Pages

Minggu, 29 Agustus 2010

Aku DiTawaf Wada’

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: ‘ Tidak meninggalkan oleh seseorang akan Baitullahil Haram melainkan setelah Tawaf Wada’.

Tahun 1999, kami berdua menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun islam kelima iaitu menunaikan haji dan umrah di Mekah. Kala itu juga kami tidak menyangka yang pada tahun pemergian itu ialah Haji Akhbar, iaitu ukuf di arafah jatuh pada hari Jumaat. Yang kami ketahui adalah ketika kami melakukan solat Dhuha pada pada 1 zulhijah, ramai yang bersujud syukur melihatkan ketika itu pintu baitullahil Haram dibuka kepada pembesar Negara dalam upacara mencuci kaabah.

Selama 44 hari kami di Madinah dan Mekah pada ketika itu, banyak cerita-cerita menarik tidak dapat kami lupakan semasa mengerjakan haji. Salah satu peristiwa, teringin sangat hendak bersolat di hadapan kaabah, puas dicuba tetapi tidak berjaya, satu hari ketika itu solat isyak, saya keluar dari masjid melalui pintu utama King Aziz, sambil merayau-rayau, nama kereta jenazah menuju ke masjid, ramai yang cuba untuk mengusung nya, namun, nasib ada pada saya, lalu saya mengusung jenazah itu terus ke hadapan kaabah, kala itu qamat bermula, selepas saya di arahkan supaya memasuk sab hadapan , rasa puas dihati saya dapat melakukan satu tugas dan berjaya untuk solat di hadapan kaabah.

Banyak cerita lagi, tetapi hanya menjadi kenangan manis saja buat kami di tanah suci.

Akhirnya, tibalah saat tawab wada’, kami berdua melakukan selepas solat zohor sebelum bertolak balik ke Jeddah. Dalam melakukan tawaf tujuh pusingan ini, hati kami tertanya-tanya, dapatkah lagi kami berdua hadir sebagai tetamu Allah samada haji atau umrah. Selepas selesai tawaf, kami bersolat sunat tawaf dan berdoa diantara lain maksud nya: “ Ya Allah Ya Tuhanku!, Janganlah dijadikan tawaf hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali yang akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau Ya Tuhan Yang Maham Pemurah lagi Penyayang”. Dengan linangan air mata yang tidak dipaksa keluar, kami sujud dan khusyuk agar kami dapat lagi kembali ke Baitullah ini.

Terasa kerdi benar diri ini yang berada dihadapan kaabah, sesungguhnya hamba ini memang tidak mampu untuk menghadiri kembali buat kali keduanya, itulah bisikan hati kecil ini. Semuga haji kami mendapat haji yang mahbur di sisiNya.

Allah Maha berkuasa dan sayang akan hambanya ini, pada tahun 2009, selepas 10 tahun mengerjakan Haji, kami dipanggil kembali menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadat Umrah. Kami berdua sekali lagi bertikad akan melakukan dengan sebaik-baik ibadat di tabah suci. Sejumlah 14 hari kami berada di Madinah dan Mekah, banyak tempat dilawati dikala melakukan ibadat umrah kalau di bandingkan di musim haji. Diakhir sebelum bertolak ke Jeddah, air mata kami berdua tumpah dengan banyaknya di kala tawaf wada’. Memandangkan factur umur dan rezki, kami sangka inilah merupakan kali terakhir menghadirkan diri di tanah suci ini.

Lagi kami berdoa bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Penyayang, dalam doa di tawaf wada’ kala itu aku mohon panjang umur, di permudahkan rezki dan sihat selalu, maka terkabul sekali lagi kami di jemput oleh Allah sebagai tetamunya.

Tanggal 24 Julai, 2010, sekali lagi kaki ini menjijaki di tanah suci yang di temani oleh isteri dan anak lelaki. Kali ini usiaku sudah menjangkau 60 tahun, sebulan sebelum berangkat, saya di serang demam yang amat sangat, lutut kaki disebelah kiri tidak boleh dibengkuk akibat tercerdera. Solat ketika itu menggunakan kerusi saja. Dengan penuh tabah, saya terima sebagai satu hikmat yang tersembunyi yang Allah berikan. Usaha untuk berubat juga di teruskan tanpa sedikit risau pun hati ini. Rakan-rakan ramai menyangkakan , adakah mampu kami hendak melakukan ibadat di sana nanti, atau sempatkah saya kesana nanti? Hati ini juga tertanya-tanya, tetapi aku berserah kepada Allah jua. Allah yang memberi penyakit dan Allah juga yang menyembuhnya.

Terlalu banyak bersyukur aku hendak ucapkan kepada Allah SWT, setiba di Mandinah, saya beransur baik, lutut yang di basuh dengan air zam-zam telah mula lembut dan hari keduanya, saya boleh bersolat dengan sempurna. Berkat doa dari anak-anak dan rakan-rakan, sepanjang 14 hari disana , kami dapat melakukan ibadat umrah dengan sempurnanya. Tiada demam lagi, tiada sakit lagi, semuanya telah disembuh sepenuhnya oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Seperti biasa , di akhir perjalanan kami, tawaf wada’ kami lakukan dengan penoh khusyuk kepada Allah SWT. Limpahan air mata tidak terkira, sujud syukur dilakukan berulang-ulang kali mohon dapat di izinkan Allah untuk menghadirikan diri kami pada bulan Ramadan pula, tahun hadapan atau berikutnya, bergantunglah kepada rezki dan kesihatan yang Allah kurnikan kepada hamba yang kerdil ini.

Jumat, 27 Agustus 2010

Hobbi dan Ilham

Taman, merupakan hobbi sejak dari remaja dahulu, pada pokok bunga, batu, tempayan , pasu adalah sumbangan bagi mencantikkan sesebuah taman. Berbagai-bagai jenis bunga di tanam dipasu dan ditanah di perkarangan rumah.

Ia juga menjadi sumbangan ihlam bagi kita menceritakan satu keindahan ciptaan Tuhan, tempat kita memuji kejadianan ciptaan Allah SWT. Dari pokok dan hiasan ini kita boleh jadikan ilham bagi mencipta sajak dan pantun.

Ikan dalam balang penghiasan

Pergabungan antara ikan hiasan dan pasu pokok bunga juga boleh dijadikan hiasan diperkarangan rumah atau dalam rumah. Ini lah hobi ku setiap kali pulang ke rumah di Kluang.
Masa banyak di gunakan untuk membina taman yang akan juga mengeluarkan peloh pada badan kita.

Ini lah paparan ringkas yang di hiaskan dalam blog hari ini, sementara terbit idea untuk sajak dan pantun.

Minggu, 15 Agustus 2010

Diari Umrah 2101


Melawat Di sekitar Madinah Munawwarah

Lawatan Ke Ladang Kurma

Gambar kenang-kenangan di Jabal Uhud

Berdoa di makam Sadinah Hamzah

Kubah Masjid Quba

Didalam Majid Quba

Di Dataran Masjid Nabawi

Kota Madinah 25 Julai, 2010

Jam 3.30 pagi subuh, rombongan kami sampai ke Madinah Munawwarah, sebuah kota suci yang bercahaya diwaktu malam. Rasulullah bersabda, " Sesungguhnya ia adalah tanah yang aman, sesungguhnya ia adalah tanah yang aman" . Kami ditempatkan disebuah hotel yang agak selesa yang dinamakan Hotel Anwar Movenpick.

Selesai mengatur bilik, kami bersiap-saip untuk menunaikan fadhu Subuh di Masjid Nabawi, yang mana terletaknya makam Rasulullad SAW dan Raudha ( taman-taman syurga).

Selepas solat, rombongan jameah kami berkumpul bagi menjalani ziarah makan Rasulullah SAW dan Raudah.

Kota Madinah 26 Julai 2010

Awal pagi kami dibawa lawatan ke Masjid Quba dan bersolat disana. Ketika Nabi dalam perjalanan hijrahnya dari Mekah ke Madinah, beliau berhenti dirumah Kalsum ibni Al-Aus. Nabi menikatkan tali untanya disini, kemudian membangunkan masjid Quba, yaitu masjid pertama yang dibangunkan oleh nabi dan para sahabatnya di wilayah Madinah. Ayat quran surah Al-Yaubah bermaksud, "Sesungguhnya masjid yang di dirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih"

Rasulullah bersabda," Barangsiapa telah bersuci ( Berwudu) dirumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba lalu salat di dalamnya dua rakayat, maka baginya sama dengan pahala Umrah"



Rabu, 11 Agustus 2010

Diari Umrah 2010

Melakukan Ibadat Umrah 24 Julai hingga 3 Ogos 2010

Seorang anak lelaki Shahrul Azwan yang menemani kami berdua

Bergambar sebagai kenangan bersama ibunya di Muzium Mekkah

Doa Kesyukuran Apabila Selamat Sampai Ke Mekkah

Pada 24 Julai hingga 3 Ogos 2010, kami bertiga beranak ke Tanah Suci di Madinah dan Mekkah bagi menunaikan ibadat Umrah. Pemergian kali kedua umrah telah banyak memberi pengajaran buat diri kami, salah satu adalah tiga minggu sebelum pergi diri saya di syaki serangan virus yang sentiasa demam setiap hari, lutut sebelah kiri terseliut dan sukar untuk melakukan solat. Atas berkat kesabaran, saya harumi dengan berdoa keHadrat Illahi agar semua ini adalah sebagai menebusi dosa-dosa kecil ku kepada Nya.

Tiba pada tarikh nya sebelum bertolak, segala-segala baik dan sampai di Madinah kami boleh melakukan semua ibadat, hinggalah ke Mekkah semuanya berjalan dengan baik. Walaupun dibekalkan dengan ubat-ubatan, namun segalanya berjalan lancar. Disana kami sentiasa sihat dan cergas melakukan ibadat.

Ramai rakan-rakan menyatakan yang saya sukar untuk beribadat, maklumlah sebelum bertolak, badan saya pucat, susut turun 4 kilo, jalan bertongkat, namun dengan berkat doa dari rakan-rakan semua, maka Allah kabulkan dengan memberi kami sihat walfiat.

Kami selamat pulang ke tanah air pada 3 Ogos 2010 dan terus sihat sehingga hari ini, yang menyambut bulan Ramadan Al-Mubaraq, semuga amalan kami di terima oleh Allah- Amin


Jumat, 16 Juli 2010

Warkah Jingga Yang Ditemui Di Ladang Hati

Warkah jingga yang ditemui di ladang hati
menyimpan seribu cerita
disebatang jalan terbentang antara kita
tanpa hala tuju
serangkai doa melengkap di angin yang dingin
berubah tanpa kehendak kita

Tiba-tiba, warkah dibuka dengan wangi setia
kesah zaman gelap yang kehilangan cahaya
yang dulu menyanyi
daun dan dahan bergoyong
membaca hati kita

Warkah dibaca kesah kemarau cinta
bertandang menutup budi bicara
ketenangan punah dimamah waktu itu
menelan madu dirasakan hempedu

Sebuah jalan panjang di antara kita
yang tertutup tanpa tanda
hanya kau dan aku terperangkap dalam kegelapan
menghitung waktu mundar pelahan
sekuntum mawar mengembang dipagar berduri
sekarang tumbuh kembali dihati

…….Mohamed Tahir bin Shahdan
Julai, 2010

Sabtu, 10 Juli 2010

Dari Jendela

Dari jendela pagi yang terbuka
kita sering lihat embun
bersinar bersama mantari
kering di pohon harapan
dikala sinar menyala
ungas-ungas terbang berpasangan
di awan biru

Dari jendela senja
sinar matahari berwarna jinga
melambai siang, menjemput malam
unggas pulang ke sarang
bersama anak dan keluraga

Dari jendela terbuka
ada ombak dan gelombang
ada ribut dan taufan
melanda di padang peristiwa
mencari di persisiran pantai
mencari nikmat ketenangan

Dari jendela mata dibuka
melihat janji-janji perjuangan
hayat mentafsirkan
dalam kehidupan
manusia dan api perjuangan

......Citra Delima

Membaca Buku Sejarah Madinah Dan Mekah

Tinggal 13 hari lagi, kami bertiga beranak akan berangkat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadat umrah. Sebagai persiapan awal, kami membaca dua buah buku karangan Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani berjadul "Sejarah Madinah" dan " sejarah Mekah". Ini adalah sebagai melengkapi diri untuk menghayati perjuangan Rasul SAW yang membuka dan memajukan kota Madinah dan Mekah. Apa yang lihat sekarang adalah hasil dari perjuangan Rasul SAW. Kalau dihayati dua buku sejarah ini dapatlah kita mengetahui bagaimana peritnya Rasul SAW menghadapi banyak dugaan dari orang kafir.

Buku ini juga ada menceritakan tempat-tempat yang bakal jameah umrah lawati semasa berada di sana, seperti sejarah masjid Nabawi, Makam Nabi SAW dan para sahabatnya, lain-lain masjid bersejarah, Jabal Uhud dengan sejarah perang Uhud, kabilah Ansar, sumur-sumur di Madinah dan banyak lagi dimuatkan dalam buku ini. Bagi di Mekah, digambarkan sejarah tempat dan masjid miqat ihram, kiswah kaabah, sumur zam-zam , bukit Shafa dan Marwa, mina, muzdalifah, arafah, masjid Haram dan kesah Gua Hira dan Gua Tsur.

Dengan membaca buku ini, kami berharap dapat menghayati apabila kita berada ditempat yang baik untuk kita berdoa dan menyampaikan doa-doa yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat kami.

Kamis, 01 Juli 2010

Iman Dan Agama

" Iman dan Agama" sebagai harta yang sangat bernilai merupakan rahmat yang penting dari Allah S.W.T., untuk manusia. Nilainya melebihi harta yang lain di dunia. Kehilangan harta boleh diganti, tetapi kehilangan iman dan agama sebagai harta yang paling bernilai, tidak boleh dicari ganti. Semuga kita semua kekal dalam keimanan dan berada dalam agama yang diredai-Nya.

Jika kehilangan harta, jangan berduka
jika papa jangan kecewa
jika kehilangan harta boleh diperolehi dengan usaha
bukan hilang sebenarnya.
kehilangan sebenar adalah kehilangan iman dan agama
tidak boleh diganti darinya.

Renung-renungkan lah wahai Insan...