Pages

Sabtu, 19 Juni 2010

SAJAK SEMPENA HARI BAPA

Menangis Seorang Bapa

Seorang bapa
uban-ubannya dikelapa
menunjukkan usia
sedang sebak menangis
suatu pagi di hari bapa

menangis seorang bapa
mengenangkan anak-anak
yang telah lupa
tentang hari bapa.

Sebak rasa dihati bapa
menunggu ucapan anak
menyampaikan kata-kata
doa dan ingatan
kepadanya

Berlenangi air mata
dikelopak mata seorang bapa
tentang anak-anak yang leka
tanggungjawab kepada bapa.

Menangis seorang bapa
tetapi anak tetap bersuka ria
dengan hiburan
siang dan malam
lupa pada daratan
antara dunia dan neraka.

…….Mohamed Tahir bin Shahdan
Taman Delima, Kluang
20 Jun 2010

3 komentar:

Nur Fatiha Fadila mengatakan...

Selamat Hari Bapa, Tuan Citra.

Tidak semua anak melupakan bapa pada hari bapa tetapi ada juga bapa yang tidak pernah ingat akan status kebapaannya.

Tahniah dan jadilah yang terbaik.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Haji,
Saya juga menangis pada pagi hari bapa kerana mendapat ucapan selamat daripada semua anak-anak saya.
Alhamdulillah.

Citra Delima mengatakan...

Salam Wardah,'
Terima kasih atas singgah dan berkata di blog hamba, tak seindah cerita dipaparkan, namun tetap menjadi ungkupan diari hamba.

Tuan Haji, saya juga manangis dalam dua cerita, satu ucapan dari anak-anak, kedua diuji Allah dengan kesakitan. Alhamdullah...