Pages

Rabu, 30 Juni 2010

Seorang Pengembara

Bukalah rahsia lemari hayat
dalam kembara
isikan hatimu yang hening
akan berkah izzah

Hikayat pribadimu hanya sebuah mimpi siang
sebelum terbitnya dirimu sejati

Bermimpi adalah berkomunikasi
antara nyata dan rahsia

Nyalakan api pesona untuk bersinar
di balik matamu
esuk secemerlang impian
yang berlabuh di dermaga takdir

Kamu pengembara dalam waktu
bermain ombak perubahan
fikiranmu tak mampu menduga
bak perahu tanpa lautan

Bangunlah dari ratapan diri
wajahmu redup
memaksa aku membaca tulisan uratmu
mencari makna hatimu
sebagai seorang pengembara.

....cetusan citra delima
Jun 2010

Selasa, 29 Juni 2010

MENGENALI HAKIKAT TAQARRAB

Apakah yang disebut taqarrab dengan Tuhan itu?

'Taqarrab' ialah perkataan Arab yang bererti mendekatkan diri atau mendampingkan diri dengan Allah SWT. Orang-orang mukmin digalakkan bertaqarrab dengan Tuhan, iaitu mengerjakan amal-amal soleh seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan haji yang merupakan amalan wajib. Mereka juga digalakkan melakukan puasa sunat, bersedekah, berdoa dan beristighfar. Kesemua amalan ini dilakukan kerana Allah yang bertujuan untuk mendekatkan diri dan mendampingi Allah.

Bagi ahli sufi yang hidup dalam kebenaran Allah dan asik dengan cahaya makrifat-Nya, hati jiwanya sentiasa bertakwa dan bibir, serta hatinya sentiasa berzikir. Hanya Allah dalam hatinya. Inilah yang dikatakan oleh ahli Sufi: " Tiada di dalam hatinya melainkan Allah sahaja"

Tentang taqarrab ini ada hadis Nabi Muhammad SAW , riwayat Imam Bakhri yang bersumber daripada Muhammad bin Uthman daripada Khalid bin Mukhalid hingga kepada Abu Hurairah yang bermaksud: " Dan tiada mendekati hamba-Ku kepada Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku suka dari mengerjakan apa yang Aku fardukan(wajibkan) ke atasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada Ku dengan melakukan segala yang sunat hingga Aku pun mencintainya...."

Senin, 28 Juni 2010

Bercakap Dengan Bulan

Maafkan wahai bulan
kerana tidak sempat
untuk melihat gerhana pada dirimu
semalam

Mimpiku sering kesiangan
bila wajahmu ditutup

Bercakap dengan bulan
makna di sebalik gerhana
pada aku di bumi ini.

Sampaikan salamku wahai bulan
harap pagi tiba
embun membasahi kemboja
berdampingan dengan setia
membuka jendela
doa dan restuku pinta
akan bumi aman sentiasa

........Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Delima, Kluang

Minggu, 27 Juni 2010

Indahnya Hidup Bersyariat
Sebuah buku terbitan 'telaga biru' karangan Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ah. Hamid, adalah sebuah buku yang sesuai dibaca oleh semua gulongan. Isi kandungan adalah merupakan bimbingan hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia ini.
Elok dijadikan buku rujukan untuk satu keluraga. Merupakan modul fardu ain diri, keluraga dan mesyarkat sepanjang hayat.
Teknik penyampaiannya ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Dilengkapkan dengan gambar yang jelas dan berwarna. Panduan doa, zikir boleh dibaca dan hafal dengan mudah.
Telah penat bekerja menguruskan rumah dan taman, tibanya masanya kami mencari ruang untuk santai menghilangkan penat. Hanya sebuah bangku kayu berbingkaikan besi, kami duduk dan bersantai mencari ilham. Kalau malam, melihat keindahan kejadian Allah dilangit tinggi, lihat bulan, bintang, awan dan pohon-pohon.
Lain-lain hiasan adalah tempayan lama dan beberapa pokok yang menenangkan apabila melihat kehijauan daunnya. Atasnya, kalau ada angin, tiga angklong berbunyi dengan irama yang sahdu dan riang. Disinilah ilham sajak tercentus dengan mudahnya. Sebatang pena dan senaskah buku catitan sentiasa berada di tangan.
Anggerik Harimau
Anggerik jenis epifit ini hidup liar di hutan dan ada juga di tanam sebagai tanaman hiasan dirumah. Bergelar "Bunga Puteri" dari keluraga Orchidacese. Jenis orkid yang terbesar di dunia oleh ciri-ciri yang ada pada bunganya mempunyai psendobulb dan akar udara.
Daun berbentuk lurus dan tersusun pada rakis yang besar dan tegap. Bunganya keluar dari pangkal rumpun mengandungi berpuluh-puluh kuntum, bunganya berwarna kuning berbintik coklat tua, 3 sepal dan 2 sepal. Pokok anggerik ini mengandungi alkoloid.
Terdapat satu rumpun di taman rumah kami, hanya menunggu musim berbunga. Dijangkakan dalam bulan Oktober hingga Disember.
Hasil Dari Taman Sendiri

Berbagai tanaman ada di tanam disekitar rumah walaupun kawasan terhad. Ada pokok yang hijau daunnya, ada sedikit yang ada mengeluarkan bunga. Jadi, takutkan bunga-bunga ini terkulai layau dan tiada yang membileknya, jadi tangkai bunga ini di kerat dan dijadikan jambangan yang tak seindah.

Itulah rutin hidup kami apabila balik kerumah sendiri pada tiap hujung minggu. Bunga yang layu ditaman, dipungut dan dilonggokkan menjadi bahan organan bersama daun dan rumput, bila reput dijadikan baja.

Hampir empat tahun sudah kami mengulangi rumah kediaman sendiri, dihari lain menumpang dirumah anak. Sampai bila agaknya begini? Itulah menjadi persoalan pada diri kami berdua.

Jumat, 25 Juni 2010

Membilang Hari Untuk Ke Tanah Suci

Tinggal 27 hari lagi, kami bersama isteri dan anak lelaki akan mengerja umrah di tanah suci. Hati ini tersentiasa dibayangkan akan lambaian kaabah . Teringat suara azan yang berkumandang pada setiap waktu solat. Akan berduyun-duyun manusia akan memasuki masjid Haram pada setiap masa dan waktu, walaupun waktu malam, siang, pagi bagi melakukan ibadah di rumah Allah. Ada yang melakukan tawab umrah, tawab sunnat yang sentiasa bergerak seperti arus di keliling kaabah.
Hasrat kami di kabulkan Allah, kerana setiap kali kami menlakukan tawab selamat tinggal, mohon Allah memberi rezki, kesihatan dan kelapangan untuk kami ziarahi pada setiap tahun. Sementara badan dan umur ketika ini, alhamdulilllah, jika terkabul kami akan ke tanah suci pada 24 Julai -4 Ogos 2010 ini. Doakan kami semua sihat dan selamat pergi dan selamat kembali ke Tanah air..

Rabu, 23 Juni 2010

SEINDAH TEMPAT DIHIASKAN

Keredaan Menerima Ujian.
Seminggu kita di beri percubaan dan ujian dari Allah SWT, kesakitan, kesusahan merupakan perkara biasa. Yang ditakuti adalah ujian dengan kesenangan dan kelekaan. Biasa manusia akan teruju apabila di uji dengan kesusahan, tetapi leka dan lalai dengan ujian kesenangan. Manusia biasanya akan insaf pabila di duga dengan penderitaan, tetapi leka dengan ujian kemewahan.

Sabtu, 19 Juni 2010

SAJAK SEMPENA HARI BAPA

Menangis Seorang Bapa

Seorang bapa
uban-ubannya dikelapa
menunjukkan usia
sedang sebak menangis
suatu pagi di hari bapa

menangis seorang bapa
mengenangkan anak-anak
yang telah lupa
tentang hari bapa.

Sebak rasa dihati bapa
menunggu ucapan anak
menyampaikan kata-kata
doa dan ingatan
kepadanya

Berlenangi air mata
dikelopak mata seorang bapa
tentang anak-anak yang leka
tanggungjawab kepada bapa.

Menangis seorang bapa
tetapi anak tetap bersuka ria
dengan hiburan
siang dan malam
lupa pada daratan
antara dunia dan neraka.

…….Mohamed Tahir bin Shahdan
Taman Delima, Kluang
20 Jun 2010

Minggu, 13 Juni 2010

PUISI KEZALIMAN ZIONIS

Sampai Bila Aku Bertanya

Setiap hari aku bertanya kepada pedang masa
tentang belati sejarah kezaliman manusia
yang menghiris kepedihan
ke paras saraf kepedihan
manusia menjadi umpan kedajalan
bergelora darah sifat kecelakaan

Semalam aku bertanya kepada gunung harapan
yang wajar menjadi benteng kezaliman
pada kuasa dan senjata.

Aku sering bertanya kepada dunia
yang berteriak ' hapuskan kezaliman'
memijak dan membakar bendera ancaman
membaling diri di jalanan
bantah sikap diam dan kebinatangan

Aku perlu bertanya kepada bulan
malam sunyi dan damaikan bumi Palestin
dari peluru dan bom-bom api
yang membunuh bayi-bayi.

Kemarin aku bertanya kepada smaudera
yang membawa misi kemanusiaan
diserang dengan keganasan
mengalir berdarah di lautan
untuk suapan anak-anak perang

Masih kau merancang canang
membuat ayah dan ibu
hilang mendakap anak kesayanga n
mengalir air mata dari kelopak kesedihan
mengapa tidak kau berikan tanah Palestin
aman dan damai

MOHAMED TAHIR SHAHDAN
Persiaran Citra, Johor Bahru

Berita Minggu Ahad 13 Jun 2010

Kamis, 10 Juni 2010

Citra Kenangan Di Waktu Senja

Menterjemah Kenangan

Menterjemah kenangan
pada jiwa perkasa
iman dan takwa
sebuah citra dirantai asalnya

Menterjemah kenangan
ditambat pada tali duka
menahan ronta rasa
dikuncikan ikatan
pada sebuah hakikat

Andai disimpan kenangan
'kan menghanturkan kehidupan
Andai dibelai kenangan
'kan mendewasakan kita

Menterjemah kenangan
dengan kewarasan
membuang segala duka

Menterjemah kenangan
dengan perasaan
kadang-kadang menangis kerananya

Yang lebih berani
melupakan kenangan pahit
mematangkan dengan akal
bukan dendam semata.

.....Citra Delima
Johor Bahru, Johor.

Minggu, 06 Juni 2010

Sajak Minggu Ini

Syukur

Alhamdulillah, hari ini ada tanda
mengapa aku bersyukur
kepada Mu
yang mengirim berita embun sejuk di sana
kekeringan menjelang dhuha.

Aku tersisih dari luka pengharapan
aku di lampar ke ruang perjanjian
bermalam dalam gelap
bermimpi dengan kesedihan
pada sungai-sungai yang mengalir air ke kuala
mengakis tebing-tebing repuh
menembusi ruang dan waktu

Aku akan terus berkelana
pada daun-daun kering
pada karang-karang terjal
pada mendung tanpa awan-awan
pada kegelapan tanpa api bercahaya

Syukur
aku dapat menghirup kemenangan
semerbak mawar di taman
sebutir embun membasah kelopak
segar berwarna
seluruh tubuhku
yang tak mungkin layu
hingga sinar mantari senja.

......Mohamed Tahir Shahdan
Kluang, Johor