Tetamu Ramadan
Tetamu Ramadan
untuk mu dijamu rahmat
dilingkarkan dengan Maghfirah
Tetamu Ramadan
disirami dengan air mata taubat
dendangan tadarus
dibasahi lidah dengan ayat cuci
Tetamu Ramadan
tidurmu diselimut dengan zikir
dibantalkan tahjud
digebarkan dengan selawat
Tetamu Ramadan
moga mewarisi jannah
Amin.
Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Delima, Kluang
22 Ogos,2009
4 komentar:
Salam Tuan M. Tahir,
Salam silaturahim kerana Allah swt. Terima kasih atas kunjungan tuan ke laman saya. Ya, kita berjabat tangan di Parit Jawa. Dan mudah-mudahan selepas ini kita dapat berjabat idea dan pengalaman. Apatah lagi, tuan memiliki pengalaman yang hebat.
Haji,
Memang benar, kita adalah tetamu-tetamu Ramadan yang dilingkungi dengan magfirah.
Selamat berpuasa.
Cik Gu Azahar,
Terima kasih atas kesudian tuan melayari blog saya yang tak serupa itu, masih belajar lagi. Selamat menjalani ibadat puasa.
Tuan Hj,
sama-sama kita menggunakan kesempatan dibulan yang mulia ini, terima kasih dan selamat berpuasa.

Posting Komentar