Pages

Jumat, 30 April 2010

KENANG-KENANGAN BERSAMA HJ.SHAPIAI

Bergambar sebagai kenanga hari-hari terakhir beliau bertugas

Penulis bersama Hj. Shapiai dan W.B. Rendra


Hj. Shapiai dengan Pena Yang Besarnya Apabila Menulis

Hari-Hari Terakhir Bersama Hj. Shapiai (Penulis Ternama PPJ).

Mula mengenali beliau dalam tahun 2007, semasa beliau bertugas sebagai Editor Kanan YWJ Citra Holdings S/B di Johor Baharu. Beliau adalah seorang pendidik dan telah bersara pada tahun tersebut.

Bersama beliau dalam setiap hari bertugas, berbincang tentang teknik penulis sajak dengan beliau. Pada akhir tahun 2007, beliau menerbitkan antologi puisi sempena 50 tahun kemerdekaan bertajuk "Manggar-Manggar Kemerdekaan", disini beliau menyuntik semangat saya dengan memilih dua buah sajak bertajuk "anak-anak tani" dan Merdeka!Merdeka!Merdeka!. Saya mula giat menulis sehingga kini telah dua belas buah sajak telah disiarkan di Berita Harian, Dewan Sastera dan beberapa buku antologi sajak.

Beliau sering mengadakan bengkel sajak dalam perbualan harian di pejabat atau di kedai minuman. Cara beliau memang berlainan dari penyajak-penyajak yang lain. Banyak kata-kata dan bahasa sajak banyak bentuk menyindir dan fokas nya adalah luas pengertian.

Dengan kehilangan beliau dari tempat bertugas, saya masih menghubungi beliau melalui email, facebook dan blog bagi mengedit sajak-sajak saya.

Beliau merupakan penyair ternama dalam Persatuan Penulis Johor, sepanjang pergaulan saya dengan beliau, saya tafsirkan bahawa beliau seorang yang jujur mendidik, tidak lokek ilmu yang ada pada dirinya. Memandu saya dengan sikap terbuka dalam penulisan.

Semuga beliau sentiasa sihat dan selamat, akan bantu kami menulis dari masa ke masa. Pada 8 - 19 Mei, 2010 beliau berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadat Umrah. Selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Selamat maju jaya dari saya ...

Kamis, 22 April 2010

Rabu, 21 April 2010

RENUNGAN UNTUK ANAK-ANAKKU

Renungan Untuk Anak-anakku

Anak-anak adalah ujian buat ibu bapa di dunia ini selain dari harta dan kekayaan yang di nekmati.

Semua anak-anak yang ku lahirkan telah pun membesar dan sebahagian telah pun berumahtangga. Semua anak-anak ku telah pun kuberi peluang untuk belajar dengan secukupnya mengikut kemampuannya. Dari empat beradik, tiga nya telah berumahtanggan yang kini telah melahirkan seramai sembilan orang cucu. Hanya yang satu lagi dalam taraf pertunangan, yang mana akan di ijabkabulkan pada tahun 2011 mendatang.

Minggu lalu, seluruh ahli keluraga ku sibuk dengan kematian atuknya kembali ke rahmatullah. Seluruh anak-anak dan cucu-cucuku hadir menziarahi jenazah atuknya hingga kekuburan. Aku pula sibuk menguruskan hal-hal jenazah, apa yang ku bantu keluraga mertuakan,aku bantu dengan keikhlasan.

Dua hari selepas itu, anak kedua ku melahirkan cucuku yang kesembilan, seolah-olah menggantikan kesedihan keluraga kami. Dulu tahun 1986, terjadi juga perkara seumpama ini, ketika ibuanda sendiri kembali ke Rahmatullah, esuknya lahir cucu-ku pertama. Ini satu persoalan dalam benakku?

Sebagai ibu dan bapa yang kini menjangkau umur 61 tahun dan isteri 58 tahun, apakah dengan peristiwa yang aku alami ini di fahami oleh anak-anak sekarang?
Kesah emak atau bapa yang tinggal keseorangan apabila salah seorang meninggal dunia. Apakah tanggungjawab anak-anak sekarang boleh membuat bakti kepada ibu atau bapa setelah ia meninggal dunia?

Disini ingin kami mempaparkan antara perkara yang sewajarnya seorang anak apabila ada kematian di kalangan ibubapanya.

1. Urusan sebaik mungkin ketika bapa atau ibu menghadapi saat kematian sepertimana panduan dalam blog sebelum ini.

2. Pastikan segala urusan jenazah dilaksanakan sebaik mungkin dimana kematian berlaku.

3. Ikuti contoh tauladan yang bapa buat selama ini kepada kematian yang berlaku pada atuk-atuk, jiran tetangga dan sahabat.

4. Jaga dan uruskan sebaik yang boleh jika ada hal-hal dunia, seperti rumah, kereta tanpa berselisih faham antara adik beradik. Cari dan pilih jalan yang tidak mengecil hati antara kamu semua.

5. Jaga ibu atau bapa yang tinggal keseorangan, senangkan hatinya selagi ada hayat umurnya. Jangan berselisih faham bagi menjaga ibu atau bapa yang tinggal keseorangan.

6. Ziarahi kubur nya semampu yang boleh, bergantung kepada kedaan masa dan waktu. Ikuti langkah ibu dan bapa sekarang ini yang menziarahi kekuburan atuk-atuk kamu.

7. Faktor yang penting, jangan berselisih faham antara adik beradik, kerana jika berlaku putusnya saliturahim antara kamu, ibubapa di kubur yang mendapat seksa.

8. Banyakkan amal ibadat kepada Allah mulai sekarang, kerana pada bila-bila masa sahaja kamu akan menghadapi kematian sama ada bapa atau ibu sendiri.

9. Banyakkan sedekah bacaaan Al-Quran , sedekah jariah, amalan bakti kepada mesyarakat, surau dan masjid sebagai balasan pahalanya di sedekahkan kepada arwah-arwah.

Diari-2010-04

Program TV9 ‘Tanya Ustaz’ Antara Adat dan Syarak Hal Kematian.

Khamis 22 April, 2010, saya terpanggil untuk menulis di blog ini tujuan menyampaikan beberapa isu antara adat dan syarak dalam bab menghadapi kematian. Ini antara perkara sebagai panduan untuk sesorang yang sihat untuk menghadapi ahli keluraga atau sahabat handai yang sedang menghadapi saat kematian.

1. Sekiranya atau secantiknya, hadapi tubuh orang yang sedang nazak kearah kablat atau mengiringkan diri dan wajahnya ke arah kablat.

2. Bisik di telinganya dengan perkataan yang paling baik “ Lahillah Halliallah” beberapa kali dengan nada yang lembut dan mudah di dengari.

3. Bacaan surah yasin dengan sebaik-baik tertip bacaannya.

4. Jangan tatapi dengan tangisan, sekadar bersedih dan linangan airmata sahaja.

5. Setelah nazak berakhir dengan kematian, tutup mata dan mulutnya rapat-rapat. Di ikat di dagu ke kepada dengan kain putih bersih. Lembutkan anggota sendi nya, bersihkan bahagian-bahagian tertentu,bagi mengelakkan sebarang bau yang tidak menyenangkan ketika orang menziarahi dan di rapatkan tangannya ke bahagian hadapan seperti orang sedang bersolat. Bubuh benda yang berat di bahagian perutnya bagi mengelakkan kembung. Tutup seluruh anggota jenazah dengan kain yang bersih.

6. Semasa menanti untuk di mandikan, dikafankan dan di solatkan, orang ramai hendaklah sedekahkan dengan bacaan ayat seperti Fatihah, selawat nabi, Ayat Al-ikhlas dan zikir.

Selepas kematian berlaku, 4 perkara perlu disegerakan oleh warisnya atau ahli qariah kawasannya. Di mana si mati itu meninggal , disitu sewajarnya tanah perkuburan yang berhampiran di kebumikan.

1. Memandikan jenazah
2. Mengkafankan jenazah
3. Mensolatkan jenazah
4. Kebumikan jenazah

Bersambung……

Senin, 19 April 2010

Diari- 2010-03

Selepas Lima Hari Bapa Mertuaku Meninggal dunia.

Hari ini sudah lima hari bapa mertuaku meninggal dunia. Apa yang dapat aku ungkapkan dalam blog ini, bahawa bapa mertuaku adalah seorang yang penyayang, sayang kepada anak-anak dan isterinya, tidak pernah aku dengar dia menyatakan tentang kelemahan anak-anak dan menantunya. Segalanya dipuji dengan penoh keikhlasan. Kepada sahabat handai, jirin tetangga semuanya memuji beliau semasa hayatnya.

Dengan sifat seumpama itulah, maka apa yang aku saksikan dengan mata kepalaku sendiri bertapa mudah nya beliau menghimbus nafasnya yang terakhir dalam tidur yang damai. Allah SWT tidak menyusahkan anak-anak nya dan isterinya. Dia pergi dengan tenang di kediaman kekal.

Pada Jumaat 16 April 2010, tarikh kematiannya, kami sekeluraga redha dengan pemergiannya dengan jangka umur 87 tahun. Menghimbus nafas terakhir dalam tidur yang lina di samping isteri nya tersayang.

Segala pengurusan jenazahnya berjalan dengan lancar dan teratur. Kami sempurnakan mandi dan mengkafankan di rumah sakit dan jam 9.30 pagi di bawa jenazah nya ke rumah kediaman untuk di ziarahi oleh anak cucu cecit dan sahabatnya. Jam 10.30 pagi jenazah di sembayangkan dan kebumikan sehingga selesai jam 12.00 tengahari. Cucua ketika itu sungguh redup dan nyaman sekali.

Semasa jenazahnya dirumah, ramai juga jiran dan ahli qariah surau membaca tahlil untuk arwah sebelum di sembayangkan.

Selepas waktu asar, kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil arwah, ramai yang menghadiri majlis tersebut.

Dengan ini, diriku ini telah berjaya menjalankan amanah arwah bapa ku dalam mengandalikan semua tanggunjawab aku sebagai anak, iaitu kepada ayahanda dan bonda sendiri, ayahanda dan bonda mertua sendiri, mak-mak suadara sebelah diriku dan isteri Ku semuanya telah meninggal dunia. Kini tibanya masanya diri sendiri membuat persiapan untuk mati. Usia ku kini menjangkau 61 tahun, dan dikurniakan empat anak dan sembilan cucu. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, maka mengingati mati adalah satu kewajiban. Dengan mengingati mati, maka kita akan sentiasa ingat pada setiap perkara yang kita lakukan. Kalau beramal, ibaratkan kita akan mati esuknya. Amin

Sabtu, 17 April 2010

Al-Fatihah Buat Allahyarham Bapa Mertua Ku

PERJALANAN MENUJU KEDAMAIAN
( Al-Fatihah Buat Allahyarham Bapa Mertuaku)

Ketika dalam mimpi subuh yang dingin
semacam debu mencari fajar
pada musim kedinginan
berduyun menuju ke gerbang perjalanan
duka mengilau dengan airmata

perjalanan menuju kedamaian
retak tanah yang keusangan
mengalir air dari pintu-pintu usia
yang menuju keheningan ruang

mula dan akhirnya tempat kediaman
kenangan dalam lambaran catatan harian
yang hilang percakapan
hidup hanya satu harapan.

Pada subuh jumaat
mengikut bayangan yang memutih
warna-warna lambang kesucian hati
ketika perjalanan terakhir

subuh itu mengunyah ayat dan kalimah
menghazam soalan satu persatu
jadi letih dengan amarahnya
yang mengetuk kesunyian hayat.

Sayu dan pilu meresap urat-urat penawar
daun akan berdesir menerbit lagu kerinduan
mendinginkan hati dengan lamuman
pada pematang kenangan yang menghambat
segala keresahan

……….Mohamed Tahir bin Shahdan
Batu Pahat.
16 April, 2010

Senin, 12 April 2010

SAJAK

CUBA-CUBA FIKIRKAN

Aku cuba membaca pada urat daun
bicara tentang warna pohon
pada akar dan jari-jemari menyentuh tanah
yang biasanya mencari baja penghidupan

Aku cuba membaca pada banir
menjadi pemegang keteguhan harapan
pada pohon-pohon membesar
tetap menyerah pada tanah

Aku cuba membaca warna tanah
yang meminjamkan tubuhnya pada pohon itu
menagihkan kandungannya pada kelahiran
hingga tua usia menceritakan waktu

Aku cuba membaca warna hati
warna merah mengalirkan darah
menghidupkan
daun,banir dan sebidang tanah penghidupan.

Biarlah semua warna menagihkan
kandungannya
pada kelahiran kita
dari rahim tanah hitam
titis pada wujudnya alam

......Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra Delima, Kluang

( Berita Minggu Ahad 11 April, 2010)

Selasa, 06 April 2010

Kembalinya Seorang Pendakwah Antarabangsa


Habib Abdul Qadir Al-Saqqaff
Pada malam 5 April 2010, satu pengumuman di buat di Majlis zikir Al-Hasma Husna di Masjid Wadi Hassan, Johor Bahru. Minta kita semua mendoakan dan solat ghaib jenazah atas kembalinya ke Rahmatuallah seorang pendakwah antarabangsa Habib Abdul Qadir Al-Saqqaff di Jeddah dan disemadikan di Mekkah pada 4 April, 2010.
Beliau adalah seorang yang digelar orang alim dan pendakwah yang begitu hebat di peringkat antarabangsa. Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang soleh.


Jumat, 02 April 2010

Sebatang Pena Melukir Warna

Sebatang pena melukir warna
di pagi yang redup urna
membisik kenangan
pada bunga-bunga

Sebatang pena melukir warna
dengan suara bisa berbahasa
melukis warna neraka
dalam laut gelombang dendam
disimpan di dada terpendam

Sebatang pena melukir warna
melakar merah ladang terbakar
yang tidak terpadam selaut sabar

Sebatang pena melukir warna
mengalun lagu sebuah tangisan
melodi dicipta kehampaan
mengerti warna seorang insan

Kuselit sebatang pena melukir warna
pada dada persuratan
kalau bahasa diletak di bendang
datang pendeta menyair bahasa
datang pohon berbahasa bunga
dengan bahasa dan warna santunnya.


………Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru