Pages

Selasa, 12 Januari 2010

Motivasi Diri


Jangan Berdukacita Jika Diri Anda Dikritik , Dibenci Dan Dicerca
( Petikan dari La Tahzan )

Sesungguhnya kesabaran anda menghadapi kritikan, bencian dan cercaan itu sentiasa diambil kira, dan anda akan beroleh ganjaran yang setimpal. Dan Kritikan mereka itu, pada dasarnya pertanda bahawa anda mempunyai harga dan darjat yang tinggi dan mulia. Kerana manusia tidak akan menendang anjing yang telah mati atau mencaci orang-orang yang tidak berharga pastinya tidak akan terkena sasaran pendengki. Dengan lain perkataan, jikalau kritikan, bencian dan cercaan yang anda terima semakin pedas maka semakin tinggi pula harga diri anda. Kata-kata pujangga ‘ Nescaya terhadap orang-orang mulia itu selalu ada yang mendengki dan tidak akan engkau temui orang-orang yang hina itu di dengki’

Jika seseorang berjaya
mencapai puncak langit kemuliaan
musuhnya adalah bintang-bintang
di langit kedengkian

Ia akan dibaling dengan busar-busar
atas semua kebesarnnya
sekalipun apa yang mereka lakukan
tidak akan sampai ke sasaran

Renungan Pagi Ini


RENUNGILAH ….

La ilaha illallah, ertinya tidak ada yang patut disembah selain Allah, sebab Dia mempunyai sifat-sifat uluhiyyah yang tidak dimiliki oleh selain Allah. Iaitulah sifat-sifat kesempurnaan.

Letak kekuatan dan rahsia kalimat ini ada di dalam hati iaitu perasaan yang menempatkan Allah Yang Maha Terpuji, Yang Maha Kudus, Yang Maha Tinggi Nama-Nya, Yang Maha Mulia, tiada Tuhan selain Dia, sebagai satu-satunya nama dalam cinta dan pengagungan, dalam takut dan harap, dalam tawakal dan taubat, dalam segan dan malu.

Tidak ada seorang pun yang dicintainya selain Dia. Dan kecintaannya kepada selain Allah merupakan akibat dari kecintaannya kepada Allah dan dijadikan sebagi alat untuk semakin banyak mendapat cinta-Nya. Hanya Dia yang ditakuti dan diharapkan, hanya Dia tempat bertawakal, hanya Dia tempat untuk segan, hanya Dia tempat sungkan, hanya dengan nama-Nya sumpah itu boleh diucapkan, hanya Dia tempat bertaubat, hanya perintah-Nya yang ditaati, hanya Dia tempat meminta bantuan dalam segala kesusahan, hanya Dia tempat mengemukakan apa sahaja, hanya kepada-Nya tempat bersujud, dan tidak boleh menyembelih kecuali dengan menyebut nama-Nya.

Renungilah! ALLAH itu adalah untuk orang-orang Islam yang beriman.

Minggu, 10 Januari 2010

Sajak Minggu Ini

Mencari Petunjuk Pada Setiap Penjuru

Menterjemah kesabaran
membaca kompas komplikasi
mencari petunjuk pada setiap penjuru
tempat sujud pengabadian
saat muazim menyeru .........

...... mentari menyembunyikan panasnya
bintang-bintang pun bersama
sujud tanpa ragu
petunjuk telah bersinar di setiap penjuru.

Persiaran Delima 2, Kluang
10 Januari 2010

Membina Landskap

Pokok berpasu di atur dengan hiasan tempayan tempat rehat

Kolam ciptaan sendiri, mencari kepuasan dari jeritan suara air

Warna memainkan peranan dalam keindahan landskap

Setiap hari minggu kami pulang ke rumah kediaman di Taman Delima 2 Kluang. Menjadi rutin, untuk mencari peloh kami mengubahsuai kedudukan pasu-pasu bunga untuk dijadikan satu susunan landskap. Bukan kepakaran seperti ahli landskap yang bermutu, kami sekadar mencari kepuasan mata memandang. Tanpa plan tertentu, kami hanya menyusun atur pasu-pasu bunga mengikut kehendak hati sendiri. Kolam ikan pun hanya menggunakan plastik, kami hiaskan seperti kolam, dengan bunyian pancutan air yang menurun dalam kolam sudah menjadi satu aroma sedap telinga dan ikan-ikan koi yang jinak dan manja.

Setelah penat waktu pagi dan petang, malamnya kami bersantai ditaman, membawa kertas catatan bagi menggores atau melakar lukisan atau sajak. Malam juga di abadikan dalam tangkapan kemera untuk album blog.

Kamis, 07 Januari 2010

Catatan Di Rumah Limas

Hari ini adalah hari Jumaat minggu pertama dalam tahun 2010. Kami menghadiri majlis membudaya Al-Quran sepertimana lazim dijalankan di semua jabatan di negeri Johor. Majlis dimulakan dengan zikir Hasma Al-Husna dan selawat yang dibawa oleh seorang ustazah di jabatan berkenaan, kemudian bacaan Al-Quran dan terjemahannya yang mana diikuti oleh hadirin yang hadir. Hari ini ada pula hajat membaca tahlil arwah atas permintaan dua orang kakitangan yang menyambut hari jadi dan mengadakan jamuan.
Semasa jamuan disajikan banyak cerita-cerita juga disajikan bersama.

" Ustaz, kenapa dalam doa tidak dimasukkan doa supaya mudah berpoligami?" tanya seorang dari mereka di meja makan. Cerita sahaja poligami, maka timbullah cerita kesah seorang yang bergelar 'Bung' yang berpoligami dengan seorang artis yang sedang top nama. Masing-masing mengeluarkan pendapatan pro dan kontranya berpoligami. Yang aneh dan menariknya, sekumpulan wanita yang sama semeja menyukong penoh lelaki dewasa berpoligami kerana memandangkan kelebihan bilangan wanita sekarang lebih ramai dari lelaki. Ustaz mencelah dan menyatakan bahawa doa untuk berpoligami tidak boleh disebutkan dalam doa beramai-ramai, kerana dikuatiri pada minggu depan akan ramailah isteri-isteri kita menunjuk perasaan di perkarangan rumah limas, jenuh hendak mengamankan. Sehubungan itu, ustaz mencadangkan semasa beliau membaca doa, tokok tambahlah doa berkenaan dalam hati masing-masing. Kerana masa majlis semulia ini, malaikat akan mengangkat semua doa yang dipohon kala itu. Dua orang kakitangan yang dari mula tidak menyampuk cerita poligami pun bersuara. " Sebab itulah saya duduk diam saja, kerana perbualan anda semua merupakan doa, jadi saya mengaminkan saja dalam hati" pecah gelak berderai dimeja pada ketika itu.

"Bijak...bijik...bijak awak ini, tak perlu berkata-kata ,mudah-mudahan doa dikabulkan hendaknya" celah seorang dari mereka di meja makan itu.
"Amin.. amin.. sudah ditakdirkan berpoligami , terima lah saja" jawabnya sambil menyuruh ustaz membaca doa penutup.

Majlis selesai dengan ustaz membaca doa penutup.

Sajak-Sajak Terbaru

Bila Hati Ini Berbisik

Semalam kau yang mencuri tidurku
ketika mimpi yang sedang melamar
yang ceritanya telah terpadam
pada hati ini berbisik dendam.........

Rindu Padamu

...... kala rinduku, 'kan kutelan cahaya itu
sinar pagi pada hati pilu
untuk menawarkan cinta
pada waktu yang tak sabar menunggu

Januari 2010

Minggu, 03 Januari 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Bersalam-salam dengan kenalan lama
Isteri bersama abang dan adiknya

Mempelai Sedang Bersanding

Selamat Pengantin Baru Buat Anuar Zamir & Nur Azimah

Pada 2 Januari 2010, adalah hari persandingan buat Anuar Zamir dan Nur Azimah, anak sudara kami di Mersing. Majlis di jalankan dengan meriah dan dapat berjumpa kenalan lama semasa kerja di Mersing. Nama-nama yang ditemui adalah Cik gu Md. Diah & Isteri, Hj. Ishak & isteri, Cik gu Razak, Addnan, Tijah & suami, Salleh & isterinya Aminah, Ibrahim, Daud dan banyak lagi yang tidak dapat kami sebut. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Selamat menerima menantu buat Hj. Malham dan Siti Aisah. Gambar kenangan untuk tatapan suasana pada hari tersebut.