Pages

Selasa, 17 Januari 2012

Rungkaikan Benang Yang Berserabut

  



   



   Pernahkah anda melihat benang yang berserabut dan bersimpul-simpul?  Apa yang anda boleh buat dengannya? Anda tiada pilihan lain selain daripada rungkaikan dahulu, baru ada boleh gunakan untuk menjahit atau tujuan lain.  Tetapi bagaimana dengan kehidupan anda setiap hari sekiranya berlaku sebegini?

  Saya teringat seorang guru sejarah saya semasa di tingkatan lima.  Beliau mengatakan bahawa otak manusia seperti benang juga.  Apabila ia kusut, anda tidak tahu apa yang perlu dibuat. Berserabut. Jadi, bagaimana hendak menghilangkan tekanan ini? Pasti anda mesti merungkaikannya terlebih dahulu. Bagaimana?  Dengan mengenal pasti setiap apa yang terbuku dalam otak dan 'rungkaikan' dengan menuliskannya satu persatu di atas kertas. Kemudian anda pasti dapat menjawabnya ?

Buat renungan.

Tidak ada komentar: