Pages

Kamis, 18 Maret 2010



Minat seni dalam diri saya bermula dibangku sekolah, iaitu melukis. Banyak karya lukisan masih di sekolah menengah dulu. Lepas SPM, diri kami berubah menjadi seorang pekerja teknikal. Selama 33 tahun bertugas sebagai seorang penasihat pertanian, mengubah fikiran petani, pendidikan dewasa dan akhir sebelum bersara, mengawal peruntukan jabatan.
Sekarang sudah empat tahun bersara, bermakna jiwa seni mula berputik kembali, dengan bimbingan rakan-rakan seangkatan (penulis), saya berjinak dengan buku-buku, majalah dan novel.
Hasilnya, tercentuslah sajak-sajak dari ciptaan saya sehingga di siarkan di majalah, akhbar dan buku antologi sajak. Hidup kini berubah dari seorang teknikal kepada orang seni. Itulah gambaran sebotol air mineral, buku dan kamus menjadi teman semasa kesepian. Hidup seni berbeza, sesuailah dengan umur telah meningkat. Air membasah tekak, buku membuka minda.

1 komentar:

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Haji Tahir,
Sebenarnya pada saya Tuan Haji tetap seorang teknikal. Tidak salah kita menjadi siapa saja, hatta doktor atau Perdana Menteri. Tapi jadilah insan yang tahu membaca seni. Pegawai Pertanian yang suka berpuisi. Alangkah cantiknya jika begini.