Suatu Kejadian
Tiba-tiba sahaja ikan melompat
meronta-ronta badannya
sebelum mata kail dilimparkan.
Tiba-tiba si-manja menerkam
menerjah
sebelum ikan dijamukan.
Tiba-tiba sahaja idea terkeluar
melukirkan
sebelum sampai difikirkan
Tiba-tiba sahaja bulan terbenam
sebelum puisi di nukilkan
itu suatu kejadian.
Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra.
Rupa, Budi dan Bahasa
Tapi apa daya
kerana setia terlampau tara
hanya tahu rupa bahasa
berkata lah kamu “ Ya”
kerana takut dan taat setia
tiada cara
menggunakan rupa bahasa
memuaskan nafsu rupa muka
tidak kira kata nista
walau sedia menjilit mangkuk bicara
rela diperhamba tidak seindah rupa.
Kata-kata mari katawa bersama
ini bahtera kita
diperbuat serupa
bumi dipijak
dikata tidak akan bergerak
mimpi siang
tidak semesti suka
kadang kala membawa duka
minda tanpa bicara.
Marilah mendengar lagu ini
adalah sungguh riang sekali
sedu dan segar didengari
walau lirik tidak difahami
walau dari nama-nama mulia
ditulis dengan kemegahan hati
menjadikan lagu tidak melodi
gerak rupa dan budi bahasa dinyanyi
melahir imej yang tidak digemari.
Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru.