Pages

Senin, 11 Oktober 2010

Kebakaran Di Berek Polis PJA Muar


Saya baru pulang dari Kluang, bertemu ayah bonda sepertimana setiap minggu. Hari itu, aku agak lambat balik ke berek bujang kerana ada sedikit perbincangan dengan tunangku. Hari itu hati ini amat berat untuk pulang awal, walaupun telah berjanji dengan bonda hendak pulang awal. Bonda selalu berpesan supaya pulang awal ke Muar, kerana tugas saya terpaksa bangun pagi untuk menghantar anak-anak bos ke sekolah.

Kereta yang baru siap di cat sering ku belek-belek warnanya, betulkan warna itu idaman ku. Akhirnya aku membuat keputusan balik ke Muar dengan motor sahaja, dan kereta itu di tinggalkan pada tunangku di Kluang. Agak lambat juga pulang, sampai ke berek lebih kurang jam 10.00 malam.

Malam itu, semua penghuni berek itu bertugas di luar kawasan, ada di persisiran pantai, ada di Kuala Lumpur. Hanya aku saja seorang yang menghuni pada malam itu. Sebaik saja sampai di berek, aku seperti biasa mandi dan membersihkan tubuh badan kerana naik motor waktu malam memang badan rasa tak sedap kalau tak mandi.

Selesai mandi, aku mula mencari tempat tidur. Rasa sunyi benar malam itu, angin di luar sepoi-sepoi bahasa meniup ke arah tingkap berek ku. Seperti biasa, aku di ajar oleh ayahku supaya membaca tiga kul ayat suci quran dan ayat kursi sebelum tidur dan berniat untuk bangun awal menunaikan solat subuh. Pesanan itu tetap menjadi amalan ku, kebetulan aku terpaksa bangun pagi bagi menunaikan tugasku menghantar anak-anak ke sekolah.

Aku terlelap seketika, dan agar sukar untuk tidur pada malam itu. Hati ini berkata-kata juga, kenapa sukar benar untuk melelapkan mata. Aku merenung bayang-bayang sendiri di cermin kalau-kalau ada kekotoran pada mukaku yang membuat aku sukar nak tidur.

Aku terus baring dan memaksa melelapkan mataku yang sangat mengantuk. Melayani mata dan ingatan dikala berbual-bual dengan bonda pasal tarikh perkahwinan, membayangkan wajah tunangku yang melambai sebelum aku pulang, lama kelamaan terlelap sekejap mataku dan lena tertidur.

Tiba-tiba, macam ada orang mengerak badanku dan memanggil namaku supaya aku sedar, dengar suara bonda, suara ayah dan tunangku dengan nada yang kuat, aku terbangun dan terhidu bau asap yang amat kuat di hidungku. Apa yang sempat ku capai dengan tangan adalah dompet duitku dan telefon bimbit ku saja, dan mencari kunci dan pintu untuk melepaskan diri keluar dari berek itu, kala itu, api mula menyambar hampir ke badan ku, aku merebahkan diri ke tanah dan berguling-guling dan bangun mencari jalan jauh dari api yang mula memusnahkan berek ku malam itu. Kala itu jam hampir 4.50 pagi, aku terus menelefon ayah bonda ku dan memberi tahu yang aku selamat dari kebakaran, lain-lain barang kelengkapan seperti TV, radio, almari baju, unifom, kasut semuanya menjadi abu dengan sekelip mata.

Itulah cerita anak ku seorang anggota polis yang berkhidmat di PGA Muar yang terbakar berek nya pada 29 September 2010 ,yang turut sama menunaikan umrah bersama saya. Allah masih sayang dan kasih kepada nya. Semuga Allah akan sentiasa melindungi beliau pada setiap masa dan ketika.

Tidak ada komentar: