Pages

Jumat, 30 April 2010

KENANG-KENANGAN BERSAMA HJ.SHAPIAI

Bergambar sebagai kenanga hari-hari terakhir beliau bertugas

Penulis bersama Hj. Shapiai dan W.B. Rendra


Hj. Shapiai dengan Pena Yang Besarnya Apabila Menulis

Hari-Hari Terakhir Bersama Hj. Shapiai (Penulis Ternama PPJ).

Mula mengenali beliau dalam tahun 2007, semasa beliau bertugas sebagai Editor Kanan YWJ Citra Holdings S/B di Johor Baharu. Beliau adalah seorang pendidik dan telah bersara pada tahun tersebut.

Bersama beliau dalam setiap hari bertugas, berbincang tentang teknik penulis sajak dengan beliau. Pada akhir tahun 2007, beliau menerbitkan antologi puisi sempena 50 tahun kemerdekaan bertajuk "Manggar-Manggar Kemerdekaan", disini beliau menyuntik semangat saya dengan memilih dua buah sajak bertajuk "anak-anak tani" dan Merdeka!Merdeka!Merdeka!. Saya mula giat menulis sehingga kini telah dua belas buah sajak telah disiarkan di Berita Harian, Dewan Sastera dan beberapa buku antologi sajak.

Beliau sering mengadakan bengkel sajak dalam perbualan harian di pejabat atau di kedai minuman. Cara beliau memang berlainan dari penyajak-penyajak yang lain. Banyak kata-kata dan bahasa sajak banyak bentuk menyindir dan fokas nya adalah luas pengertian.

Dengan kehilangan beliau dari tempat bertugas, saya masih menghubungi beliau melalui email, facebook dan blog bagi mengedit sajak-sajak saya.

Beliau merupakan penyair ternama dalam Persatuan Penulis Johor, sepanjang pergaulan saya dengan beliau, saya tafsirkan bahawa beliau seorang yang jujur mendidik, tidak lokek ilmu yang ada pada dirinya. Memandu saya dengan sikap terbuka dalam penulisan.

Semuga beliau sentiasa sihat dan selamat, akan bantu kami menulis dari masa ke masa. Pada 8 - 19 Mei, 2010 beliau berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadat Umrah. Selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Selamat maju jaya dari saya ...

Tidak ada komentar: