Pages

Senin, 31 Mei 2010

Sajak Penyejuk Hati

Serangkap Sajak Penyejuk Hati

Rubb, kau berikan kami satu harapan
terhias dari ajenda hari ini
kami terima sepuluh jari
tersusun habis dari sabda nabi.

Kau duga kami dengan kehibaan
dari hamba mu terima ketentuan
agar pohon sabar meredup hidupku
mengambil kehijauan mulia mu.

Serangkap sajak penyejuk hati
bibir, lidah, kalbu dan hati seputih doa ini
bertalian panjang
bersimpul insaf
keranaa hamba ini seorang insan lemah berdiri
Engkau menguasai langit dan bumi....

Citra Delima

Selasa, 18 Mei 2010

Sajak Khas Untuk W.B. Rendra


Dari Mazhab Cinta Ke Mazhab Setia
kau tercipta untuku...
yang menyimpul seutas ikatan.......

di pamer ke muara pelamin
simfoni dua jiwa
gerbang harapan....
ada harapan yang pasti tiba
mahligai bahagia...

Citra Delima, Johor Bahru

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Anak Dan Menantuku Seorang Guru- Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru diucapakan kepada semua guru-guru yang pernah mengajar dari kecil hingga sekarang. Guru banyak memberi sumbangan dan pengorbanan mereka dalam bidang perguruaan, berkhidmat dan berjasa kepada negara dengan memberikan lebih banyak komitmen serta dedikasi dalam bidang pendidikan. Gulungan guru ini perlu dihargai kerana kegigihan mereka dalam memberi ilmu kepada anak banga seterusnya membentuk golongan pelapis menjadi insan yang berguna. Anak dan menantu ku adalah seorang guru. Semuga sumbangan mereka ini akan diberikan ganjaran di dunia dan akhirat. Selamat hari guru kepada semua guru di seluruh negara yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap masyarakat.

Jumat, 14 Mei 2010

SAJAK SEPI

Sepinya Di Sini

Sepinya
di sini, sendiri
menunggu bila hujan tiba
tidak ada deraian kata
tidak ada gelak tawa

Sepinya
di sini, sendiri
menunggu gerimis tiba
tidak ada langkah
berjalan
tidak ada sentuhan
tidak basah badan dan tangan

Sepinya hari ini
tidak ada dendangan
menunggu angin berhembus
pada sejarahnya sendiri.

Sepinya hari ini
mungkin unggas liar sedang beraja
kelaparan
kebuluran
mencari siapa mangsa

ada burung-burung yang telah pergi
menyelam waktu-waktu meronakan warna
entah air mata, kepedihan
ketertindasan
pada jalan yang panjang lagi.

.........Citra Delima
Jumaat 14 Mei 2010, Johor Bahru

SAJAK

Cinta Yang Tidak Terlafaz

Cinta padanya: semerbak mawar
pada kelopaknya, mengamik memori
wangi menyusuk kalbu
tak terurai, walau kelopak merahnya gugur

cinta yang tidak terlafaz
kilauan mawar di embun pagi
yang dibisik pada naluari
gema pada angin berlari

cinta padanya, mengikut desiran nafas
risau hembusnya di bibir sabar
hidu wangi mawar waktu cinta harapan
yang malu-malu kesepian
untuk melafaz cinta
mengulir mengikut hari-hari
yang tak pernah sabar

kan dicelupkan cinta itu pada dada
genap hitungan malam dan fajar
maka selesailah cinta yang tidak terlafaz.

........Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

Kamis, 13 Mei 2010

SAJAK

Berpuisi Di Taman Citra

Berpuisi di taman citra
kita semai kehijauan di persada indah
ketika tengadah di langit cahaya
penyair dengan puisinya
menyemai benih bersamanya.

berpuisi di taman citra
bersama kabus gerimis mengetuk jendela
yang hanyut di arus takdir
pada percikan air mata
membuih segala misteri duka.

Kan dijadikan lambang rindu dan mesra
ibarat tangkal segumpal tali
yang menakjubkan dan terlara
mengikat rahsia di lantera perjuangan kita.

Berpuisi di taman citra
disatukan jiwa nurani berkata
pada belukar resah
pada lengkingan didengar
pada tiap kutub dunia, dan
pada lengkok sungai dan jalan.

Berpuisi di taman citra
bagai kerawang
menenun awan dilangit indah.

.......Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

SIKAP

Kuliah Blog Hari Ini

Diriwayatkan dari Asma'binti 'Umais r.a, katanya:"Baginda Rasul telah berkata kepadaku:"Tidakkah pernah aku ajarkan kepadamu kalimah yang boleh engkau baca ketika engkau ditimpa kesakitan? Bacalah Allah, Allahu Rabbi, lausyriku bihi syai'an (Allah , Allah Tuhanku, aku tidak akan menyekutukan sesuata dengan Nya."

Menurut riwayat yang lain ada disebut, ertinya:"Sesiapa ditimpa kegelisahan, penderitaan atau kesusahan lalu dia membaca: ' Allahu Rabbi', dan La syarika lah'. Allah akan melepaskannya dari semua itu".

Perhatikan madah pujangga ini:

Tidak akan ada kerisauan dalam jiwaku jika roh kami selamat
walaupun terpaksa kehilangan harta dan kekayaan
Harta boleh dicari kemuliaan boleh dikembalikan
sebab jiwa sudah dijaga oleh Allah dari kerosakan.

Senin, 03 Mei 2010

SAJAK UNTUK NADIA

Aku Dan Dia
( Buat Nadia FB)

Aku dan dia
mempersona dalam perasaan
bersanding di wajah igauan.

Aku dan dia
jelita di mahkota juita
melihat pancaran sinar sebiji intan
yang menerang hatiku
lalu aku akan tidur dalam kembara

Aku dan dia
mohon sebuah mimpi
dalam suasana yang bisu dan hening
tapi ada rindu
dalam bisikan khayalan
spontan dalam keghairahan
membina satu wajah senyuman
yang manis penuh kerahsiaan

……Citra Delima
Mei, 2010. Johor Bahru

SAJAK KHAS BUAT PENYAIR HJ. SHAPIAI

Membisikkan Sejarah Yang Hilang
( Buat Penyair Hj. Shapiai )

Antara dua tebing yang sentiasa bersama mencari muara
kau membisik sejauh mana kehilangan
berzikirlah, kerana sekarang pantai tinggal sejengkel.

Tangga lurus menuju sisa sinar usia
makin dingin di sana
tapi kau memercik air mawar ke penjuru tubuhku
membingkaikan kenangan senyuman
di luar daun pintu tegas gelisah
meraba-raba rahsia yang terbenam.

Mari kita mencungkil cemas dan kenangan
yang segera di potong badai sungai
mencangkul harapan sepasrah kerinduan
membisikkan sejarah yang hilang.

Semalam gerimis mengetuk jendela
bertanya angin, dimana tiupnya
sebuah rakit hanyut di samudra
yang kehilangan galah penggeraknya.

Hari-hari berkabung dengan diam
mengusap debu-debu yang merubungnya
setitit air segelas kopi hitam
yang terlarut dalam sebuah tarian.

………..Citra Delima
Johor Bahru