Pages

Minggu, 29 Agustus 2010

Aku DiTawaf Wada’

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: ‘ Tidak meninggalkan oleh seseorang akan Baitullahil Haram melainkan setelah Tawaf Wada’.

Tahun 1999, kami berdua menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun islam kelima iaitu menunaikan haji dan umrah di Mekah. Kala itu juga kami tidak menyangka yang pada tahun pemergian itu ialah Haji Akhbar, iaitu ukuf di arafah jatuh pada hari Jumaat. Yang kami ketahui adalah ketika kami melakukan solat Dhuha pada pada 1 zulhijah, ramai yang bersujud syukur melihatkan ketika itu pintu baitullahil Haram dibuka kepada pembesar Negara dalam upacara mencuci kaabah.

Selama 44 hari kami di Madinah dan Mekah pada ketika itu, banyak cerita-cerita menarik tidak dapat kami lupakan semasa mengerjakan haji. Salah satu peristiwa, teringin sangat hendak bersolat di hadapan kaabah, puas dicuba tetapi tidak berjaya, satu hari ketika itu solat isyak, saya keluar dari masjid melalui pintu utama King Aziz, sambil merayau-rayau, nama kereta jenazah menuju ke masjid, ramai yang cuba untuk mengusung nya, namun, nasib ada pada saya, lalu saya mengusung jenazah itu terus ke hadapan kaabah, kala itu qamat bermula, selepas saya di arahkan supaya memasuk sab hadapan , rasa puas dihati saya dapat melakukan satu tugas dan berjaya untuk solat di hadapan kaabah.

Banyak cerita lagi, tetapi hanya menjadi kenangan manis saja buat kami di tanah suci.

Akhirnya, tibalah saat tawab wada’, kami berdua melakukan selepas solat zohor sebelum bertolak balik ke Jeddah. Dalam melakukan tawaf tujuh pusingan ini, hati kami tertanya-tanya, dapatkah lagi kami berdua hadir sebagai tetamu Allah samada haji atau umrah. Selepas selesai tawaf, kami bersolat sunat tawaf dan berdoa diantara lain maksud nya: “ Ya Allah Ya Tuhanku!, Janganlah dijadikan tawaf hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali yang akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau Ya Tuhan Yang Maham Pemurah lagi Penyayang”. Dengan linangan air mata yang tidak dipaksa keluar, kami sujud dan khusyuk agar kami dapat lagi kembali ke Baitullah ini.

Terasa kerdi benar diri ini yang berada dihadapan kaabah, sesungguhnya hamba ini memang tidak mampu untuk menghadiri kembali buat kali keduanya, itulah bisikan hati kecil ini. Semuga haji kami mendapat haji yang mahbur di sisiNya.

Allah Maha berkuasa dan sayang akan hambanya ini, pada tahun 2009, selepas 10 tahun mengerjakan Haji, kami dipanggil kembali menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadat Umrah. Kami berdua sekali lagi bertikad akan melakukan dengan sebaik-baik ibadat di tabah suci. Sejumlah 14 hari kami berada di Madinah dan Mekah, banyak tempat dilawati dikala melakukan ibadat umrah kalau di bandingkan di musim haji. Diakhir sebelum bertolak ke Jeddah, air mata kami berdua tumpah dengan banyaknya di kala tawaf wada’. Memandangkan factur umur dan rezki, kami sangka inilah merupakan kali terakhir menghadirkan diri di tanah suci ini.

Lagi kami berdoa bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Penyayang, dalam doa di tawaf wada’ kala itu aku mohon panjang umur, di permudahkan rezki dan sihat selalu, maka terkabul sekali lagi kami di jemput oleh Allah sebagai tetamunya.

Tanggal 24 Julai, 2010, sekali lagi kaki ini menjijaki di tanah suci yang di temani oleh isteri dan anak lelaki. Kali ini usiaku sudah menjangkau 60 tahun, sebulan sebelum berangkat, saya di serang demam yang amat sangat, lutut kaki disebelah kiri tidak boleh dibengkuk akibat tercerdera. Solat ketika itu menggunakan kerusi saja. Dengan penuh tabah, saya terima sebagai satu hikmat yang tersembunyi yang Allah berikan. Usaha untuk berubat juga di teruskan tanpa sedikit risau pun hati ini. Rakan-rakan ramai menyangkakan , adakah mampu kami hendak melakukan ibadat di sana nanti, atau sempatkah saya kesana nanti? Hati ini juga tertanya-tanya, tetapi aku berserah kepada Allah jua. Allah yang memberi penyakit dan Allah juga yang menyembuhnya.

Terlalu banyak bersyukur aku hendak ucapkan kepada Allah SWT, setiba di Mandinah, saya beransur baik, lutut yang di basuh dengan air zam-zam telah mula lembut dan hari keduanya, saya boleh bersolat dengan sempurna. Berkat doa dari anak-anak dan rakan-rakan, sepanjang 14 hari disana , kami dapat melakukan ibadat umrah dengan sempurnanya. Tiada demam lagi, tiada sakit lagi, semuanya telah disembuh sepenuhnya oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Seperti biasa , di akhir perjalanan kami, tawaf wada’ kami lakukan dengan penoh khusyuk kepada Allah SWT. Limpahan air mata tidak terkira, sujud syukur dilakukan berulang-ulang kali mohon dapat di izinkan Allah untuk menghadirikan diri kami pada bulan Ramadan pula, tahun hadapan atau berikutnya, bergantunglah kepada rezki dan kesihatan yang Allah kurnikan kepada hamba yang kerdil ini.

Tidak ada komentar: