Pages

Senin, 13 September 2010

Api Membakar Kalbu

1.

Api membakar kalbu

bakar kerana membantah

bakar pada perasaan

menghiris kesucian

sabung menyabung

pada satu subuh keinsafan

yang menjilat

dan bakar harapan

Api membakar kalbu

di atas rumput waktu

bakal membawa api

menyemarak insan

ke dunia diri

hamba Tuhan

2.

Api membakar kalbu

menjahit keping-keping hati

yang berkecai dalam ingatan

dilumuri ketabahan

disebuah cermin sejarah

Api membakar kalbu

abunya di hanyut sungai hayat

dimaklum pada malam kengerian

seluruh rawan luka keinsafan

yang bakal membawa api ini

menyemarak insan

ke dunia diri

hamba Tahun

……..Citra Delima

5 Syawal 1431

Tidak ada komentar: