Pages

Kamis, 07 Januari 2010

Catatan Di Rumah Limas

Hari ini adalah hari Jumaat minggu pertama dalam tahun 2010. Kami menghadiri majlis membudaya Al-Quran sepertimana lazim dijalankan di semua jabatan di negeri Johor. Majlis dimulakan dengan zikir Hasma Al-Husna dan selawat yang dibawa oleh seorang ustazah di jabatan berkenaan, kemudian bacaan Al-Quran dan terjemahannya yang mana diikuti oleh hadirin yang hadir. Hari ini ada pula hajat membaca tahlil arwah atas permintaan dua orang kakitangan yang menyambut hari jadi dan mengadakan jamuan.
Semasa jamuan disajikan banyak cerita-cerita juga disajikan bersama.

" Ustaz, kenapa dalam doa tidak dimasukkan doa supaya mudah berpoligami?" tanya seorang dari mereka di meja makan. Cerita sahaja poligami, maka timbullah cerita kesah seorang yang bergelar 'Bung' yang berpoligami dengan seorang artis yang sedang top nama. Masing-masing mengeluarkan pendapatan pro dan kontranya berpoligami. Yang aneh dan menariknya, sekumpulan wanita yang sama semeja menyukong penoh lelaki dewasa berpoligami kerana memandangkan kelebihan bilangan wanita sekarang lebih ramai dari lelaki. Ustaz mencelah dan menyatakan bahawa doa untuk berpoligami tidak boleh disebutkan dalam doa beramai-ramai, kerana dikuatiri pada minggu depan akan ramailah isteri-isteri kita menunjuk perasaan di perkarangan rumah limas, jenuh hendak mengamankan. Sehubungan itu, ustaz mencadangkan semasa beliau membaca doa, tokok tambahlah doa berkenaan dalam hati masing-masing. Kerana masa majlis semulia ini, malaikat akan mengangkat semua doa yang dipohon kala itu. Dua orang kakitangan yang dari mula tidak menyampuk cerita poligami pun bersuara. " Sebab itulah saya duduk diam saja, kerana perbualan anda semua merupakan doa, jadi saya mengaminkan saja dalam hati" pecah gelak berderai dimeja pada ketika itu.

"Bijak...bijik...bijak awak ini, tak perlu berkata-kata ,mudah-mudahan doa dikabulkan hendaknya" celah seorang dari mereka di meja makan itu.
"Amin.. amin.. sudah ditakdirkan berpoligami , terima lah saja" jawabnya sambil menyuruh ustaz membaca doa penutup.

Majlis selesai dengan ustaz membaca doa penutup.

3 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

salam tn.hj. bicara poligami kadangkala boleh menjadi polemik yang mengakrab dan memaniskan majlis.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Haji Tahir,
Memanglah bab poligami disukai oleh kaum lelaki, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Menyatakannya mudah, mengamalkannya payah. Yang penting, jagalah yang satu itu.

Citra Delima mengatakan...

Sdr.Wahyu dan Tuan Haji,
Ini biasanya penglipur lara sementara menghabiskan makanan dipinggan masing-masing. Kalau anda berdua ada, tentu dapat idea mengarang puisi atau cerita pendek.