Pages

Selasa, 21 Juni 2011

Dapatkan Harapan Ku Untuk Mengerjakan Umrah 2011?

Tahun 1999, kami berdua menunaikan Haji, dan pada tahun 2009, kami berdua menunaika umrah dalam bulan Mei. Tahun 2010, kami bertiga beranak menunaikan umrah dalam bulan Julai.

Tahun 2011, adakah cita-cita tercapai untuk menunaikan umrah sekali lagi? Inilah persoalan dalam benak ku. Setiap waktu selepas solat aku baca 10 kali selawat haji, katanya untuk memudahkan kita ke sana. Cadangan hendak ke sana untuk menyambut 1 minggu berpuasa di sana, tetapi akhir-akhir ini, diriku ini terasa kurang sihat. Terlalu kerap sakit-sakit seperti demam, gistrik dan lain.

Satu masa, diri kami terasa kebas separuh badan. Alhamdullilah, selepas diurut kami sihat kembali. Rasa-nya terlalu banyak masalah hendak kesana. Tanya ustaz dalam hal ini, katanya lebih baik jaga kesihatan dulu, bila dah baik nanti, terus buat haji ke dua. Amin...Amin ..Amin

Mengenang Kesah Yang Lalu

Kalau anda berada didaratan, anda hanya dapat bayangkan satu-satu dengan kadar terhad saja. Tetapi kalau anda berada nun jauh di sebuah pulau, dilautan Cina, barulah anda boleh memikirkan satu-satu kenangan yang lebih jauh. Mungkin boleh membawa khayalan kita masa muda-muda dulu, atau selepas berkahwin.


Mengenang kesah yang lalu patut di lakukan oleh sesorang yang bergelar muslim. Dengan mengenang masa lalu, kita dapat memperbaiki tingkah laku kita apabila dewasa kelak. Kalau kita banyak dosa, itulah masanya kita mula bertaubat kepada Allah SWT.


Kini saya berada di Pulau Sibu, Mersing. Yang saya kenangkan dalam kesah ini adalah menghadapi hari tua yang mendatang. Tentang sakit pening, tentang hidup dan mati.

Malah yang lebih penting apakah persiapan kita sebelum mati. Cukupkan amalan yang telah di lakukan? Cukupkah sedekah dan amal jariah telah kita berikan?, sudahkan kita membaca Al-Quran dan mengikut segala ajarannya? . Berapa banyak selawat atas Nabi Muhammad SAW telah kita sebutkan di bibir kita?


Pada anak-anak, isteri dan cucu, ambilah iktibar dari cerita ringkas ini untuk sama-sama kita hayati. amin...

Tingkah Laku Cucu-Cucu



Kalau dulu, anak-anak adalah tempat kita leka melayaninya. Bila sudah tua, cucu pula menganti tempat anak-anak. Sayang anak dan sayang cucu adalah satu perbezaan yang jauh. Sayang anak, selalu di marahi kerana kedegilannya. Terutama anak-anak sedang belajar. Sayang cucu lain sangat, payah hendak digambarkan dalam tulisan. Bukan ini dua saja cucu-cucu ku, malah sudah sembilan orang. Masing-masing dengan kerenah nya.


Senang cerita, jadi atuk ini memang sukar hendak memarahi cucu-cucunya walau apa yang di buatnya.. Harap satu hari nanti, cucu-cuculah yang akan menjaga atuknya yang makin lama makin tua usianya..amin.

MARAH TETAPI SAYANG....

Marah-marah tetapi sayang, sangat sukar diertikan maknanya. Biasanya kalau dah marah, tetap marah mana boleh senyum atau sayang, kalau sayang takkan nak marah. Gambar di atas sahaja yang boleh memberi makna 'marah tetapi sayang'


ANDA SOMBONG DAN PEMARAH




Jika anda seorang yang bersikap sombong dan pemarah, anda akan di ketepikan oleh sahabat-sahabat anda. Orang yang bersikap marah adalah orang yang tak ingatkan Allah. Bila anda marah, syaitan akan masuk dalam diri anda dan menguasai sikap anda.




Marah lah bertempat, agar wajah kita akan kelihatan tenang saja..

Jumat, 14 Januari 2011

SAJAK HATI

Indahnya Hati

Bila nak bertanya
hati lah tempatnya.

Bila nak merasa
hati di dahulukan.

Bila hati sakit
rasa terhiris sembilu tajam.

Bila nak berkata
lidah bertanya hati ' apa ceritanya'?

Bila nak berfikir
hati tempat rujukannya

Bila putus asa
harapan dibina berkecai sudah
hati tempat memujuk'
kembali berputik keyakinan.

Bila merindu
hati diruntun gelisan memuncak.

Bila nak beramal
hati berbunga riang
terus membenarkan.

Citra Delima
Nov. 2008

Senin, 27 Desember 2010

SAJAK 1 MALAYSIA

WANCANA KUNING DARI PERSADA

1.
Kita menyayangi kedamaian
kita merindui semangat tolerasi
dari sehelai warkah persetujuan
bernaung dibawah lambang kedaulatan

Sekaki payung kuning dibentangkan
menjadi rimbun harapan
jika panas diredupkan
bila hujan menjadi perlindungan.

Keharmonian tercapai bertolak ansur
hormat menghormati sesama sendiri
bebas bergerak ke mana pergi
tatasusila yang dikongsi adalah pelangi

2.
akhir ini, lain bicara
cuba mentafsir mengikut selera
sekaki payung kuning mula ditanya
menggugat sejahtera
seaka mahu mengundang gerhana

Telah kita belajar dari setiap peristiwa
darah dan nyawa merata-rata
tangis dan sedu serta hiba
pada ketika kita diduga
kedamaian tergadai bila bibit wasangka dinyala

3.
Kembali berdiri, bersama
di bawah sekaki payung kuning
menjadi saksi kita
berteduh bahagia selamanya.

......Hj. Mohamed Tahir Shahdan
Antologi Puisi Suara 1 MALAYSIA.
2010

Selasa, 07 Desember 2010

Sajak

Mencari Harapan

Sepanjang malam kunanti rembulan
sedang menari di ufuk timur

Sepanjang pagi kunanti ikan berlari
pada pukat sedang berlabuh
embun bermanik
pantai-pantai berlari
pasir-pasir berduka.

Mari kita bergerak kesempadan bayu
meniup sepanjang malam
batu-batu hitam
kekuningan
kekeringan.

Mari kita bergerak ke arah hayat
di jeti usang bergoyong
tiang batu kehijauan
lantaikan harapan
ketika membilang bintang
timur dan barat

Mari kita jernihkan semangkuk iman
membilang tasbih zikir
mencari harapan
dunia menjemput kematian
anak gugur ke laut
mencari karang-karang impian.


.......Hj. Mohamed Tahir bin Shahdan
Johor Bahru.