Pages

Jumat, 16 Juli 2010

Warkah Jingga Yang Ditemui Di Ladang Hati

Warkah jingga yang ditemui di ladang hati
menyimpan seribu cerita
disebatang jalan terbentang antara kita
tanpa hala tuju
serangkai doa melengkap di angin yang dingin
berubah tanpa kehendak kita

Tiba-tiba, warkah dibuka dengan wangi setia
kesah zaman gelap yang kehilangan cahaya
yang dulu menyanyi
daun dan dahan bergoyong
membaca hati kita

Warkah dibaca kesah kemarau cinta
bertandang menutup budi bicara
ketenangan punah dimamah waktu itu
menelan madu dirasakan hempedu

Sebuah jalan panjang di antara kita
yang tertutup tanpa tanda
hanya kau dan aku terperangkap dalam kegelapan
menghitung waktu mundar pelahan
sekuntum mawar mengembang dipagar berduri
sekarang tumbuh kembali dihati

…….Mohamed Tahir bin Shahdan
Julai, 2010

Sabtu, 10 Juli 2010

Dari Jendela

Dari jendela pagi yang terbuka
kita sering lihat embun
bersinar bersama mantari
kering di pohon harapan
dikala sinar menyala
ungas-ungas terbang berpasangan
di awan biru

Dari jendela senja
sinar matahari berwarna jinga
melambai siang, menjemput malam
unggas pulang ke sarang
bersama anak dan keluraga

Dari jendela terbuka
ada ombak dan gelombang
ada ribut dan taufan
melanda di padang peristiwa
mencari di persisiran pantai
mencari nikmat ketenangan

Dari jendela mata dibuka
melihat janji-janji perjuangan
hayat mentafsirkan
dalam kehidupan
manusia dan api perjuangan

......Citra Delima

Membaca Buku Sejarah Madinah Dan Mekah

Tinggal 13 hari lagi, kami bertiga beranak akan berangkat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadat umrah. Sebagai persiapan awal, kami membaca dua buah buku karangan Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani berjadul "Sejarah Madinah" dan " sejarah Mekah". Ini adalah sebagai melengkapi diri untuk menghayati perjuangan Rasul SAW yang membuka dan memajukan kota Madinah dan Mekah. Apa yang lihat sekarang adalah hasil dari perjuangan Rasul SAW. Kalau dihayati dua buku sejarah ini dapatlah kita mengetahui bagaimana peritnya Rasul SAW menghadapi banyak dugaan dari orang kafir.

Buku ini juga ada menceritakan tempat-tempat yang bakal jameah umrah lawati semasa berada di sana, seperti sejarah masjid Nabawi, Makam Nabi SAW dan para sahabatnya, lain-lain masjid bersejarah, Jabal Uhud dengan sejarah perang Uhud, kabilah Ansar, sumur-sumur di Madinah dan banyak lagi dimuatkan dalam buku ini. Bagi di Mekah, digambarkan sejarah tempat dan masjid miqat ihram, kiswah kaabah, sumur zam-zam , bukit Shafa dan Marwa, mina, muzdalifah, arafah, masjid Haram dan kesah Gua Hira dan Gua Tsur.

Dengan membaca buku ini, kami berharap dapat menghayati apabila kita berada ditempat yang baik untuk kita berdoa dan menyampaikan doa-doa yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat kami.

Kamis, 01 Juli 2010

Iman Dan Agama

" Iman dan Agama" sebagai harta yang sangat bernilai merupakan rahmat yang penting dari Allah S.W.T., untuk manusia. Nilainya melebihi harta yang lain di dunia. Kehilangan harta boleh diganti, tetapi kehilangan iman dan agama sebagai harta yang paling bernilai, tidak boleh dicari ganti. Semuga kita semua kekal dalam keimanan dan berada dalam agama yang diredai-Nya.

Jika kehilangan harta, jangan berduka
jika papa jangan kecewa
jika kehilangan harta boleh diperolehi dengan usaha
bukan hilang sebenarnya.
kehilangan sebenar adalah kehilangan iman dan agama
tidak boleh diganti darinya.

Renung-renungkan lah wahai Insan...

Rabu, 30 Juni 2010

Seorang Pengembara

Bukalah rahsia lemari hayat
dalam kembara
isikan hatimu yang hening
akan berkah izzah

Hikayat pribadimu hanya sebuah mimpi siang
sebelum terbitnya dirimu sejati

Bermimpi adalah berkomunikasi
antara nyata dan rahsia

Nyalakan api pesona untuk bersinar
di balik matamu
esuk secemerlang impian
yang berlabuh di dermaga takdir

Kamu pengembara dalam waktu
bermain ombak perubahan
fikiranmu tak mampu menduga
bak perahu tanpa lautan

Bangunlah dari ratapan diri
wajahmu redup
memaksa aku membaca tulisan uratmu
mencari makna hatimu
sebagai seorang pengembara.

....cetusan citra delima
Jun 2010

Selasa, 29 Juni 2010

MENGENALI HAKIKAT TAQARRAB

Apakah yang disebut taqarrab dengan Tuhan itu?

'Taqarrab' ialah perkataan Arab yang bererti mendekatkan diri atau mendampingkan diri dengan Allah SWT. Orang-orang mukmin digalakkan bertaqarrab dengan Tuhan, iaitu mengerjakan amal-amal soleh seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan haji yang merupakan amalan wajib. Mereka juga digalakkan melakukan puasa sunat, bersedekah, berdoa dan beristighfar. Kesemua amalan ini dilakukan kerana Allah yang bertujuan untuk mendekatkan diri dan mendampingi Allah.

Bagi ahli sufi yang hidup dalam kebenaran Allah dan asik dengan cahaya makrifat-Nya, hati jiwanya sentiasa bertakwa dan bibir, serta hatinya sentiasa berzikir. Hanya Allah dalam hatinya. Inilah yang dikatakan oleh ahli Sufi: " Tiada di dalam hatinya melainkan Allah sahaja"

Tentang taqarrab ini ada hadis Nabi Muhammad SAW , riwayat Imam Bakhri yang bersumber daripada Muhammad bin Uthman daripada Khalid bin Mukhalid hingga kepada Abu Hurairah yang bermaksud: " Dan tiada mendekati hamba-Ku kepada Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku suka dari mengerjakan apa yang Aku fardukan(wajibkan) ke atasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada Ku dengan melakukan segala yang sunat hingga Aku pun mencintainya...."

Senin, 28 Juni 2010

Bercakap Dengan Bulan

Maafkan wahai bulan
kerana tidak sempat
untuk melihat gerhana pada dirimu
semalam

Mimpiku sering kesiangan
bila wajahmu ditutup

Bercakap dengan bulan
makna di sebalik gerhana
pada aku di bumi ini.

Sampaikan salamku wahai bulan
harap pagi tiba
embun membasahi kemboja
berdampingan dengan setia
membuka jendela
doa dan restuku pinta
akan bumi aman sentiasa

........Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Delima, Kluang

Minggu, 27 Juni 2010

Indahnya Hidup Bersyariat
Sebuah buku terbitan 'telaga biru' karangan Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ah. Hamid, adalah sebuah buku yang sesuai dibaca oleh semua gulongan. Isi kandungan adalah merupakan bimbingan hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia ini.
Elok dijadikan buku rujukan untuk satu keluraga. Merupakan modul fardu ain diri, keluraga dan mesyarkat sepanjang hayat.
Teknik penyampaiannya ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Dilengkapkan dengan gambar yang jelas dan berwarna. Panduan doa, zikir boleh dibaca dan hafal dengan mudah.