Pages

Selasa, 13 Oktober 2009

Papa Rock Yang Ku Kenali

Papa Rock atau Sdr. Ramli Sarif kami kenali semasa syarikat kami mengendalikan satu persembahan teater Balada Sang Aidiputra pada tahun 2006 dan Bahtera Merdeka pada tahun 2007 dan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sempena Menyambut Hari Kebangsaan. Orang nya lemah lembut, sama ada tutur kata dan budibicara. Beliau cepat mesra dan tidak memilih kawan. Sekilas pandang, orang agak warak dan beriman.

Berbicara dengan beliau agak mudah dan teratur. Kami meminati beliau dengan lagu-lagu dalam bentuk puisi dan suaranya memang sungguh rock. Persembahan beliau memang mantap, tidak kira masa dan waktu. Gambar ini diambil sebagai kenangan semasa jamuan untuk semua pelakon, penari, kru-kru penerbitan teater yang diadakan di M'suit Hotel Johor Bahru sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan kedua-dua teater. Majlis ini dianjur bersama oleh YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Johor. Kami abadikan dalam blog sebagai satu kenangan sejarah.

2 komentar:

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Nampak dalam gambar tu macam adik beradik...

Citra Delima mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Jauh panggang dari api, papa rock orang terkenal,tetapi tunggu saya simpan rambut panjang satu hari nanti. He...He