Pages

Senin, 22 Juli 2013

RAMADAN DI KOTA SUCI MEKAH


JEMAAH kami sampai ke Mekah pada 25 Sya’ban. Malam Jumaat, kota Mekah mulai sesak dengan jameah lain yang mula berkumpul untuk menanti ketibaan Ramadan 1434H. Malam Jumaat, ketika melakukan tawab pun sudah terasa ramai, tambahan pula angkara sibuk kerja-kerja pembangunan di dataran ka’abah.

Dataran ka’abah dirasakan bertambah sempit, mungkin juga malam jumaat dan hampir tiba menyambut Ramadan. Hampir satu jam kami selesai tujuh pusingan tawab umrah dan bergerak ke bukit Safar untuk melakukan saie dan terus bertahlul pada malam itu juga. Sampai ke bilik penginapan lebih kurang jam 2.00 pagi.

Ramai menjangka puasa di Mekah jatuh pada hari selasa 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syabaan 1434H. Ramalan kami meleset, kebetulan selepas asar kami melakukan tawaf umrah kedua, cuaca Mekah di kala itu redup dan berawan. Dengan dengan factor itu, anak bulan Ramadan tidak dapat di lihat.


                                                  Pancaran Lesar dari Menara Jam Utama

Pada malamnya, sebelum waktu maghrib menara jam di Mekah tiba-tiba berkelip-kelip dengan pancaran leser yang begitu kagum, rupanya itulah tanda orang-orang di Kota Mekah pada malam itu akan melakukan solat tarawikh. Inilah yang menjadi kami semua kagum dan jauh berbeza kedaannya di tanah air kita. Jameah mula berpusu-pusu masuk ke masjid Haram bermula jam 5.00 petang. Kami tiba ketika itu, ramai askar mengawal setiap laluan dan pintu-pintu utama. Memang sukar untuk mendapatkan tempat ketika itu, walaubagaimana pun, akhirnya dapat juga kami masuk ruang masjid atas belas ikhsan askar yang melihakan kami ini jameah dari Malaysia. Malaysia bagus….Malaysia bagus…itulah satu tip yang kami dapat masuk ke masjid melalu pintu King Aziz. Malam itu kami berjaya melakukan solat tarawikh yang di imamkan oleh imam utama masjid Mekah. Terharu ada kalanya imam menangis dalam membaca surah-surah.

Ramadan di sini terasa amat membahagiakan. Seluruh umat manusia tidak memikirkan sangat tentang juadah berbuka puasa. Berbeza sangat kalau dibandingkan suasana di Malaysia. Yang penting adalah kurma dan air zam-zam. Lain-lain adalah seperti roti, laban (susu), air jus dan kopi atau teh Arab. Hanya orang yang biasa saja boleh minum teh Arab kerana rasanya berempah sikit.


                                                   Suasana di bahagian luar masjid Haram




                                                   Berbuka Puasa di Dataran Masjid Haram
Pada hari pertama berbuka puasa di sini, suasana berbuka di masjid haram sungguh mariah. Di dalam masjid mau pun di bahagian luar, diantara setiap saf dibentangkan dengan safrah plastic untuk tujuan hidangan juadah berbuka.

Kami bersendiri pada hari pertama berbuka, dalam perjalanan dari tempat penginapan ke masjid, suasana berebut orang-orang kaya Arab memyampaikan makanan untuk setiap mereka yang ke masjid. Yang dibekalkan adalah kurma, air botol, laban, roti dan saya bernasib baik dibekalkan nasi mandy ayam dalam bekas plostrin.

Sampai di dataran, masing-masing memperlawa kita duduk. Rupanya setiap petak yang kepong dengan bongkah plastic hijau itu ada satu syarikat dan dilain berbeza syarikat yang menbekalkan makanan percuma berbuka puasa. Di sini anda boleh pilih tempat yang anda inginkan. Asalkan ada tempat boleh kita duduk untuk berbuka puasa.

Masa azan Maghrib, maka berbukalah kami semua mengikut sunnah Nabi iaitu tiga biji kurma bersama dengan beberapa gelas air zam-zam. Lepas itu, kami bergerak kedalam masjid untuk mencari tempat bersolat.

Suasana begini , tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mampu bersyukur di atas peluang yang Allah SWT berikan. Seluruh umat Islam serata dunia mengarahkan sujudnya ke kaabah dan kami sungguh banyak bersyukur, dalam usia begini, cita-cita kami terkabul untuk menghadirkan diri kami menyambut puasa di tanah suci Kota Mekah.

Untuk Arwah Mak dan Arwah Abah pasti terharu,kerana niat kami ke Mekah, segala amalan yang kami lakukan adalah hadiah pahalanya kepadanya. Baik umrah, solat, sedekah dan amalan-amalah lain adalah untuk kami hadiahkan untuk nya. Semuga Allah swt memberkati usaha ini dan mendapat keredahan dari Nya….Amin



CITRA DELIMA

Mekah : 1 Ramadan 1434.