Pages

Selasa, 24 Februari 2009

Hadiah Yang Sungguh Berharga

Dua orang sahabatku telah kembali dari bertugas di Pekan Baru, Riau, Indonesia. Banyak cerita cerita yang indah yang ku dengari. Cerita tentang perjalanan nya menaikki bas selama empat jam, cerita pasal minum teh tarik dan makanan nya. Sebenarnya cerita-cerita itu memberi ingatan kembali buat diri saya semasa kesana pada tahun 2000 semasa bekerja sebagai Pembantu Pertanian dalam siri lawatan kempen buah-buah tempatan dan pertukaran perniagaan barang pertanian antaran Johor, Indonesia dan Riau.

Apa yang menarik perhatian, kalau dahulu sepulangnya dari bertugas dari luar, kawan-kawan biasanya memberi sumbangan seperti tempat kunci buatan setempat, makanan, dan hasil-hasil kraftangan. Tetapi berlainan sekali gayanya seorang ahli sastera, memandang saya baru saja berjinak-jinak dengan penulisan sajak dan puisi, hadiah yang di bawa adalah beberapa buku, antaranya Kembalinya Sang Nabi, Karya Hajjar Gibran, Jam-jam Geliash Kumpulan Puisi Tadung Mulya Lubis dan Potret Pembangunan Dalam Puisi, karya Rendra. Saya sungguh terharu dengan hadiah yang diajukan kepada saya dengan kata-kata semangat dicatitkan pada buku itu " Teruskan Menulis" . Allhamdullah, syukur saya ucapkan dan berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua sahabat itu. Lain-lain ada juga hadiah, coklat tempatan dan bakul telur anyaman yang comel berwarna hijau sebagai cenderahati dan ingatan. Terima kasih.

Palestin- Tangisan Terakhir

Di udara tiada sekatan
petualang mengepung
pesawat dipandu nafsu perang.

Di darat disusun kereta kebal, besi
dan pagar-pagar tinggi berduri
di laut tiada terenang
armada gagah mencabul
hak asasi

Tiada tempat bersorak lagi
gelempang tubuh-tubuh pejuang
sendat dan wangi mayat kami

Kauratah-panggang daging kami
kuhirup jus darah anak-anak dan isteri
dengan rakus kelaparan tanduk syaitan
dengan tiada kepuasan taring haiwan

Hanya doa
mengharap kudrat Ilahi
membelah bumi
mengirim laskar suci
persis zaman nabi
Laknat zionis!


Mohamed Tahir bin Shahdan
Persiaran Citra, Johor Bahru

Berita Harian 21 Febuari 2009

Rabu, 18 Februari 2009

Sambutan Hari Jadi Ku Yang Ke 59 Tahun

Pada 19 Febuari 2009, kakitangan tempat kami bekerja telah mengadakan sambutan hari jadi kami yang bersama dengan seorang lagi kakitangan wanita. Hari jadi yang sebenarnya adalah pada 26 Febuari 2009 minggu hadapan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua wargakerja yang sudi membuat majlis tersebut. Hidangan nya sungguh lazat iaitu beberapa jenis perasa pizza dan kek hari jadi. Kami bergambar semasa jamuan diadakan. Tuan Syed, seorang kakitangan asik saja mengambil gambar, maklumlah baru belajar. Ambil gambar semasa memotong kek, gambar tengah makan dan yang anehnya bolehlah dikatakan tiap-tiap kakitangan lelaki diambil gambar stokin dan kaki , termasuklah kaki nya sendiri. Apa tujuannya tak tahu kami. Kami juga berterima kasih kepada Pengurus Kanan Kumpulan kami yang menyediakan kemudahan ini, pada Hj. Sapiai yang dianggap sebagai imam dalam kumpulan kami telah membaca doa. Semuga perkara seperti ini berterusan dari masa kemasa bagi menjanakan kemesraan dikalangan pekerja-pekerja dalam syarikat ini.


Pada semua kakitangan, selamat maju jaya, terima kasih.


Daun keladi jadi juadah
makan mee bersuka ria
Hari jadi disambut indah
walau pun kami sudah berusia.