Pages

Rabu, 18 November 2009

Kelebihan Suka Membaca
( Petikan dari Buku La Tahzan)
Tahukah anda, membaca buku membuka pintu fikiran dan memandunya ke arah kepandaian dan kebijaksanaan. Dengan membaca akan memberi bekalan hikmah, membuat lisan tidak kelu, meningkatkan kemampuan berfikir, menghantar hakikat dan menghilangkan yang syubahat. Membaca adalah hiburan bagi yang menyendiri, munajat bagi jiwa, dailog bagi orang yang senang bersembang, nikmat bagi orang yang suka merenung, pelita bagi orang yang berjalan ditengah malam yang gelap. Jika ilmu yang dibaca, diamalkan dan diulang, juga dikuasai maka semakin ilmu itu akan berbuah, ranum, dan tiba masanya boleh dipetik. Bagaimanapun ilmu itu tetap pada dahannya dan akan memberi buahnya tiap-tiap waktu dengan izin Tuhan. Sekalipun para penulis ilmu sudah tiada namun percakapan tentang mereka tetap mendapat kedudukan.

Sebaliknya keenggaan untuk membaca dan menuntut ilmu adalah penjara bagi lisan, kongkong terhadap nilai peribadi, kebekuan untuk hati, kerosakan bagi otak, kematian bagi syakhsiah, kelesuan di tengah perjalanan mencapai ilmu dan kekeringan bagi fikiran. Kenapa?. Kerana buku selalu mengandungi faedah, perbandingan, kebijakanaan, cerita dan hikayat yang sangat baik.

Faedah membaca sangat banyak dan tidak mungkin dikira jumlahnya. Sebab itu, kita berlindung kepada Allah supaya keinginan di dalam hati ini tidak mati, azam di dalam jiwa ini tidak lemah, dan semangat yang ada di dalam dada tidak redup selama lamanya.

2 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

salam tn.hj.yang dihormati. benar; buku adalah teman setia tidak kira masa dan ketika.

Citra Delima mengatakan...

Salam buat Ren,
Terima kasih atas ingatan Ren dan Tuan Haji Shapiai yang menghadiah kepada saya himpunan sajak-sajak SM Zakir, boleh saya membacanya.