Pages

Kamis, 19 November 2009

Tulislah Sejarah Hidup Anda Sendiri
( Petikan dari Buku La Tahzan)

Ceritanya begini. Saya beritikaf di Masjidil Haram ketika cuaca sangat panas, sejam menjelang sembayang Zuhur, tiba-tiba seorang lelaki yang sudah sangat tua berdiri dan memberi air zam zam sejuk kepada orang-orang yang ada di situ. Tangan kanannya memegang satu gelas, dan tangan kirinya memegang yang satu lagi. Dia memberi minum jemaah dengan air zam zam. Selepas seseorang selesai minum maka dia kembali mengambil air dan kembali memberi minuman kepada yang lain. Sudah sekian lama ramai orang yang dia beri minum. Saya lihat keringatnya mengalir deras sedangkan orang ramai hanya duduk menunggu giliran mendapatkan air minuman dari orang tua itu tadi.

Saya kagum kepada semangat, kesabaran dan kecintaannya kepada kebaikan, serta wajahnya yang selalu menebar senyum ketika memberi minuman. Akhirnya, saya tahu bahawa kebaikan itu sangat mudah dilakukan oleh siapa sahaja yang Allah mudahkan untuk melakukannya. Allah mempunyai simpanan kebaikan yang banyak sekali, yang akan menganugerahkan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Allah juga mengalirkan keutamaan, sekalipun sedikit, kepada orang-orang yang baik yang senang berbuat baik kepada sesama manusia dan tidak senang melihat keburukan menimpa sesama manusia.

“ Contoh di atas itu bak bintang-bintang bahkan lebih tinggi, bagi fajar ketika hendak menyinsing”

Carilah kebaikan dengan cara mudah untuk kebaikan sesama manusia.

2 komentar:

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Haji,
Semua orang tahu tentang kebaikan yang ditunjukkan oleh orang itu, tetapi untuk melakukannya ternyata terlalu sukar.

Citra Delima mengatakan...

Tuan Haji,
Memang sukar untuk melaku kebaikan, tetapi memadailah kalau kita boleh memberi senyuman kepada sahabat kita apabila bertemu muka.Sudah cukup menyenangkan kepada mereka yang menerima senyuman.