Pages

Selasa, 29 Juni 2010

MENGENALI HAKIKAT TAQARRAB

Apakah yang disebut taqarrab dengan Tuhan itu?

'Taqarrab' ialah perkataan Arab yang bererti mendekatkan diri atau mendampingkan diri dengan Allah SWT. Orang-orang mukmin digalakkan bertaqarrab dengan Tuhan, iaitu mengerjakan amal-amal soleh seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan haji yang merupakan amalan wajib. Mereka juga digalakkan melakukan puasa sunat, bersedekah, berdoa dan beristighfar. Kesemua amalan ini dilakukan kerana Allah yang bertujuan untuk mendekatkan diri dan mendampingi Allah.

Bagi ahli sufi yang hidup dalam kebenaran Allah dan asik dengan cahaya makrifat-Nya, hati jiwanya sentiasa bertakwa dan bibir, serta hatinya sentiasa berzikir. Hanya Allah dalam hatinya. Inilah yang dikatakan oleh ahli Sufi: " Tiada di dalam hatinya melainkan Allah sahaja"

Tentang taqarrab ini ada hadis Nabi Muhammad SAW , riwayat Imam Bakhri yang bersumber daripada Muhammad bin Uthman daripada Khalid bin Mukhalid hingga kepada Abu Hurairah yang bermaksud: " Dan tiada mendekati hamba-Ku kepada Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku suka dari mengerjakan apa yang Aku fardukan(wajibkan) ke atasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada Ku dengan melakukan segala yang sunat hingga Aku pun mencintainya...."

Tidak ada komentar: