Pages

Senin, 28 Juni 2010

Bercakap Dengan Bulan

Maafkan wahai bulan
kerana tidak sempat
untuk melihat gerhana pada dirimu
semalam

Mimpiku sering kesiangan
bila wajahmu ditutup

Bercakap dengan bulan
makna di sebalik gerhana
pada aku di bumi ini.

Sampaikan salamku wahai bulan
harap pagi tiba
embun membasahi kemboja
berdampingan dengan setia
membuka jendela
doa dan restuku pinta
akan bumi aman sentiasa

........Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Delima, Kluang

2 komentar:

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Haji Tahir,
Sajak bulan yang indah. Makna berlapis. Bulan di Kelantan masih tetap bersinar meski dalam keadaan gerhana.
Sebenarnya segala isi alam dan kejadian ini adalah hak Allah. Kita perlu berfikir dan akan beroleh sesuatu daripadanya.

Citra Delima mengatakan...

Salam Tn. Hj Shapiai,
Terima kasih atas komentar di halaman ini. Sajak ini dicipta kerana tidak dapat menghadirkan diri ke surau bagi menunaikan solat gerhana pd malam itu. Hanya sempat mengantai dalam doa sahaja.

DiKelantan,memang bulan sentiasa mengambang di sana sini..