Pages

Rabu, 02 September 2009

Panggilan Dari Sahabat

Lebihkurang jam 2.45 petang, telefon bimbit ku mula berdering. Ku jengah dan tercatat nama Ijaz Ahmed, seorang sahabat dari Pakistan yang kami bertemu di Masjidil Haram semasa menunaikan umrah. Kami bertanya khabar dan berkirim salam antara kami dengan keluraganya dan begitulah sebaliknya buat dirinya. Apa yang penting pada catatan pada diriku adalah beliau dalam perjalanan hendak menunaikan umrah lagi dalam bulan Ramadan ini. Jadi dengan kesempatan itu, maka dapatlah kami mengirimkan salam untuk Rasulullah dan sempat juga supaya beliau mendoa kami berdua dihadapan kaabah agar dapat lagi ke sana pada tahun hadapan.

Sebuah sajak sempat ku nukilkan sebagai ingatan kembali perjumpaan kami di kota Mekah.

Sahabat
( Buat Ijaz Ahmed, Pakistan)

Alangkah indahnya bila kita bertemu dengan dada yang lapang
persilakan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
menggilapnya lantai nurani
dengan senyum seterang matahari pagi

Marilah kita mengurai jurai di tanah suci
ketika ziarah di Baituallah itu
dibariskan dalam saf-saf zikir
membuka mata hati
ketulusan yang dipancarkan
menjalin sahabat dua benua

Semua itu hanya bayangan senja kemarin
yang hilang ditelan fajar waktu
perjalanan kita yang jauh berbeza
walaupun ke satu hala
pada tapak-tapak tamadun kita sukar bertutur kata.

Pendar- pendar sahabat yang kau berikan padaku
terurai dalam keranjang kita berdua
menjala sutra yang lembut
menjaring sarang angin hati kita

Sesudah gersang kenangan, kini kembali
dibasahi gerimis suara
menyubur taman sahara.

Kemarin ketika sampai padaku berita
yang kau ke sana sewaktu ketika
menjelmakan pelita persahabat kita
pada lorang gelap yang dipancarkan cahaya.

Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

3 komentar:

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Haji Tahir,
Dengar khabar shabat Pakistan itu orang koporat, siap ada bisnis di Dubai lagi.
Tahniahlah kerana bersahabat dengan saudara semuslimin dari luar negera. Memanjangkan silaturrahmi memang dituntut dalam Islam.

Citra Delima mengatakan...

Tuan Haji,
Begitulah ceritanya semasa dalam masjidilharam,

alhamdullah, dia baru telefon saya dari madinah malam tadi

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

asalammualaikum tn.hj. yang dihormati.
wah, tahniah! sajak disiar di B.Harian. saya lewat membacanya kerana sempat mendapatkan akhbar di internet saja. saya tumpang gembira.