Pages

Kamis, 19 Januari 2012

Darah Tinggi







DEFINISI

Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri.Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, dimana tekanan yang abnormal tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya resiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerusakan ginjal.

Pada pemeriksaan tekanan darah akan didapat dua angka. Angka yang lebih tinggi diperoleh pada saat jantung berkontraksi (sistolik), angka yang lebih rendah diperoleh pada saat jantung berelaksasi (diastolik).

Tekanan darah ditulis sebagai tekanan sistolik garis miring tekanan diastolik, misalnya 120/80 mmHg, dibaca seratus dua puluh per delapan puluh.

Dikatakan tekanan darah tinggi jika pada saat duduk tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih, atau keduanya.

Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.

Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam kisaran normal. Hipertensi ini sering ditemukan pada usia lanjut.

Sejalan dengan bertambahnya usia, hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sampai usia 80 tahun dan tekanan diastolik terus meningkat sampai usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau bahkan menurun drastis.

Hipertensi maligna adalah hipertensi yang sangat parah, yang bila tidak diobati, akan menimbulkan kematian dalam waktu 3-6 bulan.

Hipertensi ini jarang terjadi, hanya 1 dari setiap 200 penderita hipertensi.

Tekanan darah dalam kehidupan seseorang bervariasi secara alami. Bayi dan anak-anak secara normal memiliki tekanan darah yang jauh lebih rendah daripada dewasa.

Tekanan darah juga dipengaruhi oleh aktivitas fisik, dimana akan lebih tinggi pada saat melakukan aktivitas dan lebih rendah ketika beristirahat.

Tekanan darah dalam satu hari juga berbeda; paling tinggi di waktu pagi hari dan paling rendah pada saat tidur malam hari.



Rabu, 18 Januari 2012

Sahabat Dan Kawan-Kawan Zaman Persekolahan

   



    Akhir-akhir ini kami dapat bertemu kembali rakan-rakan persekolahan tahun 60an. Sekolah kami, Sekolah Dato' Amar Diraja Muar di buka tahun 1964.  Dengan usaha seorang rakan yang sekarang ini bergelar Dato', maka banyak perjumpaan telah kami anjurkan. Antaranya pada hari raya tahun 2011, hampir 200 orang bekas pelajar dapat ditemukan. Dan disetiap jemputan kerja kahwin ada sebahagian yang dijemput, kami bermesra disana. Bergambar dan berpeluk-pelukan tanda mesra terikat dizaman persekolahan.  Disinilah kami dapat tahu ada kalangan sahabat kami telah kembali ke rahmatullah, ada yang sedang sakit .  Dari riak muka, hampir mereka yang kita temui semuanya sudah berumur 60 tahun keatas. Ada yang masih sihat, tetapi maklumlah sihat orang yang berusia senja.

   Baru hari ini, saya dikejutkan lagi dengan mendapat masej yang salah seorang dari sahabat kami telah meninggal dunia pada 18 Januari 2012.  Apabila kami sebarkan melalui fb, maka ramailah menyampaikan takziah dan al-fatihah kepada arwah.  Inilah kelebihan apa yang kita perolehi dari teknologi baru. Cepat disampaikan berita seandainya ada berita terbaru.  Begitulah agaknya apabila kena pada diri kita, maka ramailah sahabat kita akan menghadiahkan al-fatihah dan takziah.

   Semuga usaha murni ini berjalan dengan lancar dan banyak mendatangkan kebaikan kepada kita semua.

Selasa, 17 Januari 2012

SENJA PADA USIA


Senja sentiasa tiba, saban hari apabila matahari hendak menyurukkan dirinya dari bertugas sepanjang siang. Adakala senja mengeluarkan warna yang cantik,iatu merah jingga, adakala senja muram tiada warna akibat awan tebal dikala hari hendak hujan.

Begitulah kedaan kita senja pada usia. Kadang kala sihat dan menyegarkan dan adakalanya sakit dan murung.  Usia senja banyak bergantung kepada kesihatan kita. Apa yang kita makan setiap hari, apa yang kita lakukan setiap hari. Bukan setakad makan saja, kesannya juga ada pada amalan kita setiap hari. Adakah kita melakukan amalan ibadat yang di suruh oleh Allah swt atau sebaliknya. Kalau kita sentiasa mendekati diri kita dengan Allah, maka senja kita akan cerah dan berwarna warni. Andainya disebaliknya,kita akan muram dan murung warna warna senja itu.

Senja pada usia adalah satu usia bagi mengingatkan kita hari kematian. Mungkin senja hari ini kita dapat melihatnya dan esuknya kita tidak dapat melihat lagi senja itu.

Senja mempunyai erti tersendiri buat mereka yang telah tiba usia senja.

Senja itu cerah dan cantik jika kita pandai menwarnakannya.

GAMBAR DENGAN SENYUMAN MESRA




"Walau apa jua teknik komunikasi yang anda miliki, anda tidak akan berjaya sekiranya masih ada sikap sombong dan bongkak dalam diri anda. Ia mesti diganti  dengan sikap rendah diri dan saling hormat menghormati"

Rungkaikan Benang Yang Berserabut

  



   



   Pernahkah anda melihat benang yang berserabut dan bersimpul-simpul?  Apa yang anda boleh buat dengannya? Anda tiada pilihan lain selain daripada rungkaikan dahulu, baru ada boleh gunakan untuk menjahit atau tujuan lain.  Tetapi bagaimana dengan kehidupan anda setiap hari sekiranya berlaku sebegini?

  Saya teringat seorang guru sejarah saya semasa di tingkatan lima.  Beliau mengatakan bahawa otak manusia seperti benang juga.  Apabila ia kusut, anda tidak tahu apa yang perlu dibuat. Berserabut. Jadi, bagaimana hendak menghilangkan tekanan ini? Pasti anda mesti merungkaikannya terlebih dahulu. Bagaimana?  Dengan mengenal pasti setiap apa yang terbuku dalam otak dan 'rungkaikan' dengan menuliskannya satu persatu di atas kertas. Kemudian anda pasti dapat menjawabnya ?

Buat renungan.

Senin, 16 Januari 2012

Pembelajaran Sepanjang Hayat.

     Menuntut ilmu dengan ikhlas ialah suatu ibadah yang disukai Allah.  Alangkah ruginya jika kita hanya mampu menuntut ilmu kala usia tua setelah bersara, tetapi tidak menanfaatkan usia muda ketika masih bertenaga dan tajam minda. Sedangkan sepanjang hidup ini, kita memerlukan panduan agama untuk memimpin diri.

    Jangan sampai rasa tersindir apabila ada orang terkejut apabila kita tidak tahu perkara asas dalam Islam.  Jangan sampai rasa malu apabila anak sendiri yang menegur kesalahan kita dalam beragama.  Belajarlah tentang agama sepanjang hayat kita.

     Dengan mempelajari agama, kita akan dianugerahkan kefahaman dalam beragama.  Kefahaman itu menjadi tiket untuk kita mendapatkan kebaikan daripada Allah. Bayangkan jika sepanjang hidup, kita sentiasa dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat Allah. Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada kita mafhumnya: "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama". (Riwayat al-Bukhari)

SAJAK MINGGU INI


















Dua Wajah

Dua wajah bersapa mata di pantaran
mengunyah mesra dengan kelazatan
tetawa manja mengiris wajah
bersama kawan-kawan sedarjah

Kedengaran gerimis menitis
irama bermesra
seteguk cerita dibuai kenangan
bertanya tentang kehilangan

Usah diteguk manisan dilaman
damai menanti persembahan
puisi dan syair kerinduan

Pergilah warna pelangi - pergilah hujan
coretan hidup di sebuah taman
bulan bersanding  dihujung malam
senandung lagu gembala
doa restu mengiringi salam
perjalanan berhijrah dari usia silam
penuh warna warni kehibaan.

Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

GEMBIRAKAN HATI IBU DAN AYAH

Gembirakan hati ibu dan ayah anda semasa ada hayatnya dengan berkomunikasi dengan bahasa yang sopan. Hubungan yang hebat terjaga antara si anak dengan Allah s.w.t akan terlahir dengan halus dan sopanya dalam hubungan dia dengan orang lain.

Andainya mereka sudah tiada, doa anak yang soleh dan solehah akan menjadi teman yang paling menggembirakan ibu bapa di alam barzakh selain sedekah jariah dan ilum yang dimanfaatkan. Setiap ketika ibu bapa ternanti-nanti hadirnya doa dari anak yang soleh.

Kedamaian Untuk Orang Yang Menurut Hukum Allah

Adapun orang yang hidup bersama hukum Allah, maka ia akan sentiasa hidup dalam kedamaian. Harta dan kedudukan duniawi tidak pernah menyedihkan hatinya kerana mereka hidup berdasarkan kehendak Allah s.w.t.

Apa yang ditakdirkan diterima dengan penuh reda dan ikhlas. Mereka telah berada di dalam syurga sebelum meninggalkan dunia ini.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga Allah dan menyelamatkan kita daripada kondisi ahli neraka. Amin Ya Rabbal'alamin.

Buat renungan diri sendiri..