Pages

Senin, 19 April 2010

Diari- 2010-03

Selepas Lima Hari Bapa Mertuaku Meninggal dunia.

Hari ini sudah lima hari bapa mertuaku meninggal dunia. Apa yang dapat aku ungkapkan dalam blog ini, bahawa bapa mertuaku adalah seorang yang penyayang, sayang kepada anak-anak dan isterinya, tidak pernah aku dengar dia menyatakan tentang kelemahan anak-anak dan menantunya. Segalanya dipuji dengan penoh keikhlasan. Kepada sahabat handai, jirin tetangga semuanya memuji beliau semasa hayatnya.

Dengan sifat seumpama itulah, maka apa yang aku saksikan dengan mata kepalaku sendiri bertapa mudah nya beliau menghimbus nafasnya yang terakhir dalam tidur yang damai. Allah SWT tidak menyusahkan anak-anak nya dan isterinya. Dia pergi dengan tenang di kediaman kekal.

Pada Jumaat 16 April 2010, tarikh kematiannya, kami sekeluraga redha dengan pemergiannya dengan jangka umur 87 tahun. Menghimbus nafas terakhir dalam tidur yang lina di samping isteri nya tersayang.

Segala pengurusan jenazahnya berjalan dengan lancar dan teratur. Kami sempurnakan mandi dan mengkafankan di rumah sakit dan jam 9.30 pagi di bawa jenazah nya ke rumah kediaman untuk di ziarahi oleh anak cucu cecit dan sahabatnya. Jam 10.30 pagi jenazah di sembayangkan dan kebumikan sehingga selesai jam 12.00 tengahari. Cucua ketika itu sungguh redup dan nyaman sekali.

Semasa jenazahnya dirumah, ramai juga jiran dan ahli qariah surau membaca tahlil untuk arwah sebelum di sembayangkan.

Selepas waktu asar, kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil arwah, ramai yang menghadiri majlis tersebut.

Dengan ini, diriku ini telah berjaya menjalankan amanah arwah bapa ku dalam mengandalikan semua tanggunjawab aku sebagai anak, iaitu kepada ayahanda dan bonda sendiri, ayahanda dan bonda mertua sendiri, mak-mak suadara sebelah diriku dan isteri Ku semuanya telah meninggal dunia. Kini tibanya masanya diri sendiri membuat persiapan untuk mati. Usia ku kini menjangkau 61 tahun, dan dikurniakan empat anak dan sembilan cucu. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, maka mengingati mati adalah satu kewajiban. Dengan mengingati mati, maka kita akan sentiasa ingat pada setiap perkara yang kita lakukan. Kalau beramal, ibaratkan kita akan mati esuknya. Amin

Tidak ada komentar: