Pages

Rabu, 05 Maret 2008

CERITA MENGANDUNG ANAK GAJAH

Al-kisah, tersebut dalam cerita-cerita kesah orang mengandungkan anak. Banyak orang buat kajian terhadap mereke-mereka yang pernah mengandung. Ini banyak dikesahkan dari kelinik-kelinik perempuan mengandung. Ada yang berkata " aku mengandung kembar " ada kembar siam, ada kembar lima dan ada juga di sebut kembar kerbau. Ini bermanaan ada macam macam jenis kembar sewaktu mengandung.

Bercerita tentang mengandung, orang lelaki juga membuat macam-macam cerita pasal mengandung. Maksudnya mereka yang perut besar pun di katakan mengandung, tetapi mengandung najislah, mengandung lemaklah dan lain-lain nya. Satu hari seorang lelaki yang umurnya pertengahan pergi kekelinik bagi memeriksa perutnya terlalu membesar.

" Masuk ... " kata seorang pembantu kelinik tersebut. Dengan perut terbuyut-buyut,lelaki tersebut masuk menjumpai doktor. Kebetulan hari itu doktor yang bertugas seorang perempuan.

" Bang ... sakit apa ni " tegur doktor melihatkan lelaki ini termengah-mengah memengang perutnya.

" Ni...badan saya hari kurang sihat, rasa nak demam, panas badan dan perutnya bergerak-gerak" tegas nya dengan muka yang orang sakit nak bersalin.

" Mari sini dan baring , saya nak pereksa anda" kata doktor secara jujur.

Lelaki itu pun baringlah di atas katil tempat pemereksaan. Doktor perempuan ini dengan alat pengesannya cuba memereksa dadanya, tangan nya, kakinya dan akhirnya perutnya.

" Abang ni gembuk sengat, jagalah makan supaya kurangkan kegemukan" kata doktor sambil meraba-raba perut lelaki ini. " Tenguk ni perut abang, macam perut perempuan mengandung" kata doktor se olah-oleh berjenaka.

" Doktor, janganlah perli saya, saya sakit betul ni " sahut lelaki tadi dengan nada suara yang terketar-ketar.

" Ni, saya rasa awak mengandung lah" gurau doktor sambil menenangkan hati pesakitnya.

Niat doktor adalah untuk sembang-sembang dan tidak berniat untuk memperli perut lelaki , tetapi lelaki ini nampaknya macam tak boleh bergurau.

" Doktor memang saya mengandung masa kini " sahutnya dengan nada yang keras dan wajah yang garang

" Mengandung apa pula orang lelaki" tegas doktor dengan nada hairan.

" Mengandung anak gajah lah " jawab nya dengan nada menengking.

" Apa bukitnya awak mengandung anak gajah " tegas doktor .

" Doktor tak nampak kah ? tanya lelaki tersebut.

" Nampak apa? tanya doktor kepelikan

" Ni.. belalai nya dah pun keluar .. hanya tunggu badan nya sahaja" kata nya dengan muka selamba. Sambil tangan nya menarah anu nya.

" Ngh..hhhhhh. " tersentak doktor sambil senyum malu. " Menyesal aku buat jenaka nya" bisik hati doktor yang terlalu menyesal.

Lelaki itu semyum simpul, wajah nya puas dapat mengenakan perli dari doktor tadi.

Sajak Semangkuk Sup

Semangkuk Sup
__________________________
Hj. Mohamed Tahir Shahdan


Semangkuk sup
rasa sedap bila dimakan
Sup tulang, sup daging ,sup sayuran
Ada juga di panggil sup campur.

Semangkuk sup
Ada rasa pedas, ada rasa masin
Pekat dan cair

Semangkuk sup
Berpeluh sesudah menghirup
Pijar bibir-bibir kepanasan

Semangkuk sup
Jika diulang ulang berpenyakit
Jika sekali-kali berhasiat

Semangkuk sup
Ada sihat yang menyegarkan
Ada yang mati mengejut
Selepas menjamah semangkuk sup.


Tanggal 5 Mac, 2008

Sajak ini ku cipta bagi mengingatkan diri ku sendiri. Semalam aku dan isteriku makan di luar, dikala itu aku memesan semangkuk sup ekor, terbeliak mata isteriku mendengarnya.
" Tadi dengar kata buat sajak semangkuk sup, dalamnya kata memberhaya jika selalu di amalkan" kata isteriku dengan nada nesihat.
" Kan sajak itu sebagai ingatan untuk diri kita dan lain orang yang minat makan sup" kataku seolah-olah mensifatkan sajak ku itu berunsur ingatan.

Berbalik tentang semangkuk sup, banyak dengar cerita tentang selepas makan sup di warong jalan masuk Parit Botak, Batu Pahat yang dikatakan kow sangat, ada yang balik kena strok, ada juga yang meninggal dunia secara mengejut. Sebenar nya cerita itu kebetulan saja. Sebenarnya diri sendiri yang dah tahu ada penyakit darah tinggi, tak jaga makan, pantang jumpa bukan bukan pantang makan. Jadi kebetulan nya ajal nya tersurat dikala itu, maka jadi lah cerita dan gelaran " warong maut". Susah lah orang warung cari makan. Orang lain yang ramai-ramai makan diwarung itu tak semua mati atau sakit.

Oleh yang demikian, saya mengingat diri saya serta sabahat handai yang mengenali saya agar berjaga-jaga tentang makan terutama di saat umur yang dah meningkat tua. Kerana makan merupa punca nya penyakit pada badan kita. Amalkan makan sekiranya lapar, dan berhenti makan sebelum rasa kenyang. Makan makanan yang berikhisat saja. Jangan makan makanan dalam tin, makanan segera dan jauhi dari makanan yang mengandungi racun. Tetapi judoh, maut adalah di tangan Allah, kita hanya merancang sahaja. Bak kata orang " dulu buah kelapa tua sahaja yang gugur ke bumi, sekarang buah kelapa muda juga lebih banyak turun kebumi untuk jadi hidangan mereka yang suka minum air kelapa muda" Lain perkataan, yang muda pun ada banyak yang mati, terutama di jalan raya,makakala yang tua mati kerana sakit tua.