya. Selesai habis menutup kata pak Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua rakyatnya dengan berkata dengan nada yang bersemangat, Hidup Indonesia! Hidup Indonesia! Hidup Pak Presiden!. Bersurainya semua orang beredar dari tempat masing-masing., Tiba-tiba di satu sudut terdapat seorang rakyat yang masih bersedih, menangis kehibaan. Ramai yang menasihati agar berhenti menangis.

" Pak! sudahklah.. Bong Karno telah pun beredar , mari lah pulang, jangan bersedih lagi " pujuk seorang rakannya.

" Tak boleh lah..... aku tak boleh berhenti menangis... tenguk ni ..." sambil menunjukan yang anu nya dalam kain gumbang tersepit di tempat bangku buluhnya. " Aku sakit...aku menangis lah, tolonglah aku" Serunya kepada rakan-rakan. Rakan-rakan bersangkakan bahawa ia menangis kerana ucapan Pak Presiden yang sedih tadi, tetapi rupanya ia kesakitan akibat anu nya tersepit di kerusi buluh.

Pengajaran dari cerita ini, pastikan kepada mereka yang berucap memerhati para pendengar yang ucapan nya benar-benar mendapat perhatian dan mempengaruhi pendengar bukan satu perkara mudah. Mudah mudahan masa berkempen pilihan raya ini tidak terjadi seperti peristiwa yang berlaku di Pulau Jawa.

Sekian, bukan cerita dongen tetapi kesah benar.

SAJAK BERTAJUK " SETIKA DIMEJA KERJA"

Setika dimeja kerja
menyemak fail kehidupan
warna kehijauan
lambang satu harapan.

Setika dimeja kerja
singkap helian diari amal
pada nada dan kata impian
pasrah di dada iman.

Setika di meja kerja,
membelek kertas putih
jernih hidup murni
akan erti sepi.

Seketika di meja kerja
pencil ketandusan idea
mencoret sejarah keindahan
untuk dimuatkan di majalah kenangan.

Seketika dimeja kerja
meneliti dinding kehijauan
tanda damai satu kehidupan.


Setika dimeja kerja
dalam kamus bulan duka
cinta sejati dimamah usia menjangkau ke usia emas
menjalani hidup liku liku keselesaan.





Johor Bahru: 13 Feb. 2008.

Selasa, 26 Februari 2008

SECEBIS KESAH DI TEMPAT MENGUNDI PILIHANRAYA

Ini adalah secebis kesah semasa aku menjadi ketua tempat mengundi. Kesah silam ini ku catitkan hanya bagi mengingatkan kesah-kesah lama dan cerita-ceritanya. Pagi subuh lagi aku dan beberapa pegawai yang dilantik sedia mengambil peralatan seperti tong undi, kertas undi dll di balai polis daerah yang di iringi oleh polis.

Selesai sahaja kerja-kerja mengumpul barang-barang, aku terus ke sasaran tempat mengundi, iaitu sebuah balai raya yang agak usang. Subuh-subuh lagi kami dan kerani seramai empat orang mengatur dan menyusun tempat mengundi sepertimana dalam arahan Suruhanjaya. Tepat pukul lapan pagi, masing-masing telah bersiap sedia bagi memulakan tugas.

" Man, boleh arahkan polis membuka pintu sekarang ini" tegasku sebagai seorang ketua tempat mengundi. Lain-lain semuanya tersedia saja bagi memulakan sessi mengundi. Masuk apek tua yang dipimpin oleh anaknya dan di bantu oleh pegawai. Mata mula tertumpu pada kerja masing-masing. Wakil-wakil parti sudah juga bersedia, iaitu barisan nasinol, pas dan bebas. Masing masing tekun menjalankan kerja nya. Aku konon nya sebagi ketua hanya memerhati saja serta sebagai tempat rujukan.

" Ok, nama nya betul " kata Surif yang biasa bercakap bahasa inggeris walaupun berbual biasa saja. " Ok. boleh ambil kertas undi" , lain-lain perkataan nya " Pas, boleh mengundi " maksudnya tiada apa-apa masallah. Dua tiga kali perkataan pas terkeluar dari bibirnya. Tiba-tiba dengan nada keras, orang barisan menegur beliau. " Awak tak boleh berkempen untuk pas, nanti saya repot supaya awak telah melakukan kesalahan" katanya dengan nada keras. Surif mengubah kata-kata laluan nya dengan perkataan OK, All Right, dan lain lain lagi. Hampir 2 jam tiada masallah lagi. Tiba selepas beliau rehat kerana makan dan solat, tiba-tiba perkataan " PAS" di ulang lagi berkali-kali sehingga naik berang wakil parti barisan. Tetapi Pak Aji wakil parti Pas senyum kambing saja sambil mententeram wakil lawan nya. " Biarlah dia sebut seratus kali pun, tak kan lah mempengaruhi pengundi" tegasnya. Kan perkataan Pas itu mainan ucapan nya ala orang inggeris?

Aku pun bangun dan menyelasaikan secara aman dengan menggantikan orang lain membuat kerja-kerja tersebut. Aku letak kan beliau bahagian menindik kertas undi, itu pun kadang-kadang terkeluar juga perkataan " Pas " apabila menyerahkan kertas undi itu kepada pengundi.

Habis kesah tempat mengundi tu. Sebulan selepas peristiwa ini, aku dapat khabar yang si Surif itu telah di ambil tindakan tatertib oleh majikan nya. Dengan khabar dia di pindahkan kelain daerah. Wah! besar kesan nya kalau tersalah cakap atau sebut parti pembangkang. Dari itu, dari pengalaman ini hendak nya di jadikan satu ingatan kepada pegawai dan kerani yang di lantik menjalankan pilihan raya berwaspada dalam kata-kata dan sebutan. Dapat elaun yang tak seberapa itu, kena pindah, kena ambil tindakan dan lain-lain.

Senin, 25 Februari 2008

SEHARI SEBELUM TARIKH HARI JADIKU KE 58

Tarikh 25 Febuari 2008 jam 4.15 petang , aku telah mula mencita Blog ku sendiri bagi mencatatkan diari hidupku yang menjangkau ke 58 Tahun mulai jam 12.00 malam ini. Apa yang di rasai sangat bagi menyambut hari kelahiran ku ini, adalah masa bagi meniti usia yang ke arah tua. Bilangan cucu telah bertambah, sehingga kini sudah mempunyai empat orang cucu, semua nya lelaki dari tiga anak yang telah berumah tangga. Hanya seorang saja yang masih belum berumahtangga.

Satu lagi yang dirisaukan akhir-akhir ini adalah kedaan isteriku yang selalu demam dan sakit-sakit badan. Adakan kerana di mamah usia? atau terlalu penat menjaga cucu lelaki yang berusia 8 bulan. Sungguh nakal dan kental badannya. Itu lah agak nya dia terlalu penat dan letih. Nasib baik pada setiap hari minggu dapat aku bawa dia bersama ke rumahku " Sri Delima " bagi membolehkan beliau rehatkan badan nya.

Pesnan kepada anak dan menantuku yang tinggal serumah, ambillah berat sedikit tentang masa ibumu yang menjaga anak mu itu. Katanya, dia terlalu tension sekiranya anaknya balik kerja lewat. Kerana dia belum dapat menunaikan solat asar sekiranya anaknya lambat pulang. Memang satu kelebihan isteriku, jika terlambat mendiri solat, dia terlalu risau, tak tentu arah kedaan nya.

Seperkara lagi yang masih ku harapkan adalah adakah anak-anakku akan menyampaikan ucpan hari jadiku esuk? kalaulah ada sebahagian atau semua anak-anak ku mengucapkan " selamat hari jadi abah " alangkan indahnya hidupku bagi meniti usia selanjutnya. Aku rasa satu kebertuahan jika semua anak-anak mengucapkan. Itu satu andaian baik sahaja.

Oklah, suara azan waktu asar sedang di laungkan oleh surau sebelahan

Allahukhabar.....Allahukhbar..

Lalillahakhir Allah...

Aku berhenti sebentar bagi mendirikan solat asar.

Sekembali aku dari pejabat, isteriku mula menceritakan tentang telefon bimbitnya rosak. Kami terus ke Uda dan membawa untuk membetulnya.

Malam nya , bersama dengan isteri pergi ke Dangar Bay, minum-minum sahaja, jam 11 malam pulang dan mendiri solat isya' serta solat taubat sempena tepat 12.00 tengahmalam sempena Hari jadiku.