Pages

Senin, 03 Mei 2010

SAJAK KHAS BUAT PENYAIR HJ. SHAPIAI

Membisikkan Sejarah Yang Hilang
( Buat Penyair Hj. Shapiai )

Antara dua tebing yang sentiasa bersama mencari muara
kau membisik sejauh mana kehilangan
berzikirlah, kerana sekarang pantai tinggal sejengkel.

Tangga lurus menuju sisa sinar usia
makin dingin di sana
tapi kau memercik air mawar ke penjuru tubuhku
membingkaikan kenangan senyuman
di luar daun pintu tegas gelisah
meraba-raba rahsia yang terbenam.

Mari kita mencungkil cemas dan kenangan
yang segera di potong badai sungai
mencangkul harapan sepasrah kerinduan
membisikkan sejarah yang hilang.

Semalam gerimis mengetuk jendela
bertanya angin, dimana tiupnya
sebuah rakit hanyut di samudra
yang kehilangan galah penggeraknya.

Hari-hari berkabung dengan diam
mengusap debu-debu yang merubungnya
setitit air segelas kopi hitam
yang terlarut dalam sebuah tarian.

………..Citra Delima
Johor Bahru

2 komentar:

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Citra,
Terima kasih kerana sajak ini didedikasikan kepada saya. Nampaaknya Tuan Haji terlalu memuji. Menjadi takut pula saya dengan pujian sebegitu. Pada saya tuan haji sendiri punya kekuatan tersendiri dalam berkarya. Yang penting sentiasa membaca dan membaiki diri dalam penulisan.

Citra Delima mengatakan...

Salam Tn. Hj,
Bukan memuji, tetapi adalah kenyataan sebenar yang ikhlas dari saya. Maklumlah baru setahun jagong mencuba menulis, tiba-tiba hilang panduan, tapi saya kuatkan semangat untuk terus berkarya. terima kasih.