Pages
Rabu, 07 Mei 2014
Senin, 22 Juli 2013
RAMADAN DI KOTA SUCI MEKAH
Pancaran Lesar dari Menara Jam Utama
Suasana di bahagian luar masjid Haram
CITRA DELIMA
Mekah : 1 Ramadan 1434.
JEMAAH kami sampai ke Mekah pada 25 Sya’ban. Malam Jumaat, kota Mekah mulai sesak dengan jameah lain yang mula berkumpul untuk menanti ketibaan Ramadan 1434H. Malam Jumaat, ketika melakukan tawab pun sudah terasa ramai, tambahan pula angkara sibuk kerja-kerja pembangunan di dataran ka’abah.
Dataran ka’abah dirasakan bertambah sempit, mungkin juga malam jumaat dan hampir tiba menyambut Ramadan. Hampir satu jam kami selesai tujuh pusingan tawab umrah dan bergerak ke bukit Safar untuk melakukan saie dan terus bertahlul pada malam itu juga. Sampai ke bilik penginapan lebih kurang jam 2.00 pagi.
Ramai menjangka puasa di Mekah jatuh pada hari selasa 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syabaan 1434H. Ramalan kami meleset, kebetulan selepas asar kami melakukan tawaf umrah kedua, cuaca Mekah di kala itu redup dan berawan. Dengan dengan factor itu, anak bulan Ramadan tidak dapat di lihat.
Pancaran Lesar dari Menara Jam Utama
Pada malamnya, sebelum waktu maghrib menara jam di Mekah tiba-tiba berkelip-kelip dengan pancaran leser yang begitu kagum, rupanya itulah tanda orang-orang di Kota Mekah pada malam itu akan melakukan solat tarawikh. Inilah yang menjadi kami semua kagum dan jauh berbeza kedaannya di tanah air kita. Jameah mula berpusu-pusu masuk ke masjid Haram bermula jam 5.00 petang. Kami tiba ketika itu, ramai askar mengawal setiap laluan dan pintu-pintu utama. Memang sukar untuk mendapatkan tempat ketika itu, walaubagaimana pun, akhirnya dapat juga kami masuk ruang masjid atas belas ikhsan askar yang melihakan kami ini jameah dari Malaysia. Malaysia bagus….Malaysia bagus…itulah satu tip yang kami dapat masuk ke masjid melalu pintu King Aziz. Malam itu kami berjaya melakukan solat tarawikh yang di imamkan oleh imam utama masjid Mekah. Terharu ada kalanya imam menangis dalam membaca surah-surah.
Ramadan di sini terasa amat membahagiakan. Seluruh umat manusia tidak memikirkan sangat tentang juadah berbuka puasa. Berbeza sangat kalau dibandingkan suasana di Malaysia. Yang penting adalah kurma dan air zam-zam. Lain-lain adalah seperti roti, laban (susu), air jus dan kopi atau teh Arab. Hanya orang yang biasa saja boleh minum teh Arab kerana rasanya berempah sikit.
Suasana di bahagian luar masjid Haram
Pada hari pertama berbuka puasa di sini, suasana berbuka di masjid haram sungguh mariah. Di dalam masjid mau pun di bahagian luar, diantara setiap saf dibentangkan dengan safrah plastic untuk tujuan hidangan juadah berbuka.
Kami bersendiri pada hari pertama berbuka, dalam perjalanan dari tempat penginapan ke masjid, suasana berebut orang-orang kaya Arab memyampaikan makanan untuk setiap mereka yang ke masjid. Yang dibekalkan adalah kurma, air botol, laban, roti dan saya bernasib baik dibekalkan nasi mandy ayam dalam bekas plostrin.
Sampai di dataran, masing-masing memperlawa kita duduk. Rupanya setiap petak yang kepong dengan bongkah plastic hijau itu ada satu syarikat dan dilain berbeza syarikat yang menbekalkan makanan percuma berbuka puasa. Di sini anda boleh pilih tempat yang anda inginkan. Asalkan ada tempat boleh kita duduk untuk berbuka puasa.
Masa azan Maghrib, maka berbukalah kami semua mengikut sunnah Nabi iaitu tiga biji kurma bersama dengan beberapa gelas air zam-zam. Lepas itu, kami bergerak kedalam masjid untuk mencari tempat bersolat.
Suasana begini , tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mampu bersyukur di atas peluang yang Allah SWT berikan. Seluruh umat Islam serata dunia mengarahkan sujudnya ke kaabah dan kami sungguh banyak bersyukur, dalam usia begini, cita-cita kami terkabul untuk menghadirkan diri kami menyambut puasa di tanah suci Kota Mekah.
Untuk Arwah Mak dan Arwah Abah pasti terharu,kerana niat kami ke Mekah, segala amalan yang kami lakukan adalah hadiah pahalanya kepadanya. Baik umrah, solat, sedekah dan amalan-amalah lain adalah untuk kami hadiahkan untuk nya. Semuga Allah swt memberkati usaha ini dan mendapat keredahan dari Nya….Amin
Mekah : 1 Ramadan 1434.
Kamis, 19 Januari 2012
Darah Tinggi
DEFINISI
Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri.Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, dimana tekanan yang abnormal tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya resiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerusakan ginjal.
Pada pemeriksaan tekanan darah akan didapat dua angka. Angka yang lebih tinggi diperoleh pada saat jantung berkontraksi (sistolik), angka yang lebih rendah diperoleh pada saat jantung berelaksasi (diastolik).
Tekanan darah ditulis sebagai tekanan sistolik garis miring tekanan diastolik, misalnya 120/80 mmHg, dibaca seratus dua puluh per delapan puluh.
Dikatakan tekanan darah tinggi jika pada saat duduk tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih, atau keduanya.
Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.
Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam kisaran normal. Hipertensi ini sering ditemukan pada usia lanjut.
Sejalan dengan bertambahnya usia, hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sampai usia 80 tahun dan tekanan diastolik terus meningkat sampai usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau bahkan menurun drastis.
Hipertensi maligna adalah hipertensi yang sangat parah, yang bila tidak diobati, akan menimbulkan kematian dalam waktu 3-6 bulan.
Hipertensi ini jarang terjadi, hanya 1 dari setiap 200 penderita hipertensi.
Tekanan darah dalam kehidupan seseorang bervariasi secara alami. Bayi dan anak-anak secara normal memiliki tekanan darah yang jauh lebih rendah daripada dewasa.
Tekanan darah juga dipengaruhi oleh aktivitas fisik, dimana akan lebih tinggi pada saat melakukan aktivitas dan lebih rendah ketika beristirahat.
Tekanan darah dalam satu hari juga berbeda; paling tinggi di waktu pagi hari dan paling rendah pada saat tidur malam hari.
Rabu, 18 Januari 2012
Sahabat Dan Kawan-Kawan Zaman Persekolahan
Akhir-akhir ini kami dapat bertemu kembali rakan-rakan persekolahan tahun 60an. Sekolah kami, Sekolah Dato' Amar Diraja Muar di buka tahun 1964. Dengan usaha seorang rakan yang sekarang ini bergelar Dato', maka banyak perjumpaan telah kami anjurkan. Antaranya pada hari raya tahun 2011, hampir 200 orang bekas pelajar dapat ditemukan. Dan disetiap jemputan kerja kahwin ada sebahagian yang dijemput, kami bermesra disana. Bergambar dan berpeluk-pelukan tanda mesra terikat dizaman persekolahan. Disinilah kami dapat tahu ada kalangan sahabat kami telah kembali ke rahmatullah, ada yang sedang sakit . Dari riak muka, hampir mereka yang kita temui semuanya sudah berumur 60 tahun keatas. Ada yang masih sihat, tetapi maklumlah sihat orang yang berusia senja.
Baru hari ini, saya dikejutkan lagi dengan mendapat masej yang salah seorang dari sahabat kami telah meninggal dunia pada 18 Januari 2012. Apabila kami sebarkan melalui fb, maka ramailah menyampaikan takziah dan al-fatihah kepada arwah. Inilah kelebihan apa yang kita perolehi dari teknologi baru. Cepat disampaikan berita seandainya ada berita terbaru. Begitulah agaknya apabila kena pada diri kita, maka ramailah sahabat kita akan menghadiahkan al-fatihah dan takziah.
Semuga usaha murni ini berjalan dengan lancar dan banyak mendatangkan kebaikan kepada kita semua.
Selasa, 17 Januari 2012
SENJA PADA USIA
Senja sentiasa tiba, saban hari apabila matahari hendak menyurukkan dirinya dari bertugas sepanjang siang. Adakala senja mengeluarkan warna yang cantik,iatu merah jingga, adakala senja muram tiada warna akibat awan tebal dikala hari hendak hujan.
Begitulah kedaan kita senja pada usia. Kadang kala sihat dan menyegarkan dan adakalanya sakit dan murung. Usia senja banyak bergantung kepada kesihatan kita. Apa yang kita makan setiap hari, apa yang kita lakukan setiap hari. Bukan setakad makan saja, kesannya juga ada pada amalan kita setiap hari. Adakah kita melakukan amalan ibadat yang di suruh oleh Allah swt atau sebaliknya. Kalau kita sentiasa mendekati diri kita dengan Allah, maka senja kita akan cerah dan berwarna warni. Andainya disebaliknya,kita akan muram dan murung warna warna senja itu.
Senja pada usia adalah satu usia bagi mengingatkan kita hari kematian. Mungkin senja hari ini kita dapat melihatnya dan esuknya kita tidak dapat melihat lagi senja itu.
Senja mempunyai erti tersendiri buat mereka yang telah tiba usia senja.
Senja itu cerah dan cantik jika kita pandai menwarnakannya.
GAMBAR DENGAN SENYUMAN MESRA
"Walau apa jua teknik komunikasi yang anda miliki, anda tidak akan berjaya sekiranya masih ada sikap sombong dan bongkak dalam diri anda. Ia mesti diganti dengan sikap rendah diri dan saling hormat menghormati"
Rungkaikan Benang Yang Berserabut
Saya teringat seorang guru sejarah saya semasa di tingkatan lima. Beliau mengatakan bahawa otak manusia seperti benang juga. Apabila ia kusut, anda tidak tahu apa yang perlu dibuat. Berserabut. Jadi, bagaimana hendak menghilangkan tekanan ini? Pasti anda mesti merungkaikannya terlebih dahulu. Bagaimana? Dengan mengenal pasti setiap apa yang terbuku dalam otak dan 'rungkaikan' dengan menuliskannya satu persatu di atas kertas. Kemudian anda pasti dapat menjawabnya ?
Buat renungan.
Senin, 16 Januari 2012
Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Menuntut ilmu dengan ikhlas ialah suatu ibadah yang disukai Allah. Alangkah ruginya jika kita hanya mampu menuntut ilmu kala usia tua setelah bersara, tetapi tidak menanfaatkan usia muda ketika masih bertenaga dan tajam minda. Sedangkan sepanjang hidup ini, kita memerlukan panduan agama untuk memimpin diri.
Jangan sampai rasa tersindir apabila ada orang terkejut apabila kita tidak tahu perkara asas dalam Islam. Jangan sampai rasa malu apabila anak sendiri yang menegur kesalahan kita dalam beragama. Belajarlah tentang agama sepanjang hayat kita.
Dengan mempelajari agama, kita akan dianugerahkan kefahaman dalam beragama. Kefahaman itu menjadi tiket untuk kita mendapatkan kebaikan daripada Allah. Bayangkan jika sepanjang hidup, kita sentiasa dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat Allah. Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada kita mafhumnya: "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama". (Riwayat al-Bukhari)
Menuntut ilmu dengan ikhlas ialah suatu ibadah yang disukai Allah. Alangkah ruginya jika kita hanya mampu menuntut ilmu kala usia tua setelah bersara, tetapi tidak menanfaatkan usia muda ketika masih bertenaga dan tajam minda. Sedangkan sepanjang hidup ini, kita memerlukan panduan agama untuk memimpin diri.
Jangan sampai rasa tersindir apabila ada orang terkejut apabila kita tidak tahu perkara asas dalam Islam. Jangan sampai rasa malu apabila anak sendiri yang menegur kesalahan kita dalam beragama. Belajarlah tentang agama sepanjang hayat kita.
Dengan mempelajari agama, kita akan dianugerahkan kefahaman dalam beragama. Kefahaman itu menjadi tiket untuk kita mendapatkan kebaikan daripada Allah. Bayangkan jika sepanjang hidup, kita sentiasa dilimpahi dengan kebaikan dan rahmat Allah. Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada kita mafhumnya: "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama". (Riwayat al-Bukhari)
SAJAK MINGGU INI
Dua Wajah
Dua wajah bersapa mata di pantaran
mengunyah mesra dengan kelazatan
tetawa manja mengiris wajah
bersama kawan-kawan sedarjah
Kedengaran gerimis menitis
irama bermesra
seteguk cerita dibuai kenangan
bertanya tentang kehilangan
Usah diteguk manisan dilaman
damai menanti persembahan
puisi dan syair kerinduan
Pergilah warna pelangi - pergilah hujan
coretan hidup di sebuah taman
bulan bersanding dihujung malam
senandung lagu gembala
doa restu mengiringi salam
perjalanan berhijrah dari usia silam
penuh warna warni kehibaan.
Mohamed Tahir Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru
GEMBIRAKAN HATI IBU DAN AYAH
Gembirakan hati ibu dan ayah anda semasa ada hayatnya dengan berkomunikasi dengan bahasa yang sopan. Hubungan yang hebat terjaga antara si anak dengan Allah s.w.t akan terlahir dengan halus dan sopanya dalam hubungan dia dengan orang lain.
Andainya mereka sudah tiada, doa anak yang soleh dan solehah akan menjadi teman yang paling menggembirakan ibu bapa di alam barzakh selain sedekah jariah dan ilum yang dimanfaatkan. Setiap ketika ibu bapa ternanti-nanti hadirnya doa dari anak yang soleh.
Andainya mereka sudah tiada, doa anak yang soleh dan solehah akan menjadi teman yang paling menggembirakan ibu bapa di alam barzakh selain sedekah jariah dan ilum yang dimanfaatkan. Setiap ketika ibu bapa ternanti-nanti hadirnya doa dari anak yang soleh.
Kedamaian Untuk Orang Yang Menurut Hukum Allah
Adapun orang yang hidup bersama hukum Allah, maka ia akan sentiasa hidup dalam kedamaian. Harta dan kedudukan duniawi tidak pernah menyedihkan hatinya kerana mereka hidup berdasarkan kehendak Allah s.w.t.
Apa yang ditakdirkan diterima dengan penuh reda dan ikhlas. Mereka telah berada di dalam syurga sebelum meninggalkan dunia ini.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga Allah dan menyelamatkan kita daripada kondisi ahli neraka. Amin Ya Rabbal'alamin.
Buat renungan diri sendiri..
Apa yang ditakdirkan diterima dengan penuh reda dan ikhlas. Mereka telah berada di dalam syurga sebelum meninggalkan dunia ini.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga Allah dan menyelamatkan kita daripada kondisi ahli neraka. Amin Ya Rabbal'alamin.
Buat renungan diri sendiri..
Selasa, 21 Juni 2011
Wajah Terbaru Selepas Dapat Turunkan Berat Badan Hampir 10 Kilo
Boleh dikatakan setiap malam demam menyerang, sejuk-sejuk badan, apa yang boleh kami buat hanya makan panadol saja , lepas kebah, kami boleh bekerja. Nak cuba hidup tanpa pil yang mengandungi bahan kimia, yang menjadi kesan sampingan pada badan kami. Kami hanya makan Lacto-5 sabagai mencegah gastrik, dan berbakam mengikut sunnah Nabi sekiranya sakit kepala.
Alhamdulillah, sekarang berat badan berkurangan, hanya letih-letih sahaja. Amin
Anak-Anak Yang Mengelarkan Kita Sebagai Ayah
Tuan Azhar bin Wagi, merupakan salah seorang anak yang memanggil diri ini sebagai ayah. Tekunnya, pada setiap pagi jumaat dia akan menghantar mesej melalui telefon bimbit mendoakan kesejahteraan kami berdua.Orang yang pelembut, bertugas sebagai mutawil disebuah syarikat mengerja umrah dan lawatan.
Semuga beliau akan kekal dengan ikhlas menyampaikan doa untuk kami berdua..amin
Persandingan Anak Yang Terakhir Buatku
Ini adalah anakku lelaki yang terakhir mendirikan rumah tangganya. Tiada lagi anak yang belum berkahwin. Kalau ikut seronoknya, menyesal juga ada anak sedikit, tetapi Alhamdulillah, sedikit pun tidak menyusahkan diri ini.Lama juga dia membujang, jangka umur 27 tahun baru diijabkabul sebagai seorang suami. Tetapi sebelum berkahwin, sempat juga dia membawa ayah dan emaknya menunaikan umrah pada Tahun 2010.
Kami ucapakan terima kasih, jadikan tanah suci yang dikunjungi itu sebagai bekalan untuk membimbing keluarga kearah yang lebih baik. Amin..amin
Dapatkan Harapan Ku Untuk Mengerjakan Umrah 2011?
Tahun 2011, adakah cita-cita tercapai untuk menunaikan umrah sekali lagi? Inilah persoalan dalam benak ku. Setiap waktu selepas solat aku baca 10 kali selawat haji, katanya untuk memudahkan kita ke sana. Cadangan hendak ke sana untuk menyambut 1 minggu berpuasa di sana, tetapi akhir-akhir ini, diriku ini terasa kurang sihat. Terlalu kerap sakit-sakit seperti demam, gistrik dan lain.
Satu masa, diri kami terasa kebas separuh badan. Alhamdullilah, selepas diurut kami sihat kembali. Rasa-nya terlalu banyak masalah hendak kesana. Tanya ustaz dalam hal ini, katanya lebih baik jaga kesihatan dulu, bila dah baik nanti, terus buat haji ke dua. Amin...Amin ..Amin
Mengenang Kesah Yang Lalu
Mengenang kesah yang lalu patut di lakukan oleh sesorang yang bergelar muslim. Dengan mengenang masa lalu, kita dapat memperbaiki tingkah laku kita apabila dewasa kelak. Kalau kita banyak dosa, itulah masanya kita mula bertaubat kepada Allah SWT.
Kini saya berada di Pulau Sibu, Mersing. Yang saya kenangkan dalam kesah ini adalah menghadapi hari tua yang mendatang. Tentang sakit pening, tentang hidup dan mati.
Malah yang lebih penting apakah persiapan kita sebelum mati. Cukupkan amalan yang telah di lakukan? Cukupkah sedekah dan amal jariah telah kita berikan?, sudahkan kita membaca Al-Quran dan mengikut segala ajarannya? . Berapa banyak selawat atas Nabi Muhammad SAW telah kita sebutkan di bibir kita?
Pada anak-anak, isteri dan cucu, ambilah iktibar dari cerita ringkas ini untuk sama-sama kita hayati. amin...
Tingkah Laku Cucu-Cucu

Kalau dulu, anak-anak adalah tempat kita leka melayaninya. Bila sudah tua, cucu pula menganti tempat anak-anak. Sayang anak dan sayang cucu adalah satu perbezaan yang jauh. Sayang anak, selalu di marahi kerana kedegilannya. Terutama anak-anak sedang belajar. Sayang cucu lain sangat, payah hendak digambarkan dalam tulisan. Bukan ini dua saja cucu-cucu ku, malah sudah sembilan orang. Masing-masing dengan kerenah nya.
Senang cerita, jadi atuk ini memang sukar hendak memarahi cucu-cucunya walau apa yang di buatnya.. Harap satu hari nanti, cucu-cuculah yang akan menjaga atuknya yang makin lama makin tua usianya..amin.
MARAH TETAPI SAYANG....
ANDA SOMBONG DAN PEMARAH

Jika anda seorang yang bersikap sombong dan pemarah, anda akan di ketepikan oleh sahabat-sahabat anda. Orang yang bersikap marah adalah orang yang tak ingatkan Allah. Bila anda marah, syaitan akan masuk dalam diri anda dan menguasai sikap anda.
Marah lah bertempat, agar wajah kita akan kelihatan tenang saja..
Jumat, 14 Januari 2011
SAJAK HATI
Indahnya Hati
Bila nak bertanya
hati lah tempatnya.
Bila nak merasa
hati di dahulukan.
Bila hati sakit
rasa terhiris sembilu tajam.
Bila nak berkata
lidah bertanya hati ' apa ceritanya'?
Bila nak berfikir
hati tempat rujukannya
Bila putus asa
harapan dibina berkecai sudah
hati tempat memujuk'
kembali berputik keyakinan.
Bila merindu
hati diruntun gelisan memuncak.
Bila nak beramal
hati berbunga riang
terus membenarkan.
Citra Delima
Nov. 2008
Bila nak bertanya
hati lah tempatnya.
Bila nak merasa
hati di dahulukan.
Bila hati sakit
rasa terhiris sembilu tajam.
Bila nak berkata
lidah bertanya hati ' apa ceritanya'?
Bila nak berfikir
hati tempat rujukannya
Bila putus asa
harapan dibina berkecai sudah
hati tempat memujuk'
kembali berputik keyakinan.
Bila merindu
hati diruntun gelisan memuncak.
Bila nak beramal
hati berbunga riang
terus membenarkan.
Citra Delima
Nov. 2008
Langganan:
Postingan (Atom)








