Pages

Selasa, 26 Februari 2008

SECEBIS KESAH DI TEMPAT MENGUNDI PILIHANRAYA

Ini adalah secebis kesah semasa aku menjadi ketua tempat mengundi. Kesah silam ini ku catitkan hanya bagi mengingatkan kesah-kesah lama dan cerita-ceritanya. Pagi subuh lagi aku dan beberapa pegawai yang dilantik sedia mengambil peralatan seperti tong undi, kertas undi dll di balai polis daerah yang di iringi oleh polis.

Selesai sahaja kerja-kerja mengumpul barang-barang, aku terus ke sasaran tempat mengundi, iaitu sebuah balai raya yang agak usang. Subuh-subuh lagi kami dan kerani seramai empat orang mengatur dan menyusun tempat mengundi sepertimana dalam arahan Suruhanjaya. Tepat pukul lapan pagi, masing-masing telah bersiap sedia bagi memulakan tugas.

" Man, boleh arahkan polis membuka pintu sekarang ini" tegasku sebagai seorang ketua tempat mengundi. Lain-lain semuanya tersedia saja bagi memulakan sessi mengundi. Masuk apek tua yang dipimpin oleh anaknya dan di bantu oleh pegawai. Mata mula tertumpu pada kerja masing-masing. Wakil-wakil parti sudah juga bersedia, iaitu barisan nasinol, pas dan bebas. Masing masing tekun menjalankan kerja nya. Aku konon nya sebagi ketua hanya memerhati saja serta sebagai tempat rujukan.

" Ok, nama nya betul " kata Surif yang biasa bercakap bahasa inggeris walaupun berbual biasa saja. " Ok. boleh ambil kertas undi" , lain-lain perkataan nya " Pas, boleh mengundi " maksudnya tiada apa-apa masallah. Dua tiga kali perkataan pas terkeluar dari bibirnya. Tiba-tiba dengan nada keras, orang barisan menegur beliau. " Awak tak boleh berkempen untuk pas, nanti saya repot supaya awak telah melakukan kesalahan" katanya dengan nada keras. Surif mengubah kata-kata laluan nya dengan perkataan OK, All Right, dan lain lain lagi. Hampir 2 jam tiada masallah lagi. Tiba selepas beliau rehat kerana makan dan solat, tiba-tiba perkataan " PAS" di ulang lagi berkali-kali sehingga naik berang wakil parti barisan. Tetapi Pak Aji wakil parti Pas senyum kambing saja sambil mententeram wakil lawan nya. " Biarlah dia sebut seratus kali pun, tak kan lah mempengaruhi pengundi" tegasnya. Kan perkataan Pas itu mainan ucapan nya ala orang inggeris?

Aku pun bangun dan menyelasaikan secara aman dengan menggantikan orang lain membuat kerja-kerja tersebut. Aku letak kan beliau bahagian menindik kertas undi, itu pun kadang-kadang terkeluar juga perkataan " Pas " apabila menyerahkan kertas undi itu kepada pengundi.

Habis kesah tempat mengundi tu. Sebulan selepas peristiwa ini, aku dapat khabar yang si Surif itu telah di ambil tindakan tatertib oleh majikan nya. Dengan khabar dia di pindahkan kelain daerah. Wah! besar kesan nya kalau tersalah cakap atau sebut parti pembangkang. Dari itu, dari pengalaman ini hendak nya di jadikan satu ingatan kepada pegawai dan kerani yang di lantik menjalankan pilihan raya berwaspada dalam kata-kata dan sebutan. Dapat elaun yang tak seberapa itu, kena pindah, kena ambil tindakan dan lain-lain.

Tidak ada komentar: