Pages

Kamis, 28 Februari 2008

MAJLIS SAMBUT HARIJADI KU

Tanggal 29 Febauri, 2008, hari Jumaat, aku menerima jemputan dari Yayasan Warisan Johor bagi majlis membudayakan Al-Quran sepertimana tiap-tiap hari jumaat. Kebetulan hari itu juga ada majlis menyambut Hari Jadi pada mereka-mereka yang lahir bulan Januari dan Febuari .


Pagi-pagi lagi aku telah bersiap dengan pakaian melayu Johor berwarna biru muda bersamping songket berwarna merah dan biru. Sungkuk berkedudukan mereng sedikit. Kalau sepintas lalu orang lihat macam YB, maksudku Yang bersara, bukan Yang berhormat.


Setiba saja di rumah limas YWJ, ramai telah duduk dalam majlis, doa di baca oleh Ust. Abu Bakar Selamat, majlis membudayakan Al-Quran di mulakan dan seterusnya bacan berzanji, marhaban dan doa selamat. Satu demi satu nama-nama yang meraikan hari jadi di sebut oleh Cikgu Ahmad Ruslan bagi menerima kad Ucapan Hari Jadi.

Rabu, 27 Februari 2008

UCAPAN BERPENGARUH

Semua orang tahu bahawa Presiden Sukarno Indonesia merupakan seorang presiden yang bijak berucap. Ada juga orang berkata , bahawa ilmunya kuat ada pada songkok yang di pakai setiap hari. Ucapan nya sungguh berpengaruh, kalau dia mengajak para pendengar untuk ketawa, semua rakyat yang mendengar ucapan nya ketawa, kalau dia berucap dengan kata-kata mempengaruh, semuanya tercopong mulut orang yang mendengarnya, kalau ucapan nya sedih semua pendengarnya menangis sampai mengalirkan air mata.

Al- kesah, Pak Presiden ini turun datang berkempen pemilihan presiden. Satu desa yang jauh perdalaman Pak Presiden ini turun untuk berucap di kalayak ramai. Berduyun-duyun rakyat kepadang untuk mendengar Pak Presiden, ada yang membawa tikar untuk duduk, ada yang bawa kerusi kayu, ada yang bawa kerusi buluh dan lain-lain asalkan selesa untuk mendengar nya.

Bermulalah Pak Presiden Karno ini ucapan mengenai kemajuan negara yang di perintahnya, tercopong semua rakyat mendengarnya, kadang-kadang diselitkan dengan ucapan menghibur, ketawa semua rakyat mendengarnya. Hampir tiga jam Pak Presiden berucap tidak seorang pun berganjak dari tempat duduk nya.

Biasa nya di akhir ucpan,Pak Presiden akan bercerita sedih, tentang kehilangan pejuang-pejuang kemerdakaan, masing-masing rakyat menangis kesedihan mendengarnya. Selesai habis menutup kata pak Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua rakyatnya dengan berkata dengan nada yang bersemangat, Hidup Indonesia! Hidup Indonesia! Hidup Pak Presiden!. Bersurainya semua orang beredar dari tempat masing-masing., Tiba-tiba di satu sudut terdapat seorang rakyat yang masih bersedih, menangis kehibaan. Ramai yang menasihati agar berhenti menangis.

" Pak! sudahklah.. Bong Karno telah pun beredar , mari lah pulang, jangan bersedih lagi " pujuk seorang rakannya.

" Tak boleh lah..... aku tak boleh berhenti menangis... tenguk ni ..." sambil menunjukan yang anu nya dalam kain gumbang tersepit di tempat bangku buluhnya. " Aku sakit...aku menangis lah, tolonglah aku" Serunya kepada rakan-rakan. Rakan-rakan bersangkakan bahawa ia menangis kerana ucapan Pak Presiden yang sedih tadi, tetapi rupanya ia kesakitan akibat anu nya tersepit di kerusi buluh.

Pengajaran dari cerita ini, pastikan kepada mereka yang berucap memerhati para pendengar yang ucapan nya benar-benar mendapat perhatian dan mempengaruhi pendengar bukan satu perkara mudah. Mudah mudahan masa berkempen pilihan raya ini tidak terjadi seperti peristiwa yang berlaku di Pulau Jawa.

Sekian, bukan cerita dongen tetapi kesah benar.

SAJAK BERTAJUK " SETIKA DIMEJA KERJA"

Setika dimeja kerja
menyemak fail kehidupan
warna kehijauan
lambang satu harapan.

Setika dimeja kerja
singkap helian diari amal
pada nada dan kata impian
pasrah di dada iman.

Setika di meja kerja,
membelek kertas putih
jernih hidup murni
akan erti sepi.

Seketika di meja kerja
pencil ketandusan idea
mencoret sejarah keindahan
untuk dimuatkan di majalah kenangan.

Seketika dimeja kerja
meneliti dinding kehijauan
tanda damai satu kehidupan.


Setika dimeja kerja
dalam kamus bulan duka
cinta sejati dimamah usia menjangkau ke usia emas
menjalani hidup liku liku keselesaan.





Johor Bahru: 13 Feb. 2008.

Selasa, 26 Februari 2008

SECEBIS KESAH DI TEMPAT MENGUNDI PILIHANRAYA

Ini adalah secebis kesah semasa aku menjadi ketua tempat mengundi. Kesah silam ini ku catitkan hanya bagi mengingatkan kesah-kesah lama dan cerita-ceritanya. Pagi subuh lagi aku dan beberapa pegawai yang dilantik sedia mengambil peralatan seperti tong undi, kertas undi dll di balai polis daerah yang di iringi oleh polis.

Selesai sahaja kerja-kerja mengumpul barang-barang, aku terus ke sasaran tempat mengundi, iaitu sebuah balai raya yang agak usang. Subuh-subuh lagi kami dan kerani seramai empat orang mengatur dan menyusun tempat mengundi sepertimana dalam arahan Suruhanjaya. Tepat pukul lapan pagi, masing-masing telah bersiap sedia bagi memulakan tugas.

" Man, boleh arahkan polis membuka pintu sekarang ini" tegasku sebagai seorang ketua tempat mengundi. Lain-lain semuanya tersedia saja bagi memulakan sessi mengundi. Masuk apek tua yang dipimpin oleh anaknya dan di bantu oleh pegawai. Mata mula tertumpu pada kerja masing-masing. Wakil-wakil parti sudah juga bersedia, iaitu barisan nasinol, pas dan bebas. Masing masing tekun menjalankan kerja nya. Aku konon nya sebagi ketua hanya memerhati saja serta sebagai tempat rujukan.

" Ok, nama nya betul " kata Surif yang biasa bercakap bahasa inggeris walaupun berbual biasa saja. " Ok. boleh ambil kertas undi" , lain-lain perkataan nya " Pas, boleh mengundi " maksudnya tiada apa-apa masallah. Dua tiga kali perkataan pas terkeluar dari bibirnya. Tiba-tiba dengan nada keras, orang barisan menegur beliau. " Awak tak boleh berkempen untuk pas, nanti saya repot supaya awak telah melakukan kesalahan" katanya dengan nada keras. Surif mengubah kata-kata laluan nya dengan perkataan OK, All Right, dan lain lain lagi. Hampir 2 jam tiada masallah lagi. Tiba selepas beliau rehat kerana makan dan solat, tiba-tiba perkataan " PAS" di ulang lagi berkali-kali sehingga naik berang wakil parti barisan. Tetapi Pak Aji wakil parti Pas senyum kambing saja sambil mententeram wakil lawan nya. " Biarlah dia sebut seratus kali pun, tak kan lah mempengaruhi pengundi" tegasnya. Kan perkataan Pas itu mainan ucapan nya ala orang inggeris?

Aku pun bangun dan menyelasaikan secara aman dengan menggantikan orang lain membuat kerja-kerja tersebut. Aku letak kan beliau bahagian menindik kertas undi, itu pun kadang-kadang terkeluar juga perkataan " Pas " apabila menyerahkan kertas undi itu kepada pengundi.

Habis kesah tempat mengundi tu. Sebulan selepas peristiwa ini, aku dapat khabar yang si Surif itu telah di ambil tindakan tatertib oleh majikan nya. Dengan khabar dia di pindahkan kelain daerah. Wah! besar kesan nya kalau tersalah cakap atau sebut parti pembangkang. Dari itu, dari pengalaman ini hendak nya di jadikan satu ingatan kepada pegawai dan kerani yang di lantik menjalankan pilihan raya berwaspada dalam kata-kata dan sebutan. Dapat elaun yang tak seberapa itu, kena pindah, kena ambil tindakan dan lain-lain.

Senin, 25 Februari 2008

SEHARI SEBELUM TARIKH HARI JADIKU KE 58

Tarikh 25 Febuari 2008 jam 4.15 petang , aku telah mula mencita Blog ku sendiri bagi mencatatkan diari hidupku yang menjangkau ke 58 Tahun mulai jam 12.00 malam ini. Apa yang di rasai sangat bagi menyambut hari kelahiran ku ini, adalah masa bagi meniti usia yang ke arah tua. Bilangan cucu telah bertambah, sehingga kini sudah mempunyai empat orang cucu, semua nya lelaki dari tiga anak yang telah berumah tangga. Hanya seorang saja yang masih belum berumahtangga.

Satu lagi yang dirisaukan akhir-akhir ini adalah kedaan isteriku yang selalu demam dan sakit-sakit badan. Adakan kerana di mamah usia? atau terlalu penat menjaga cucu lelaki yang berusia 8 bulan. Sungguh nakal dan kental badannya. Itu lah agak nya dia terlalu penat dan letih. Nasib baik pada setiap hari minggu dapat aku bawa dia bersama ke rumahku " Sri Delima " bagi membolehkan beliau rehatkan badan nya.

Pesnan kepada anak dan menantuku yang tinggal serumah, ambillah berat sedikit tentang masa ibumu yang menjaga anak mu itu. Katanya, dia terlalu tension sekiranya anaknya balik kerja lewat. Kerana dia belum dapat menunaikan solat asar sekiranya anaknya lambat pulang. Memang satu kelebihan isteriku, jika terlambat mendiri solat, dia terlalu risau, tak tentu arah kedaan nya.

Seperkara lagi yang masih ku harapkan adalah adakah anak-anakku akan menyampaikan ucpan hari jadiku esuk? kalaulah ada sebahagian atau semua anak-anak ku mengucapkan " selamat hari jadi abah " alangkan indahnya hidupku bagi meniti usia selanjutnya. Aku rasa satu kebertuahan jika semua anak-anak mengucapkan. Itu satu andaian baik sahaja.

Oklah, suara azan waktu asar sedang di laungkan oleh surau sebelahan

Allahukhabar.....Allahukhbar..

Lalillahakhir Allah...

Aku berhenti sebentar bagi mendirikan solat asar.

Sekembali aku dari pejabat, isteriku mula menceritakan tentang telefon bimbitnya rosak. Kami terus ke Uda dan membawa untuk membetulnya.

Malam nya , bersama dengan isteri pergi ke Dangar Bay, minum-minum sahaja, jam 11 malam pulang dan mendiri solat isya' serta solat taubat sempena tepat 12.00 tengahmalam sempena Hari jadiku.